Tahukah anda, berdasarkan kajian, mereka yang mengambil kalsium setiap hari mempunyai risiko osteoporosis yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambil kalsium?

kuatkan tulang

Kajian Harvard selama 12 tahun ke atas 78,000 wanita mendapati, lebih ramai wanita yang meminum susu 3 kali sehari sebenarnya mengalami patah tulang berbanding wanita yang sangat jarang minum susu.

Keputusan ini juga adalah sama bagi kajian yang dijalankan pada tahun 1994 di Sydney, Australia. Dalam kajian ini, kedua-dua warga emas lelaki dan wanita diuji. Mereka yang mengambil produk tenusu setiap hari, lebih banyak dikaitkan dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi!

Anda rasa kenapa ini berlaku?

Selama ini yang kita dengar, minum banyak susu (ambil kalsium setiap hari) boleh cegah osteoporosis kan?

Sebenarnya, untuk mendapatkan tulang yang kuat, bukan hanya pengambilan kalsium setiap hari yang penting, Apa yang lebih penting lagi ialah memastikan kalsium yang diambil, ‘masuk’ dan disimpan di dalam tulang.

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana cara-caranya.

.

6 Cara Kuatkan Tulang

.

1# Sumber Kalsium

.

Pertamanya, untuk mendapatkan kalsium, pastikan anda mendapatkannya dari sumber yang kaya dengan kalsium. Sumber kalsium terbaik ialah dari sayur-sayuran kehijauan seperti di dalam gambar ini. Sumber-sumber makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi penyerapannya.

kuatkan tulang

Antara contoh sumber makanan yang kaya dengan kalsium untuk kuatkan tulang. Disertakan juga kandungan kalsium dalam setiap makanan.

.

2# Bersenam

.

Seterusnya, bersenamlah secara berkala kerana dengan senamanlah salah satu cara untuk kalsium disimpan ke dalam tulang. Lagipun, dengan senaman bukan sahaja anda akan mendapat tulang yang kuat. Tetapi seluruh badan akan menjadi lebih sihat.

.

3# Dapatkan Vitamin D Yang Cukup

.

Oh ya, jangan lupa untuk keluar rumah setiap pagi dan dedahkan kulit anda kepada cahaya matahari. Untuk kuatkan tulang, adalah penting untuk mendapatkan vitamin D yang cukup juga, kira-kira 15 minit mendapat cahaya matahari.

Dalam pembentukan tulang yang kuat, vitamin D mengawal penggunaan kalsium dalam badan.

Sekiranya anda jenis yang keluar rumah seawal pagi sesudah subuh (matahari pun tak keluar lagi). Balik pula selepas senja (matahari dah terbenam), anda boleh pertimbangkan untuk mengambil suplemen vitamin D.

Saranan harian (Recommended Daily Allowance, RDA) vitamin D ialah sebanyak 600 IU bersamaan dengan 5 mikrogram sehari.

Kadang-kala, vitamin D juga ditambah ke dalam susu tetapi amaunnya tidak selalu dikawal dengan baik. Di sinilah pentingnya anda membaca label sebelum membeli susu.

.

kuatkan tulang

Kalau zaman tok nenek kita dulu, bestlah berjemur pagi-pagi di bawah cahaya matahari. Zaman sekarang, pukul 9 pun dah terik pedih kulit kena matahari.

.

4# Elakkan Garam Berlebihan

.

Secara semulajadinya, kalsium boleh melarut ke dalam darah, dibawa ke buah pinggang dan disingkirkan dalam air kencing.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan kehilangan kalsium melalui buah pinggang ini.

Jadi, mulai sekarang cuba kawal pengambilan garam dalam makanan juga ya.

.

5# Lebih Baik Dapatkan Protein Dari Sumber Tumbuhan

.

Laa, cerita pasal kalsium, tapi tiba-tiba masuk bab protein pula? Macam mana tu?

Sama seperti pengambilan garam berlebihan, protein dari sumber haiwan pun boleh menyebabkan kalsium mudah hilang melalui air kencing.

Baca ESP Sumber Protein Lengkap untuk info lanjut.

.

6# Katakan TIDAK Kepada Merokok

.

Berdasarkan kajian ke atas sepasang kembar, kembar yang merokok mempunyai risiko lebih 40% untuk patah tulang.

Merokok pun tak baik untuk kesihatan secara keseluruhan. So just say NO to smoking, ok?

Bukan sahaja JANGAN menjebakkan diri dengan merokok, tetapi juga elakkan dari menjadi perokok pasif (Baca entri Bahaya Perokok Pasif Tertier untuk info lanjut).

.

kebaikan ostematrix shaklee

Dapatkan Ostematrix untuk suplemen kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D, zink,, kuprum dan boron. Memastikan penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

.

Kesimpulannya, untuk mencegah osteoporosis pastikan kita mengambil kalsium secukupnya dari sumber-sumber yang kaya dengan kalsium. Dan untuk kuatkan tulang pula, pastikan anda follow cara-cara di atas.

Pastikan apa yang dimakan bermanfaat sepenuhnya untuk tubuh kita. Tubuh ialah SATU-SATUNYA tempat untuk kita hidup.

.

Sumber:

  1. NCBI : Bone Health and Osteoporosis
  2. Physicians Commitee for Responsible Medicine