air tulang belakang

Betulkah prosedur  mengambil air tulang belakang lebih banyak mudhorat dari kebaikan? Ada yang kata boleh lumpuh, boleh mengganggu pertumbuhan, dan sebagainya.

Daripada mendengar mitos-mitos tentang ini, sebaiknya dapatkan maklumat yang betul sebelum membuat keputusanl. Kelewatan anda membuat keputusan atau menolak 100% prosedur ini boleh mengancam nyawa pesakit!

.

Apa Itu ‘Lumbar Puncture’?

.

Dalam bahasa perubatan, prosedur mengambil air tulang belakang dinamakan lumbar puncture.

Prosedur ini ialah adalah lebih kurang sama seperti prosedur epidural anaesthesia (bius separuh badan yang biasanya diberikan kepada ibu-ibu  dalam labor room bagi kes-kes tertentu), dan spinal anaesthesia (bius separuh badan di dalam dewan bedah untuk kes-kes tertentu).

Daripada prosedur ini, sedikit air tulang belakang diambil dengan memasukkan jarum halus ke dalam ruang di dalam tulang belakang di bahagian lumbar (tulang belakang bahagian pinggang).

Air ini ialah air yang mengelilingi otak dan saraf tunjang dalam tulang belakang untuk melindungi otak dan saraf tunjang dari kecederaan.

Oleh kerana itu, air tulang belakang ialah sampel yang sangat penting untuk mendiagnos penyakit-penyakit yang serius melibatkan otak dan sistem saraf. Otak ialah pusat kawalan seluruh badan kita kan?

Jadi, kelewatan atau kegagalan untuk mendiagnos penyakit-penyakit serius ini semestinya boleh merosakkan otak dan timbulnya komplikasi berkaitan penyakit tersebut, seperti lumpuh dan terencat pertumbuhan.’

.

air tulang belakang

Dalam posisi duduk atau baring mengiring, bahagian untuk disuntik dibersihkan dengan antiseptik. Jarum akan dimasukkan ke dalam bahagian (dikenalpasti sebelum dicucuk). Air tulang belakang akan diambil. Lumbar puncture memerlukan persetujuan bertandatangan sebelum dijalankan.

.

Kenapa Perlunya Ujian Air Tulang Belakang Diambil?

.

Lumbar puncture bukanlah suatu prosedur yang suka-suka hati dilakukan oleh pihak hospital.

Seperti yang telah diberitahu, air tulang belakang ialah sampel yang amat penting untuk mendiagnos penyakit-penyakit serius berkaitan otak dan saraf tunjang.

Doktor yang merawat membuat keputusan untuk menjalankan prosedur ini apabila mengesyaki penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf tunjang di bawah:

  • jangkitan otak atau selaput otak (meningitis / encephalitis / encephalomeningitis)
  • kanser otak
  • leukemia, lymphoma
  • keradangan pada salur darah otak (vasculitis)
  • beberapa penyakit autoimun seperti multiple sclerosis, neuromyelitis optica

.

Seterusnya, sampel yang diambil akan dihantar ke makmal dan amat penting untuk mengenalpasti sama ada pesakit menghidapi mana-mana penyakit yang telah disebutkan.

Ujian yang ‘rutin’ kebiasaannya mengambil masa kira-kira 48 jam untuk siap keputusannya. Manakala ujian yang lebih ‘special’ akan mengambil masa yang lebih lama.

.

air tulang belakang

Lumbar puncture boleh dijalankan dalam posisi duduk juga.

.

“Kalau Tak Nak Buat Macam Mana?”

.

Kalau anda berkeputusan untuk tidak bersetuju menjalankan prosedur ini, tidak dapatlah pihak hospital mendapat diagnosis yang tepat untuk masalah anda.

Sebagai contoh, anda disyaki mengalami jangkitan kuman di otak kerana tarik yang berulang-ulang untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya lumbar puncture dijalankan, doktor dapat mengetahui antibiotik yang sesuai untuk membunuh kuman tersebut. Tak semua antibiotik berupaya membunuh semua jenis kuman ya. Dan ada juga jangkitan otak yang disebabkan oleh virus, yang mana memberi antibiotik adalah tidak berkesan.

Sebaliknya, jika lumbar puncture tidak dijalankan, jangkitan otak yang berterusan tadi boleh merosakkan otak dan mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain seperti lumpuh anggota badan.

.

Kalau betul lumbar puncture boleh buat lumpuh, kenapa doktor suruh buat ya?

.

Nak Buat, Tapi Takut Dengan Risiko Lumbar Puncture?

.

Tuan-tuan dan puan-puan. Dalam dunia perubatan, mengambil sampel darah dan suntikan ubat tahan sakit sahaja sekalipun mempunyai risiko tersendiri. Begitu juga dengan prosedur lumbar puncture.

Disebabkan lumbar puncture ialah prosedur penting untuk mengenalpasti penyakit-penyakit serius, ianya akan dilakukan oleh doktor pakar. Jikalau dilakukan oleh doktor bukan sekalipun, ianya haruslah dipantau oleh yang pakar juga

Secara amnya, lumbar puncture ialah prosedur yang selamat. Namun juga membawa risiko-risiko seperti berikut :

  • sakit kepala selepas prosedur (sebanyak 25% pesakit mengalaminya, tetapi untuk sementara sahaja)
  • kebas di tempat cucuk yang mana ia hanyalah kesan sementara sahaja
  • pendarahan di tempat cucuk (sangat jarang berlaku)
  • gagal mendapatkan sampel

.

air tulang belakang

Lumbar puncture secara amnya selamat untuk dewasa dan juga bayi.

.

“Kenapa Ada Yang Lumpuh Selepas Menjalankan Lumbar Puncture, Ada Yang Sihat Sahaja?”

.

Telah diterangkan sebelum ini, air tulang belakang sangat penting untuk mendiagnos penyakit serius berkaitan otak dan saraf tunjan

Jika pesakit sememangnya mempunyai jangkitan otak misalnya, sama ada menjalankan lumbar puncture atau tidak tetap berisiko mengalami komplikasi lumpuh apabila jangkitan otak itu adalah pada tahap yang serius.

Bukan lumbar puncture yang menyebabkan pesakit lumpuh ya.

Untuk contoh lain, pesakit yang mengalami kanser otak juga boleh mengalami lumpuh anggota badan.

.

.

Kesimpulannya, dapatkan maklumat dan nasihat yang penuh dari doktor yang merawat anda, kerana doktor itulah yang paling mengetahui keadaan anda. Tidak salah untuk dapatkan ‘second opinion‘ tapi pastikan daripada yang pakar dalam bidang ini juga.

.

Sumber:

  1. Portal MyHealth
  2. MayoClinic
  3. MedicineNet