kulit berkedut

Gambar lelaki tua dengan kulit berkedut ini bukan gambar photoshop!

Bayangkan, inilah rupa anda kalau tak jaga kulit muka dari masa muda, tambah-tambah di negara kita yang punyalah panas lit-lit hampir setiap hari ni.

Ini ialah gambar real yang disiarkan dalam New England Journal of Medicine sebagai contoh yang baik untuk menerangkan tentang UNILATERAL DERMATOHELIOSIS.

Dah pebenda plak “sis-sis” tu?

Unilateral = sebelah sahaja sama ada kiri atau kanan
Dermatoheliosis = proses penuaan kulit disebabkan sinar UV (photoaging)

Jadi, unilateral dermatoheliosis bermaksud perubahan kulit akibat proses penuaan oleh kesan sinar matahari yang terjadi pada sebelah bahagian sahaja.

Perhatikan sendiri sebelah kiri muka beliau – jelas dengan kedutan ketara dengan garisan yang dalam, kulit kendur dan macam ada “ketul-ketul” kan?

Berbeza dengan muka sebelah kanan yang nampak lebih tegang, lebih “muda” dan tak ada pun kedutan ketara & “ketul-ketul” macam di sebelah kiri tadi.

.

Macam mana boleh jadi perubahan kulit berkedut ketara yang tak simetri (unilateral dermatoheliosis) macam ni?

.

Actually uncle ni seorang pemandu truck lebih 20 tahun.

Sesiapa yang memandu perasan tak, kalau kat Malaysia ni, muka sebelah kanan kita yang selalu kena cahaya matahari berbanding sebelah kiri muka.

Sebelah muka yang lebih kerap terdedah dengan sinar matahari ialah bahagian yang lebih banyak boleh dirosakkan oleh sinar ultraviolet dan akan lebih cepat “tua”.

Untuk uncle ni, sebelah kiri muka dia ialah bahagian yang mengadap cermin sisi truck, yang lebih banyak terkena sinar UV dari belah kanan. Itu sebab sebelah kiri mukanya nampak lebih “tua” dari sebelah kanan.

Walaupun ada cermin dalam truck tu, tapi sinar UVA boleh menembusi cermin itu dan terkena kat kulit uncle ni.

tips memilih sunblock

Terdapat 3 jenis sinaran UV – A, B, C – ketiga-tiga memberi kesan berbeza.

Kalau nak ikut teori, antara sinar-sinar ultraviolet yang berbahaya, sinar UVB lebih berpotensi menyebabkan kanser kulit. Tetapi, sinar UVA juga boleh merangsang mutasi DNA & kesan toksik secara terus terhadap sel. Jadi juga berisiko menyebabkan kanser kulit.

So bahaya kan kalau kulit kita ni hari-hari terdedah kepada matahari selama berpuluh-puluh tahun lamanya?

Jadi, di negara kita yang UV index tinggi ni, rajin-rajinlah pakai sun block dan topical retinoids yang berkualiti untuk perlindungan dari kerosakan oleh sinar UV yang “jahat” ni.

Selalu terdedah kepada matahari, meningkatkan risiko kanser kulit.

Perlindungan ialah pencegahan.

Jadi nak mencegah kanser kulit, berilah perlindungan terhadap kulit anda.

Ain pilih moisturizer yang juga ada broad spectrum sunscreen. Melembap dan melindungi dalam masa yang sama. Mudah sangat.

Baca juga tentang Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Untuk Kulit.

Sumber