Menjadi wanita ini sebenarnya sentiasa diuji dengan dugaan. Semasa menginjak usia sekolah rendah atau menengah, kanak-kanak perempuan ‘dikejutkan’ dengan kehadiran darah haid. Ada yang mengalami senggugut ada yang tidak.
Selepas berkahwin pula, dikurniakan rezeki hamil akan mengalami cabaran yang pelbagai sepanjang 9 bulan kehamilan pula
Baca juga entri Cabaran-cabaran Hamil & Tips Menangani.
Setelah bayi selamat dibersalinkan ke dunia, ibu menyusu akan menempuh masalah penyusuan susu ibu pula.
Hendak menyusukan bayi anda secara eksklusif bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tidaklah pula mustahil untuk berjaya ya.
Jika di zaman persekolahan dahulu, salah satu pepatah yang kita pelajari, “Tangan yang menggoncang buaian mampu menggoncang dunia“, menjelaskan betapa seorang wanita yang tampak lembut di luaran sebenarnya sangat kuat dalaman mereka. =)
Jadi hari ini topik yang Ain nak kongsi bersama ibu-ibu menyusu ialah beberapa masalah penyusuan susu ibu yang common dialami.
Ada masalah, pastilah Ain akan kongsi cara penyelesaiannya juga. InsyaaAllah…
.
1# Puting Tenggelam atau Mendatar (Flat & INVERTED Nipple)
Masalah ini kebiasaaannya dialami oleh ibu-ibu yang pertama kali menyusu.
Jangankan kerana masalah ini, anda give up terus untuk memberi titisan emas ini kepada kesayangan anda.
Apa yang boleh anda lakukan ialah mula mengepam payudara anda seawal minggu ke-37 kehamilan lagi.
Dengan mengepam akan merangsang puting anda supaya lebih ‘keluar’ dan bersedia untuk menyusukan bayi nanti.
Mana tahu dengan mengepam awal ini juga anda akan dapat kolostrum juga.
Kolostrum secara amnya mula dihasilkan badan ibu hamil di penghujung kehamilan.
Untung sangat kalau ‘makanan’ pertama bayi anda sebak menjengah ke dunia ialah kolostrum yang penuh berkhasiat dan kaya dengan antibodi ini.
Konsistensi kolostrum ini sangat pekat, berwarna kekuningan dan amaunnya sedikit sahaja.
.
2# Nipple Cracked
Nipple cracked ialah keadaan di mana puting payudara anda terluka dan pedih.
Antara punca-punca puting anda boleh terluka ialah seperti berikut:
- teknik lekapan yang salah (Baca juga entri tentang Teknik Lekapan Menyusu Yang Betul)
- penggunaan pam susu yang tidak sesuai (sedutan terlalu kuat, saiz corong salah, dan lain-lain)
- jangkitan kulit pada puting yang dipindahkan dari bayi semasa menyusu (periksa dalam mulut bayi)
- kulit anda terlalu kering contohnya anda mengalami eczema
- bayi anda mengalami tongue-tie yang mempengaruhi teknik lekapan
Sekiranya anda mengalami masalah ini, apa yang anda boleh lakukan ialah:
- Pastikan bayi melekap dengan baik semasa menyusu
- Cuba menyusu dengan posisi lain
- Menyusu di sebelah payudara yang tidak luka
- Letakkan cold pack pada puting yang terluka untuk mengurangkan kesakitan
- Bersihkan puting dengan kain bersih selepas menyusu
- Sapukan krim yang sesuai (boleh didapati di pasaran ‘Cream for Cracked Nipple’) untuk membantu penyembuhan
- Jika terlalu sakit, anda boleh dapatkan ubat tahan sakit (sebaiknya dapatkan nasihat doktor kerana anda menyusu)
.
2# Bengkak Susu
Untuk point ini, telah Ain ceritakan dengan detail dalam entri Tips Atasi Bengkak Susu Dengan Berkesan.
.
4# Saluran Susu Tersumbat (Clogged Duct)
Ini juga Ain telah buat satu entri tentang ini, bertajuk Salur Susu Tersumbat, Bagaimana Mengatasinya?
.
5# Ibu Tidak Sihat
Dari segi negatifnya, apabila ibu menyusu tidak sihat, badan mengalami stres dan boleh merudumkan penghasilan susu ibu.
Manakala dari segi positifnya, jika ibu menyusu mengalami jangkitan, antibodi yang dihasilkan dapat disalurkan kepada bayi anda.
Untuk mencegah daripada ibu menyusu mudah sakit, amalkanlah pemakanan yang kaya dengan vitamin C (seperti buah-buahan sitrus) dan omega-3 (seperti ikan) untuk boost sistem imun anda.
Bila dah jatuh sakit, kenalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.
Sebaiknya elakkan membeli sendiri ubat-ubatan kerana ada sesetengah ubat yang tidak sesuai untuk ibu menyusu.
.
6# Susu Merudum
Ada banyak punca kenapa ini boleh berlaku.
Pertamanya, jika anda katakan susu anda sedikit sebaik bayi dilahirkan, sebenarnya anda salah.
Susu ibu ialah ‘makanan’ terbaik yang dijadikan Tuhan. Ciptaan Tuhan juga semestinya adalah yang terbaik untuk bayi anda.
Anda kena sentiasa ingat yang susu ibu sentiasa CUKUP untuk bayi anda sejak dari hari pertama bayi menjengah ke dunia lagi. Perkataan ‘CUKUP’ ini penting sangat kerana susu ibu dihasilkan berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘.
Sebaik bayi dilahirkan pula, perut bayi hanya sekecil sebiji buah ceri yang memerlukan hanya kira-kira sesudu kecil susu sahaja sekali menyusu.
Kalau anda pam minggu pertama selepas bersalin dan dapat 0.5 hingga 1oz sekali pam, itu sudah banyak untuk usia bayi anda ketika itu.
Teruskan sahaja menyusu dan mengepam untuk merangsang demand yang lebih.
Lama-kelamaan, semakin besar bayi anda (semakin besar juga perutnya), bayi akan menyusu lebih banyak. Dan badan anda juga akan menghasilkan lebih banyak susu.
‘Demand dan supply‘ yang ditepati pasti menjadikan susu ibu anda CUKUP untuk bayi anda.
Elakkan membandngkan hasil ebm anda dengan orang lain. Yang penting “CUKUP”, ok? =)
Baca juga entri Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat.
.
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Carilah ilmu yang betul, praktikkan dan anda pasti berjaya menyusukan bayi anda.
Selamat berjaya ibu-ibu menyusu semua.
.
Sumber : babycenter.comĀ