kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

“Doktor, betul ke ubat darah tinggi ni boleh rosakkan buah pinggang dan hati?

Rata-rata pesakit menolak untuk dimulakan ubat darah tinggi kerana mendengar khabar angin yang ubat darah tinggi ni ada kesan sampingan yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Padahal yang sebenarnya, darah tinggi itu sendiri boleh mengakibatkan komplikasi jangka masa panjang kerosakan buah pinggang jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik.

Jadi, Wujudkah Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi?

Ya. Wujud.

Seperti ubat-ubat lain, ubat darah tinggi juga mempunyai kesan sampingan tersendiri. Kesan sampingan yang mungkin dihadapi kebanyakannya hanya ‘mild‘. Dan kebiasaannya melibatkan segolongan kecil pesakit sahaja.

Ubat darah tinggi boleh diklasifikasi kepada beberapa kumpulan.

Berdasarkan kumpulan inilah, kesan sampingan yang boleh terjadi berbeza-beza.

.

1# Diuretik

Diuretik (contoh: lasix, hydrochlorothiazide HCTZ) mengawal tekanan darah dengan mengeluarkan air dan sodium (garam) berlebihan daripada badan.

Oleh sebab itu, ubat diuretik boleh mengakibatkan:

  • kencing berlebihan (juga dikenali sebagai ‘ubat kencing’ bagi sesetengah pesakit). Digalakkan pesakit mengambil ubat ini pada waktu pagi supaya tidak kerap ke tandas semasa tidur jika diambil pada waktu malam.
  • masalah ereksi bagi lelaki
  • letih lesu, kaki kejang dan lemah otot disebabkan oleh penurunan paras potassium dalam badan (ada juga jenis diuretik yang boleh ‘menyimpan’ potassium untuk mengelakkan kesan-kesan ini)
  • sakit kaki tanpa punca

.

2# Beta-blockers

Contoh ubat darah tinggi kumpulan ini ialah atenolol, bisoprolol, dan lain-lain yang berakhir dengan “-ol”.

Beta-blockers menghalang reseptor beta yang bukan sahaja terdapat pada jantung, malah di seluruh badan.

Disebabkan itu, kesan sampingan yang berkemungkinan disebabkannya ialah:

  • memperlahankan denyutan jantung (sesuai untuk pesakit yang jantung berdegut laju)
  • penat (kontraindikasi untuk pesakit asthma)
  • kaki dan tangan sejuk
  • kemurungan
  • masalah ereksi bagi lelaki
  • susah tidur malam

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

.

3# Angiotensin Converting Enzyme (ACE) Inhibitors

Seperti namanya, ACE Inhibitors membantutkan enzim yang menukarkan angiotensin untuk mengawal tekanan darah. Contoh ubat kumpulan ini ialah enalapril.

ACE Inhibitors juga menghalang penghasilan hormon yang mengecutkan salur darah, jadi, dengan ubat ini salur darah akan mengembang. Menyebabkan efek tekanan darah lebih rendah.

Antara kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi kumpulan ini ialah:

  • batuk kering yang tak hilang-hilang selagi masih mengambil ubat ini
  • ruam kulit
  • hilang deria rasa

Berjumpalah dengan doktor anda. Kebiasaannya kesan-kesan ini hanya sementara dan kemungkinan besar dokor akan menukar kepada ubat darah tinggi kumpulan lain.

.

4# Angiotensin 2 Receptor Blockers (ARB)

Namanya pun sudah boleh memberitahu kita yang action ARB untuk menurunkan tekanan darah ialah dengan menghalang reseptor untuk angiotensin 2.

ARB menghalang hormon yang menyebabkan salur darah mengecut, jadi salur darah akan sentiasa mengembang. Jadi, kesan sampingan paling kerap terjadi ialah pening.

Losartan dan valsartan adalah antara contoh ubat darah tinggi kumpulan ini.

.

5# Calcium Channel Clockers (CCB)

Dengan adanya ubat darah tinggi kumpulan ini, kalsium dihalang dari masuk ke dalam jantung dan salur darah. Ini menyebabkan salur darah ‘berehat’ dan boleh mengakibatkan kesan sampingan di bawah:

  • sembelit
  • pening
  • sakit kepala
  • jantung berdegut laju
  • kaki bengkak

Contoh ubat kumpulan ini ialah nifedipine, amlodipine.

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Antara komplikasi darah tinggi untuk jangka masa panjang – KEROSAKAN ORGAN-ORGAN BUKAN SAHAJA BUAH PINGGANG.

.

6# Alpha Blockers

Kumpulan ini mengurangkan impulse saraf ke salur darah, menjadikan darah mengalir dengan lebih baik.

Kerana itu boleh mengakibatkan pening, lemah otot, jantung laju terutamanya apabila berubah kedudukan dari baring/duduk kepada berdiri dengan cepat.

.

7# Alpha-2 Receptor Agonist

Bagi ubat ini pula, menyebabkan penurunan aktiviti dalam sistem saraf yang bertanggungjawab untuk menghasilkan adrenaline. Juga akan menyebabkan pening dan sakit kepala.

.

8# Alpha-Beta-Blockers

Kedua-dua reseptor alpha dan beta akan ‘ditutup’ oleh ubat darah tinggi jenis ini.

Anda boleh mengalami pening apabila bangun secara tiba-tiba dengan cepat.

Kumpulan ini biasanya diberikan kepada pesakit yang mempunyai paras darah tinggi yang teruk, secara intravena.

.

9# Central Agonists

Central agonists (contoh: methyldopa) bertindak mengawal impulse saraf, merehatkan salur darah.

Kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:

  • anemia
  • sembelit
  • pening
  • mulut kering
  • masalah ereksi
  • demam

.

10# Peripheral Adrenergic Inhibitors

Kerana ubat ini menghalang neurotransmitter dalam otak,otot-otot tidak akan megecut (menurunkan tekanan darah).

PAI sangat jarang digunakan kerana boleh menyebabkan cirit-cirit, pening, masalah ereksi, pedih perut dan hidung tersumbat.

.

11# Vasodilators

Pengembangan salur darah (vaso = vessel, dilators = mengembang) menyebabkan pengaliran darah lebih baik.

Jadi, boleh mengakibatkan:

  • pertumbuhan rambut berlebihan
  • bengkak
  • sakit kepala
  • jantung berdenyut tak sekata atau terlalu laju
  • sakit sendi
  • bengkak sekeliling mata

.

12# Renin Inhibitor

Kelas ubat darah tinggi ini lebih baru, bertindak menurunkan paras bahan kimia yang mengetatkan salur darah. Bila salur darah ‘berehat’ mudahlah pengaliran darah.

Kesan sampingan yang boleh timbul pula ialah batuk, cirit-birit, sakit perut, pedih perut dan ruam kulit.

kesan sampingan pengambilan ubat darah tinggi

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Darah Tinggi

.

4 Peringatan Penting Untuk Pesakit Darah Tinggi

.

  • Jangan sesekali berhenti mengambil ubat darah tinggi anda tanpa berbincang dengan doktor yang merawat terlebih dahulu. Anda hanya memudaratkan diri sendiri sekiranya berbuat demikian kerana tekanan darah yang naik tinggi secara tiba-tiba boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.
  • Sekiranya anda mengandung atau bercadang untuk mengandung, beritahu doktor. ACE inhibitors dan ARB boleh menyebabkn kesan tidak baik kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
  • Beritahu dokor jika anda juga mengambil insulin untuk mengawal paras gula anda.
  • Masalah ereksi boleh disebabkan oleh darah tinggi itu sendiri atau pengambilan ubat darah tinggi. Berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Kesimpulannya, jalan terbaik ialah mencegah dari merawat. Mulakan sejak awal lagi pemakanan lengkap nutrisi dan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko darah tinggi.

Darah tinggi, kini bukan lagi penyakit keturunan. Tetapi lebih kepada disebabkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Cegah sebelum kena. Cegahlah sebelum lebih parah.

Berminat untuk meningkatkan tahap kesihatan dengan Set Cadangan Jantung Sihat?

Kami ada Landmark Study yang membuktikan pengambilan beberapa jenis suplemen Shaklee memberi kesan positif terhadap kesihatan jantung.

.

DISCLAIMER : PENGAMBILAN SUPLEMEN TIDAK BOLEH SAMA SEKALI MENGGANTIKAN UBAT. SUPLEMEN CUMA PELENGKAP NUTRISI HARIAN ANDA.