makanan untuk vegetarian

Seorang vegetarian ialah salah satu kumpulan yang berisiko mengalami kekurangan nutrisi kerana pengehadan pengambilan makanan dari sumber haiwan.

Antaranya, mereka boleh jadi kekurangan kalsium.

Berikut merupakan makanan tinggi kalsium yang boleh diambil oleh mereka yang vegetarian untuk memenuhi keperluan kalsium harian.

.

CHIA SEEDS

2 sudu besar Chia seeds membekalkan 179mg kalsium.

Selain kalsium, ia juga mengandung boron, yang menggalakkan kesihatan tulang dan otot dengan membantu badan dalam metabolisma kalsium, fosforus dan magnesium.

.

SUSU SOYA

Secawan susu soya yang diperkaya kalsium adalah bersamaan dengan kalsium dari secawan susu lembu.

Adalah penting untuk memilih produk soya yang diperkaya dengan kalsium kerana barulah ia bersamaan dengan khasiat dari susu lembu.

Baca 10 Kebaikan ESP Sebagai Suplemen Protein Dari Sumber Soya NonGMO.

Kekurangan kalsium merisikokan anda kepada osteoporosis pramatang.

.

KACANG ALMOND

Dengan secawan kacang almond sahaja berupaya membekalkan kira-kira 385mg kalsium untuk anda. Nilai ini sahaja sudah melebihi 1/3 daripada jumlah saranan harian kalsium

Namun, ingat juga yang secawan kacang almond ini juga turut membekalkan 838 kalori dan hampir 72 gram lemak. Ops!

.

TOFU

Kandungan kalsium dalam tofu adalah berbeza, berjumlah di antara 275mg hingga 861mg untuk setengah cawan tofu.

.

BIJI BUNGA MATAHARI

Orang kita panggil “biji kuaci”. Secawan biji bunga matahari membekalkan 109mg kalsium. Dan selain kalsium, ia juga turut kaya dengan magnesium, yang menyeimbangkan kesan kalsium dalam badan dan mengawal kesihatan saraf dan otot.

.

BIJAN

Sekecil-kecil bijan, tak sangka yang hanya sesudu besar bijan sahaja boleh membekalkan 88mg kalsium untuk diet seseorang. Cubalah bakar sedikit bijan kemudian campurkan ke dalam hidangan salad anda.

ostematrix shaklee

Saranan keperluan kalsium harian mengikut umur dan keperluan (Sumber: National Institute of Health)

.

BROKOLI

Sebanyak secawan brokoli segar membekalkan87mg kasium.

Berdasarkan National Cancer Institute di US, pemakanan yang kaya dengan brokoli dikaitkan dengan risiko kanser yang rendah.

.

UBI KELEDEK

Sebiji ubi keledek yang besar berupaya membekalkan 68mg kalsium, selain kaya dengan potassium, vitamin A dan vitamin C.

.

OREN DAN JUS OREN

Anda boleh mendapatkan kira-kira 74mg kalsium dengan memakan sebiji oren yang bersaiz besar.

Sementara segelas jus oren yang diperkaya kalsium berupaya membekalkan lebih kalsium lagi iaitu sebanyak 300mg.

.

OSTEMATRIX JUGA ‘MAKANAN’ UNTUK VEGETARIAN YANG SESUAI

kebaikan ostematrix shaklee

Terasa sukar untuk memenuhi keperluan kalsium dari pemakanan sahaja?

Anda boleh pertimbangkan pengambilan suplemen Ostematrix untuk bekalan kalsium harian anda.

Ostematrix diformulasi dari garam galian dari Laut Mati (tidak bersumberkan haiwan), jadi merupakan pilihan yang sesuai untuk anda yang vegetarian.

Membekalkan bukan sahaja kalsium, tetapi juga magnesium, vitamin D, zink, boron dan lain-lain yang ‘bekerjasama’ untuk memastikan penyerapan kalsium ke dalam tulang sepenuhnya.

Dan ini telah terbukti di dalam kajian klinikal, yang mana kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan.

kaki cramp ketika mengandung

Nak tahu lebih lanjut tentang Ostematrix dan feedback penggunanya?

Klik Ostematrix Shaklee dan Koleksi Testimoni Ostematrix.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, KepalaBatas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat