fresh laundry shaklee

Buat surirumah yang selalu buntu nak cuci pakaian suami dan anak-anak yang selalu kotor, sesuai sangat cuba Fresh Laundry Shaklee ni. Memang banyak pencuci pakaian di pasaran sekarang sampai rasa tak tahu nak pilih yang mana.

Jom berkenalan dengan Fresh Laundry Concentrate Shaklee ni dulu.

.

Tahukah anda?

Kebanyakan pencuci pakaian di pasaran mengandungi bahan iritan yang boleh diserap ke dalam kulit atau dihidu ke dalam sistem pernafasan, menyebabkan reaksi alahan?

Antaranya ialah trietholamine dodecylbenzenesulfonate yang terdapat di dalam senarai bahan berbahaya.

Bahan iritan yang terkena kulit boleh menyebabkan kulit ‘terbakar’ dan memedihkan mata. Jika dihidu pula menyebabkan gangguan pada hidung, tekak dan mengakibatkan batuk-batuk, nafas berbunyi dan penat.

Kontak berterusan pula menjadikan kulit kering, naik ruam, dan kegatalan!

.

Fresh Laundry Shaklee Berbeza Dari Pencuci Dengan Bahan Kimia Berbahaya Ini!

SELAMAT

  • hipoalergenik : sangat sesuai untuk yang berkulit sensitif dan bermasalah alahan (asthma, allergic dermatitis, dan lain2)
  • bebas klorin dan bahan kimia berbahaya
  • sesuai untuk semua jenis fabrik untuk dicuci

POWERFUL

  • sangat pekat : cuma 1 oz diperlukan untuk mencuci pakaian muatan sederhana
  • hebat dalam semua suhu air termasuk air sejuk
  • sangat membantu mengekalkan keputihan pakaian putih dan mengekalkan keceriaan pakaian berwarna

SEMULAJADI

  • bahan semulajadi yang sangat mudah didapati
  • biodegradable
  • bebas fosfat dan pewarna
  • packaging yang boleh dikitar semula
  • selamat untuk sistem septik

.

Semua Di Bawah Ini Ialah Testimoni Ain Sendiri!

.

fresh laundry shaklee

Pelapik baby car seat ni tak pernah dibasuh dalam 4 tahun! (Malu sebenarnya nak mengaku sebab asyik beranak – pregnant – beranak – pregnant kan haha). Dengan mudahnya jadi macam baru lepas sental manja-manja dengan Fresh Laundry Shaklee.

.

fresh laundry shaklee

Ini plak baju yang diconteng Humaira dengan ball pen. Abaikan pencahayaan yang berbeza tu. Yang penting kesan contengan tu hilang 100%! =)

.

fresh laundry shaklee

Salah satu kemeja kesayangan encik suami Ain, buat plak terkena minyak masa makan kat kedai pada suatu hari. Nasib baik ada Fresh Laundry yang buat Ain basuh baju sambil tersenyum ni. =)

.

fresh laundry shaklee

Haha. Bukan kemeja suami je yang kena. Jubah Ain dan romper Achik pun kena jgak minyak masa makan. Cuci dengan Fresh Laundry Concentrate ni tak rosakkan kain langsung sebab sental sikit dah mudah hilang.

.

fresh laundry shaklee

Zoonm skit romper Achik tadi. Sayang ooo romper ni, opah hadiahkan dari New Zealand. =)

.

fresh laundry shaklee

Yang ni plak baju Khayla yang memang paling comot antara tiga beradik. Aduhai kena coklat plak. Kalau sebelum ni kain baju kena coklat mesti ada kesan kotoran yang tak boleh hilang. Tapi tak lagi dengan Fresh Laundry Shaklee. =)

.

fresh laundry shaklee

Seronok tengok anak-anak suka makan, tapi kalau tertumpah kuah kari kena baju rasa nak bertukar jadi naga dengan mulut keluar api pun ada kan? Hahaha!

.

fresh laundry shaklee

Ok ini paling sadis sebab asalnya bersih ja baju tidur Achik ni. Nak dijadikan testimoni, Achik celup tangan dia dalam sambal tumis Umi! Oh mai, Umi senyum je sebab terbayang akan hilang dengan Fresh Laundry nanti. =)

.

Tahun ni masuk tahun ketiga Ain masih setia dengan Fresh Laundry ni. Sudahlah pekat, sekali beli dapat sekotak besar serbuk pencuci.

.

Review jujur dari hati sanubari Ain pasal Fresh Laundry Shaklee:

.

  • didatangkan dalam bentuk serbuk, jadi agak leceh sket sebab kena bancuh
  • bila terkena tangan tak rasa panas dan ‘terbakar’
  • tak menyebabkan kulit mengelupas dan sakit. Nak celup tangan dalam tu lepas dah bancuh pun boleh haha
  • bau wangi fresh walaupun tak gunakan softener
  • masa sidai kain rasa bersih sangat kain-kain
  • pakaian berwarna tak cepat luntur warnanya (kecuali memang jenis kain senang turun warna or berkualiti rendah)
  • sekotak tahan lama, setakat ni sekotak untuk 8-10 bulan baru habis
  • so walaupun harga retail sekotak RM83.75, kalau dibahagi dengan 8 bulan, sebulan around RM10 (lebih kurang pencuci pakaian biasa kat supermarket je)
  • paling best sebab sumber semulajadi, takkan menyebabkan besi berkarat. Kenapa besi? Sebab mesin basuh kita kan daripada besi. Jadi untuk jangka masa panjang Fresh Laundry ni jgak ‘best friend’ mesin basuh kita. Jom tengok eksperimen kat bawah ni:

.

Eksperimen : Fresh Laundry Shaklee Tak Menyebabkan Besi Berkarat

.

fresh laundry shaklee

Tengok gambar di atas ni. Antara 4 bekas ni, hanya satu bekas berlabel ‘Get Clean’ sahaja yang jernih airnya dan lain dah berkarat kan?

fresh laundry shaklee

Di penutup kesemua 4 bekas ni pula bertarikh 22/2/2017. Bermakna eksperimen bermula pada tarikh ini.

Untuk eksperimen ni, Ain masukkan air paip dan sebatang skru ke dalam setiap bekas.

Brand X, Y, dan Z mewakili pencuci pakaian yang dimasukkan ke dalam tu, manakala Get Clean tu Fresh Laundry Shaklee la.

Ain biarkan kesemua bekas di satu tempat tersorok dalam rumah Ain supaya budak-budak ni tak nampak dan buat mainan. Sampaikan Ain sendiri terlupa la adanya eksperimen ni.

Nampak tak semua bekas pun dah berhabuk teruk? Ni pun ‘jumpa’ lepas lebih 6 bulan masa kemas rumah. Hihihi =P

.fresh laundry shaklee

Haa kita zoom skit skru dalam bekas Get Clean ni. Masih tak berkarat kan?

.
fresh laundry shaklee

Bagaimana pula dengan skru-skru dalam bekas X, Y, dan Z? Tengok warna air pun dah tahu semua dah berkarat betul tak?

.fresh laundry shaklee

Kalau tak percaya kita buang air dalam semua bekas tengok. Tadaaaa!!! Siap ada keladak karat lagi eeeee….

Walaupun bekas ni tak kedap udara sepenuhnya, udara boleh masuk dan mengoksidakan besi skru supaya berkarat, skru dalam bekas Get Clean tetap tak berkarat walau dan dibiarkan berbulan-bulan lamanya. 🙂

Haaaa nampak tak nampak tak betapa Shaklee sangat mementingkan kesihatan kita dan persekitaran kita.

Kesimpulannya, kalau korang sayangkan mesin basuh korang, gunalah Fresh Laundry Shaklee. Bukan sahaja kain baju pun bersih, pakaian mahal-mahal pun terjaga, duit pun boleh jimat baaaaaanyak sangat in long term. =)

Produk-produk lain untuk kesihatan rumah boleh rujuk entri Produk Shaklee dan Harga.

KLIK SINI UNTUK ORDER DAN KONSULTASI LANJUT DARI AIN