khasiat omega-e fish oil

Khasiat Omega-3 Fish Oil | Tahukah anda, lemak bukan semuanya ‘jahat‘? Ada jenis-jenis lemak ‘baik‘ yang sangat diperlukan tubuh untuk mengekalkan kesihatan kita.

Lemak juga boleh dibahagikan kepada asid lemak ‘perlu’ dan ‘tak perlu’. Asid lemak ‘perlu’ tidak boleh dihasilkan oleh badan. Maka, ia diperlukan dari diet seharian atau suplemen.

Salah satu asid lemak ‘perlu’ ialah asid lemak omega-3 yang juga dikenali sebagai minyak ikan (fish oil).

Jadi, apakah manfaat kesihatan oleh lemak-lemak ‘baik’ ini untuk kita?

.

8 Khasiat Omega-3 Fish Oil

.

Omega 3 telah dijalankan kajian saintifik, bahawa ianya sangat berkhasiat untuk:

.

1# Kesihatan Jantung

Salah satu ciri penting omega 3 ialah anti-radang (anti-inflamasi).

Ciri ini penting kerana keradangan boleh merosakkan salur darah dan seterusnya menyebabkan masalah jantung.

Berdasarkan kajian, EPA dan DHA telah terbukti menyediakan manfaat-manfaat berikut, yang mana kesemuanya menyumbang kepada penurunan risiko masalah jantung:

  • mengawal paras triglyceride (salah satu kolesterol ‘jahat’) dan tekanan darah
  • memperbaiki pengaliran darah
  • mengekalkan ritma jantung yang sihat

.

Rujuk entri Omega-3 Menyokong Kesihatan Jantung untuk lebih lanjut.

.

2# Fungsi Otak

Rupa-rupanya otak kita adalah organ paling banyak mengandungi lemak, iaitu sebanyak 60%!

Cerebrum (kortex) yang bertanggungjawab untuk memori dan fokus, mengandungi kira-kira 20% DHA.

Untuk kesihatan otak, berdasarkan kajian DHA dan EPA sangat bermanfaat kerana:

  • terlibat dalam transmisi maklumat antara sel-sel saraf
  • memberi efek positif terhadap mood, pemikiran, memori, pembelajaran dan fokus seseorang
  • mempunyai kesan anti-penuaan yang sihat, yang melambatkan pembentukan masalah otak berkaitan usia seperti Alzheimer dan nyanyuk.

Klik 4 Manfaat Omega-3 Untuk Otak untuk bacaan lanjut.

khasiat omega-3 fish oil

.

3# Kesihatan Sendi

Kerana bersifat anti-radang, khasiat omega-3 fish oil juga terletak pada kesihatan sendi.

Secara kesimpulannya, kajian membuktikan, EPA dan DHA berkerjasama mengurangkan keradangan dengan membantutkan penghasilan enzim-enzim yang menghakis tulang rawan, dan menyebabkan sakit sendi.

Asid lemak omega-3 juga berfungsi (berdasarkan kajian klinikal seperti rujukan):

  • mengekalkan kepadatan tulang (bekerjasama dengan kalsium dan mineral untuk pembentukan tulang yang kuat yang lain)
  • menggalakkan pergerakan sihat sendi, fleksibiliti, mengurangkan sendi ‘keras’, bengkak dan kesakitan
  • sebagai pelincir yang membantu sendi sakit, bergerak dengan lancar kembali

Omega 3 ialah antara suplemen cadangan untuk masalah GOUT (klik untuk baca lebih lanjut).

.

4# Kehamilan dan Penyusuan

Bukan sahaja ibu hamil yang memerlukan khasiat omega-3 fish oil yang cukup, tetapi juga ibu menyusu dan bayi yang disusukan.

Selepas bayi dilahirkan, omega-3 menyokong perkara-perkara di bawah:

  • perkembangan otak dan sistem imun
  • mood ibu selepas bersalin (dalam pantang, iaitu mencegah ‘meroyan’ atau ‘post partum depression’)
  • menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi
  • DHA ialah komponen yang penting untuk pembentukan retina yang penting untuk penglihatan yang baik bagi bayi.
  • Dan DHA juga adalah kritikal untuk pembentukan otak sebelum kelahiran dan semasa sedang melalui zaman kanak-kanak.
  • omega-3 menurunkan risiko alahan berdasarkan kajian klinikal
  • juga menyokong kelahiran yang ‘cukup bulan’ dan berat lahir bayi yang sihat

Klik gambar ini untuk baca lebih lanjut

.

5# Lain-lain Khasiat Omega-3 Fish Oil

Selain 4 fungsi utama di atas, asid lemak omega-3 juga didapati baik untuk 4 perkara di bawah:

  1. kecantikan kulit
  2. membantu penurunan berat badan yang sihat
  3. menggalakkan sistem imun
  4. mengawal selia penghasilan dan fungsi normal hormon

Kerana omega-3 TIDAK boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita, kita perlukan ia daripada makanan atau suplemen. Dos saranan yang diperlukan secara purata bagi orang dewasa ialah sebanyak 1000 – 2000 mg minyak ikan setiap hari.

Bagaimana pula cara untuk memilih minyak ikan yang pelbagai di pasaran?

Teruskan membaca 4 Tips Memilih Minyak Ikan Yang Berkualiti.

.