meruang faraj

Meruang faraj, dalam bahasa Inggeris dipanggil vaginal douching, berasal dari perkataan Perancis “douche” yang bermaksud “mencuci” atau “merendam“.

Sesetengah wanita Eropah mempraktikkan meruang dengan menggunakan pencuci vagina yang dijual untuk mencuci. Manakala wanita negara kita menggunakan jari untuk membersihkan vagina.

Tujuan meruang dipercayai seperti berikut:

  • membersihkan faraj selepas haid
  • menangani masalah bau busuk faraj
  • mencegah daripada penyakit kelamin (sexually-transmitted diseases)
  • menelak dari kehamilan selepas bersama pasangan

Namun, kajian sains mendapati meruang sama sekali TIDAK membantu untuk tujuan-tujuan di atas. Sebaliknya, boleh meningkatkan risiko jangkitan dan kompikasi-komplikasi serius yang lain seperti di bawah:

.

Jangkitan Kuman (Bacterial Vaginosis)

.

Anatomi semulajadi bahagian faraj wanita mengandungi kuman ‘baik’ yang secara semulajadinya bertindak sebagai ‘pengawal’.

Tindakan meruang boeh menghapuskan kuman ‘baik’ ini, meningkatkan risiko jangkitan faraj yang dipanggil bacterial vaginosis.

Bagi ibu hamil yang meruang, kerana faraj menghubungkan dunia luar dengan rahim (uterus), meruang juga meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan penyakit kelamin.

.

Keradangan Organ Wanita (Pelvic Inflammatory Disease, PID)

.

PID ialah jangkitan uterus, ovari dan/atau tiub Fallopian. Kajian mendapati, wanita yang meruang mempunyai risiko PID sebanyak 78%!

.

Komplikasi Kehamilan

.

Bagi wanita yang menginginkan zuriat, elakkan meruang kerana berdasarkan kajian, wanita yang meruang lebih daripada sekali seminggu mempunyai kesukaran mendapatkan zuriat.

Keadaan faraj yang semulajadi mempunyai lendiran berasid yang mana apabila bergabung dengan air mani yang bersifat alkali, akan menjadi neutral dan meningkatkan survival sperma untuk mensenyawakan ovum. Ini penting untuk mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Kaedah meruang boleh mengganggu keasidan lendiran faraj.

Dengan meruang juga, wanita yang berjaya hamil mempunyai risiko sebanyak 76% untuk kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy).

.

Kanser Serviks

.

Dikatakan juga meruang meningkatkan kemungkinan menghidap kanser serviks!

.

meruang faraj

Antara tanda-tanda kanser serviks

.

Meruang Faraj Dari Perspektif Perubatan

.

Kerana meruang mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan, American College of Obstetrician and Gynecology (ACOG) menyatakan meruang sepatutnya dielakkan.

Faraj yang berbau adalah normal kecuali bau busuk yang sangat kuat mungkin menandakan jangkitan faraj. Rujuk entri 13 Punca Kenapa Cecair Faraj Berbau.

Walau bagaimanapun sifat asid dalam faraj akan mengawal jangkitan itu.

Dan dengan membasuh faraj menggunakan air suam sudah memadai untuk membersihkan faraj.

.

Cara Cuci Kemaluan Menurut Islam

.

Nabi Muhammad SAW  tidak berlebih-lebih menggunakan air dan menggunakan tangan kiri untuk mencuci kemaluan.

Sebagaimana keterangan dalam Al-Mausuah Al-Fiqiyah halaman 4/180 dan hadith riwayat Muslim, para ulama bersepakat yang menggunakan air berlebihan untuk menghilangkan najis adalah makruh.

Bahawa Rasulullah SAW menggunakan tangan kanan untuk makan dan bersuci (berwudhu’ dan mandi wajib) manakala tangan kiri untuk beristinjak” (hadith riwayat Abu Daud dari Aisyah)

Sunnah mengusap tangan kiri dengan tanah, debu atau sabun untuk lebih bersih” Imam Nawawi, Syarah Muslim)

Video dari Youtube ini pula Ustaz Azhar Idrus menerangkan cara mencuci kemaluan wanita.

 

 

Sekian. Wallahu’alam.

Sumber: WebMD