kurang protein

Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu | Protein merupakan bahan binaan penting untuk pertumbuhan sel dan tisu baru.

Sebab itu ianya penting bagi ibu menyusu untuk mendapatkan protein yang cukup sepanjang proses penyusuan.

Bukan sahaja untuk diri anda sendiri, malah untuk bayi yang disusukan.

.

Apa Fungsi Penting Protein Untuk Ibu Menyusu?

.

Disebabkan protein diperlukan untuk penghasilan sel baru, antara ‘tugas’ protein bagi ibu menyusu ialah:

  • diperlukan untuk menghasilkan susu ibu – sebab itu protein juga merupakan milk booster bagi ibu menyusu
  • memberi rasa kenyang dan bertenaga untuk tempoh masa yang lebih lama
  • membantu memperbaharui sel kulit. Jadi, secara tak langsung menganjalkan dan membaiki semula struktur kulit ibu selepas bersalin
  • membantu baik puih stretchmark, luka bersalin atau pembedahan ibu
  • menghasilkan enzim dan hormon dalam badan
  • membantu perkembangan bayi

.

Berapa Banyak Makanan Protein Untuk Ibu Menyusu Perlu Setiap Hari?

.

keperluan vitamin ibu menyusu

Keperluan protein mengikut usia, berdasarkan Rcommended Nutrition Intake (RNI) Malaysia.

Menurut Recommended Nutrition Intake (RNI) di Malaysia seperti dalam jadual di atas, keperluan harian protein bagi seorang perempuan beruia 19 tahun dan ke atas ialah 55 gram.

Manakala bagi ibu menyusu, anda memerlukan extra 20 gram (iaitu sebanyak 75 gram protein sehari) untuk enam bulan penyusuan pertama.

Bagi bulan ketujuh dan seterusnya, anda memerlukan extra 15 gram, iaitu total 70 gram protein sehari.

Berapa banyak nak kena makan ayam, ikan, daging, dan lain-lain sumber protein dalam sehari tu?

Berikut ialah contoh sumber makanan berprotein dan kandungan protein dalam satu hidangan (atau mengikut gram):

keperluan vitamin ibu menyusu

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa protein musnah termusnah dalam suhu tinggi.

Semasa proses penyediaan makanan (menggoreng, merebus, membakar, dan lain-lain), kebanyakan protein telah termusnah.

Dan hanya sebahagian kecil protein sahaja akan diperoleh oleh badan anda.

Sebab itu kebanyakan ibu menyusu, masih mempunyai tanda-tanda kekurangan protein walaupun makan ayam atau ikan atau daging atau apa saja sumber protein yang lain setiap hari.

Di sinilah pentingnya pengambilan suplemen protein.

Untuk suplemen protein terbaik semasa menyusu, boleh klik gambar di bawah untuk konsultasi lanjut.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk konsultasi lanjut