Landmark Study merupakan kajian nutrisi tentang corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna beberapa jenis suplemen untuk jangka masa panjang.

Antara soalan-soalan ‘cepumas’ yang kerap ditanya pengguna,

“Boleh ke ambil banyak-banyak suplemen Shaklee ni dalam satu-satu masa?”

“Ada kesan tak kalau makan suplemen ni bertahun-tahun lamanya?”

Entri tentang Landmark Study ini menjawab persoalan-persoalan ini.

.

APA ITU LANDMARK STUDY?

.

1# Kajian Unggul

.

Landmark Study ialah satu-satu dan kajian pertama seumpamanya di dunia.

Tiada kajian lain yang sama dengan kajian ini.

Unik sangat kajian ini kerana mengkaji kesan pengambilan BEBERAPA jenis suplemen dalam masa 20-30 tahun (jangka masa PANJANG).

Ada sahaja kajian yang dibuat oleh syarikat nutrisi lain. Tetapi kebanyakannya hanya mengkaji sejenis suplemen atau untuk beberapa tahun sahaja.

Kajian ini penting kerana penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan strok mengambil masa berpuluh-puluh tahun lamanya untuk wujud. Bukannya beberapa tahun.

landmark study

Antara suplemen yang diamalkan oleh kumpulan ketiga (Multiple Supplement) kajian ini.

.

2# Kajian Yang Independent

.

Selain dari itu, kajian Landmark ialah kajian yang ‘independent.

Bermaksud, kajian ini BUKAN diketuai atau dijalankan oleh pihak Shaklee.

Sebaliknya diketuai oleh Dr. Gladys Block dari University of Berkeley. Dr. Block ialah salah seorang pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal di US yang berkuasa PENUH ke atas kajian ini.

Dr. Gladys Block memilih untuk bekerjasama dengan pihak Shaklee kerana minatnya yang mendalam terhadap mengkaji golongan yang mengambil makanan tambahan (suplemen).

Pihak Shaklee pula sudah sedia ada ramai pengguna yang mengambil suplemennya untuk berpuluh-puluh tahun lamanya.

Corak kajian telah direka oleh Dr.Gladys Block dan pasukannya untuk mengumpul data dari pengguna yang telah mengambil suplemen Shaklee selama sekurang-kurangnya 20 tahun

landmark study

.

3# Corak Kajian Dan Cara Pengumpulan Data

.

Untuk kajian ini, Dr. Block telah memilih untuk menganalisis perbandingan keratan rentas (cross-sectional comparative analysis) antara 3 kumpulan sasaran:

  1. bukan pengguna suplemen (No supplement)
  2. pengguna mutivitamin sahaja, jenama lain (Single Multivitamin)
  3. pengguna BEBERAPA suplemen Shaklee (Multiple Supplement)

.

Kaedah kajian cross-sectional comparative analysis ini ialah kaedah yang paling sesuai kerana digunakan secara meluas di dalam kajian NUTRISI.

Ini kerana mampu menyediakan data yang banyak yang boleh digunakan untuk mengaitkan nutrisi dan pelbagai kesannya terhadap kesihatan.

Pada masa itu, pengguna Shaklee yang menyertai global conference telah dipilih secara rawak.

Kira-kira 800 pengguna yang didapati membeli dan mengambil beberapa suplemen Shaklee melebihi 20 tahun telah dijemput. Namun, tidak sampai 300 orang sahaja yang dipilih untuk kajian ini (bagi kumpulan Multiple Supplement).

Semasa conference itu jugalah pemeriksaan fizikal dan darah diambil untuk ujian darah.

Data ini kemudiannya dibandingkan dengan data mereka yang tidak (kumpulan No Supplement) atau mengambil hanya multivitamin sahaja (kumpulan Single Multivitamin) berdasarkan database dari National Health and Nutrition Examination Survey (NHNES).

Bagi kaedah kajian pula, ialah pemeriksaan kesihatan dan ujian darah (seperti yang telah dinyatakan) dan online questionnaire.

Online questionnaire mengumpul data berkaitan pengambilan suplemen, status kesihatan dan data dermografik.

Hanya mereka yang memberi data lengkap sahaja yang dipilih untuk analisis kajian.

landmark study

Saiz sampel kajian melebihi 1000 orang!

.

APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN INI?

.

Setelah data dibandingkan, keputusan kajian boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

.

1) Risiko penyakit kronik

.

*Risiko penyakit kronik adalah PALING RENDAH bagi kumpulan Multiple Supplement (Shaklee).

Rujuk graf di bawah, graf hitam (Multiple Supplement) mempunyai bar paling rendah berbanding graf kelabu dan putih.

.

landmark study

Ada sesiapa perasan yang kumpulan kedua (single multivitamin bukan brand Shaklee) mempunyai risiko TERTINGGI bagi kes diabetes dan serangan jantung?

.

Risiko kencing manis dan darah tinggi adalah masing-masing 73% dan 37% lebih rendah bagi kumpulan ketiga.

Dan hasil kajian juga menyimpulkan yang kumpulan ketiga adalah 4 kali ganda lebih sihat berbanding dua kumpulan lain.

.

2) Paras nutrisi dalam darah

.

*Paras nutrisi dalam darah adalah TERTINGGI bagi kumpulan Multiple Supplement (Shaklee).

.

landmark study

landmark study

Walaupun kumpulan ketiga mempunyai paras nutrisi darah terbaik, tetapi bagi nutrisi seperti retinol dan zat besi (iron), masih di tahap selamat. Kerana nutrisi-nutrisi ini boleh membahayakan jika terlalu tinggi dalam darah.

.

3) Bacaan ‘biomarker‘ darah

.

*Bacaan biomarker darah adalah PALING BAIK bagi kumpulan Multiple Supplement (Shaklee).

.

landmark study

Biomarker‘ darah menunjukkan risiko sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.

  • LDL (low density lipoprotein) dan triglycerides juga dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’. Lebih rendah bacaan LDL, lebih rendah risiko masalah kardiovaskular.
  • HDL (high density lipoprotein) yang dikenali sebagai kolesterol ‘baik’. Bacaan HDL yang lebih tinggi adalah lebih baik.
  • CRP (C-Reactive Protein) dan homocysteine menunjukkan paras keradangan. Nilai CRP yang tinggi menunjukkan keradangan yang tinggi.

.

landmark study

Ternyata kumpulan ketiga mempunyai aras LDL, CRP dan homocysteine yang paling rendah, dan paras HDL yang paling tinggi.

.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kumpulan ketiga (Multiple Supplement) mempunyai tahap kesihatan yang jauh lebih baik selepas 20 tahun, berbanding dua kumpulan yang lain.

.

PEER-REVIEWED

.

Peer-reviewed bermaksud kajian ini melalui proses penilaian oleh pakar dalam bidang yang sama sebelum diluluskan dan diterbitkan.

Selesai data dikumpulkan dan kesimpulan dibuat, kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal peer-reviewed, Nutrition.

Sejak penerbitannya dalam jurnal Nutrition, kajian ini telah dirujuk sebagai LANDMARK STUDY kerana merupakan kajian paling komprehensif mengenai pengguna yang menggunakan pelbagai jenis suplemen pada masa itu –  dan ia terus menjadi populasi yang memerukan kajian lanjutan.

.

PELABURAN SHAKLEE DALAM KAJIAN INI BUKAN KONFLIK BERKEPENTINGAN

.

Pihak Shaklee TIDAK berkuasa langsung ke atas kajian ini, tetapi cuma membiayai kajian sahaja. Kuasa penuh adalah di bawah Dr.Block dan pasukan.

Kenyataan konflik berkepentingan sentiasa dimasukkan dalam penyelidikan saintifik.

Sejumlah besar penyelidikan ubat-ubatan dibiayai oleh syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan.

Hakikat bahawa kajian ini dibiayai oleh Shaklee TIDAK menjejaskan kesahihan keputusan.

Tetapi harus dinilai berdasarkan reka bentuk dan perlaksanaaan kajian (dalam kajian ini, oleh Dr.Block yang sangat dihormati), keputusan dan kesimpulan, serta penerbitannya dalam jurnal peer-reviewed.

.

.

Baca juga Telomere Study yang membuktikan pengamal suplemen Shaklee selama 5 tahun mempunyai telomere yang lebih panjang.

.

Sumber :

www.landmarkstudy.com

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth