manfaat vitamin b

B Complex terdiri daripada gabungan 8 jenis vitamin B dengan pelbagai fungsi dan manfaat kesihatan. Manfaat vitamin B secara amnya dapat membantu mengurangkan stress dan meningkatkan mood. Vitamin B juga berupaya mengurangkan simptom kemurungan dan depresi.

Vitamin-vitamin B ialah sejenis vitamin larut air. Iaitu bermaksud, ia perlu diambil setiap hari kerana tidak boleh disimpan dalam badan. Jika diambil berlebihan pula, akan disingkirkan melalui air kencing. Jadi, kita memerlukan vitamin B setiap hari, sama ada dari pemakanan ataupun suplemen.

Seterusnya, akan dibincangkan manfaat, dos saranan dan sumber-sumber yang kaya bagi setiap satu vitamin B.

.

B1, Tiamin

Nak dapatkan vitamin B1, rajin-rajinlah makan makanan seperti cereals, yis, kekacang dan daging.

Saranan pengambilan harian oleh National Institute of Health (NIH) ialah 1.1mg untuk wanita dewasa 18 tahun dan ke atas, 1.4mg untuk ibu mengandung, 1.5mg bagi ibu menyusu dan 1.2mg untuk lelaki berusia 14 tahun dan ke atas.

Vitamin ini penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan mencegah penyakit beri-beri.

.

B2, Riboflavin

Vitamin B2 pula membantu memecah dan menggunakan karbohidrat, lemak dan protein, serta menukarkan makanan kepada tenaga untuk digunakan badan.

Ia juga membantu dalam kesihatan kulit, usus dan sel-sel darah.

Makanan yang kaya vitamin B2 ialah seperti kekacang sayuran hijau, daging dan produk tenusu.

Saranan pengambilan harian ialah 1.1mg bagi perempuan dewasa, 1.2mg bagi lelaki dewasa, 1.4mg bagi ibu hamil dan 1.6mg bagi ibu menyusu.

manfaat vitamin b

.

B3, Niasin/Asid Nikotinik

Seperti vitamin B2, niasin juga menukarkan makanan kepada tenaga selain mencegah penyakt pellagra.

Vitamin B3 banyak terdapat dalam kekacang, roti, produk tenusu, ikan dan daging.

Lelaki dewasa 14 tahun dan ke atas disarankan mengambil vitamin B3 sebanyak 16mg, manakala untuk perempuan dewasa 14 tahun dan ke atas pula sebanyak 14mg.

.

B5, Asid Pantotenik

Asid pantotenik diperlukan untuk penghasilan hormon.

Food & Nutritional Board of Institute of Medicine menyarankan pengambilan sebanyak 5mg vitamin B5 untuk mereka yang berumur 14 tahun dan ke atas.

Amalkan sayur-sayuran dari kumpulan kubis, avokao, ubi kentang, produk tenusu dan organ dalaman untuk mendapatkan vitamin ini.

manfaat vitamin b

.

B6, Pyridoxine

Penting untuk perkembangan otak, memelihara kesihatan sistem imun badan dan sistem saraf.

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah buah pinggang, dan masalah penyerapan nutrisi (malabsorption) berisiko mengalami kekurangan vitamin B3. Lalu menunjukkan tanda-tanda kekurangan seperti kemurungan dan sistem imun yang lemah.

Jadi, perbanyakkan pengambilan pisang, kekacang, hati lembu, lobak, keju, ayam, susu, ikan salmon, udang dan bayam yang kaya dengan vitamin ini.

Berdasarkan NIH, dos saranan bagi dewasa sehingga 50 tahun ialah 1.3mg, dan 2mg bagi ibu hamil dan menyusu.

.

B7, Biotin

Biotin berfungsi dalam metabolisma karbohidrat dan lemak.

Pengambilannya boleh didapati daripada sumber makanan seperti yis, telur, ikan salmon, keju dan hati. Sebanyak 30mcg sehari disarankan untuk orang dewasa.

manfaat vitamin b

.

B9, Asid Folik

Nama lain yang lebih terkenal ialah asid folik yang penting diambil oleh ibu hamil di awal kehamilan (sebaiknya ketika merancang lagi) untuk mencegah kecacatan tiub neural.

Disamping itu, terdapat kajian yang menyatakan pesakit kemurungan mempunyai paras asid folik yang lebih rendah.

Dan dos saranan oleh NIH pula ialah 400mcg bagi dewasa, 500mcg untuk ibu menyusu dan 600mcg bagi ibu hamil.

.

B12, Cyanocobalamine

Mempunyai tugas penting dalam fungsi saraf, penghasilan sel darah merah dan DNA, jika kekurangan vitamin B1 boleh mempunyai tanda-tanda berikut:

  • anemia
  • kekeliruan
  • nyanyuk
  • kemurungan
  • keletihan
  • kesukaran mengimbangi badan
  • masalah usus
  • gangguan mood
  • memori lemah

Kebiasaannya, tanda-tanda ini dihadapi oleh mereka yang vegetarian, warga emas dan yang mempunyai masalah usus (mengganggu penyerapan).

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin B1 ialah produk tenusu, ikan, daging, hati lembu dan ‘fortified cereals’.

Dos saranan bagi dewasa ialah 2.4mcg, manakala 2.6-2.8mcg bagi ibu hamil dan menyusu.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Sungai Dua, Butterworth, SeberangJaya, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak