anak cepat bercakap

Salah satu milestone penting bagi anak kecil ialah kebolehan mereka untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Untuk merangsang anak kecil supaya cepat bercakap, ibu bapa dan penjaga haruslah bertindak sejak mereka kecil lagi.

Ibu bapa dan penjaga merupakan role model pertama bagi anak kecil. Kajian mendapati, ibu bapa yang kerap berkomunikasi dengan anak-anak kecil, apabila mereka lebih besar mempunyai kosa kata yang lebih luas dan grammer yang lebih baik.

Jadi, mari ikuti tips SIMPLE untuk berkomunikasi dengan anak kecil supaya mereka lebih cepat bercakap dan menguasai kosa kata yang lebih banyak.

.

10 Tips SIMPLE Untuk Merangsang Anak Cepat Bercakap

.

1# SENTIASA Bercakap Dengan Anak

.

Tips pertama ialah ibu bapa perlu SENTIASA bercakap dengan anak-anak. Seawal dari anak bangun pagi lagi, ibu bapa boleh terus bercakap dengan anak-anak.

Assalamualaikum sayang. Dah bangun tidur ya anak umi busuk ni? Jokita mandi.”

Pasti anak-anak bangun pagi dengan gembira disapa sebegini. Teruskan bercakap semasa dan selesai mandi contohnya:

Ok, kita mandi air suam ya. Air ni sejuk ke panas ke ok untuk adik? Wah, banyaknya sabun dia! Dah wangila anak umi ni. Meh kita pakai baju. Adik nak pakai baju yang mana hari ni?

Oh ya. Jangan syok sendiri pula. Bercakaplah dengan bertanyakan soalan supaya ada interaksi di situ. Sebutan pun pastikan sebiji-sebiji dan jelas untuk ‘ditangkap’ oleh telinga anak-anak.

Bagi bayi kecil pula, walaupun mereka nampak seperti tidak memahami percakapan kita, teruskan kerap bercakap dengan mereka juga.

.

anak cepat bercakap

Apa ingat saya tak faham ke apa yang mommy cakap tu?

.

2# Membaca Bersama Anak-anak

.

Anak yang masih kecil, boleh saja gunakan buku tebal dengan gambar berwarna-warni yang besar dan jelas. Warna-warni ini bukan sahaja membantu merangsang penglihatan anak-anak. Tetapi jika ada guide dari ibu bapa, anak akan dapat lebih dari itu.

Dengan hanya sebuah gambar yang berwarna-warni ini, anda boleh membacakan bermacam-macam untuk anak anda.

Sebagai contoh, sebuah gambar kapal terbang. Anda boleh ceritakan yang kepala kapal terbang itu berbentuk bulat. Di badan kapal terbang ada banyak tingkap kecil, dan di belakangnya pula ada kipas yang boleh berpusing dan membawanya terbang tinggi.

Ajak anak anda ulang apa yang anda sebutkan juga.

.

3# Buku Cerita

.

Selain gambar benda-benda, boleh juga anda gunakan buku cerita simple untuk anak yang lebih besar. Kebiasaannya, buku cerita haiwan menarik minat anak-anak.

Misalannya cerita sang kancil dan buaya, kucing dan anjing dan sebagainya.

Selepas beberapa kali membacakan cerita kepada anak anda, pasti mereka pula yang teruja untuk menceritakan kepada anda pula.

.

anak cepat bercakap

.

4# Musik

.

Anak-anak kecil pastinya sukakan musik dan menyanyi. Macam Ain sendiri, masa anak-anak kecil selalu pasangkan CD Barney and Friends dan tonton bersama mereka.

Terangkan kepada anak-anak apa yang diceritakan. Menyanyi bersama anak-anak membantu mereka menyebut perkataan dengan betul. Aktiviti menyanyi dan menari kan menggembirakan. Sambil bersukaria sambil belajar, sambil menyelam minum air.

.

5# Ketahui dan Sokong Minat Anak Anda

.

Jika anak ada seorang yang sangat menggemari kucing, selalulah bercerita tentang kucing. Beli buku-buku yang ada kucing dan sebagainya.

Sudah tentulah banyak perkara yang anak anda ingin bertanya dan ceritakan juga. Ini secara automatik akan merangsang anak cepat bercakap.

.

6# Berpada-pada Dengan Gajet

.

Sama ada televisyen atau gajet lain seperti komputer, American Academy of Pediatrics menyarankan, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun TIDAK perlu langsung didedahkan dengan gajet.

Manakala bagi anak-anak 2 tahun ke atas, disarankan pendedahan kepada gajet maksimum 2 jam sahaja. Itu pun terhad kepada rancangan atau program yang berkualiti.

Televisyen TIDAK boleh berinteraksi dengan anak-anak. Permainan komputer pula kebanyakannya memang jenis interaktif tetapi TIDAK pula responsif. Jalan terbaik semestinya interaksi dan respon dari manusia (ibu bapa dan penjaga) kan?

.

7# JANGAN Sekali-kali Kritik Pelat Atau Gaya Percakapan Anak

.

Anak kecil yang kerap dikritik sebutan pelat dan gaya percakapannya, lama-kelamaan akan berasa rendah diri dan malu untuk bercakap.

Normal sahaja anak kecil yang baru belajar bercakap menghadapi kesukaran menyebut huruf atau perkataan tertentu seperti cucu (susu), matan (makan) dan lain-lain.

JANGAN kritik atau mentertawakan mereka walau anda rasa begitu kelakar sekali perkataan yang disebut itu.

Sebaiknya, ulang perkataan itu dengan sebutan yang betul dan jelas.

Bagi anak kecil yang baru mula bercakap pula, JANGAN pula ibu bapa yang mula memperkenalkan perkataan pelat kepada anak-anak. Yang paling kerap, ibu bapa mengajar anak menyebut susu sebagai “cucu”.

.

8# Puji Melambung-lambung Untuk Usaha Kecil Anak

.

Siapa lah yang tidak sukakan pujian kan?

Sebagai anak kecil yang sedang meneroka dan belajar, sudah tentulah mereka merasa bangga jika berjaya melakukan sesuatu. Begitu juga dengan percakapan mereka.

Anak yang pertama kali berjaya menyebut satu perkataan, contohnya, tepuk tangan kuat-kuat dengan penuh kegembiraan.

Dengan ini akan terus menggalakkan mereka terus berusaha untuk menyebut lebih banyak perkataan dan membuat ayat!

.

anak cepat bercakap

Amboi, sukanya dia dipuji! (Gambar Google)

.

9# Rawat Jangkitan Telinga

.

Jangkitan telinga ialah salah satu masalah yang kerap terjadi pada kanak-kanak.

Sekiranya anak anda diagnos jangkitan telinga, dapatkan rawatan segera dan ikut nasihat doktor (contohnya antibiotik perlu dihabiskan walaupun anak sudah rasa sihat). Pastikan juga jangkitan ini sembuh selepas selesai rawatan.

Telinga ialah satu-satunya organ yang berfungsi untuk mendengar. Gangguan kepada telinga merisikokan anak anda kepada gangguan pendengaran dan seterusnya melambatkan percakapan mereka.

.

10# Bawa Anak-anak Bercuti

.

Tempat-tempat percutian seperti zoo, akuarium, muzium kanak-kanak merupakan tempat ‘berehat’ anak-anak.

Memperkenalkan anak-anak kepada haiwan-haiwan di zoo, hidupan laut di akuarium dan lain-lain dapat memperkayakan kosa kata anak-anak. Ini juga menggalakkan anak berinteraksi secara aktif.

Bila pulang ke rumah pula, mestilah mereka akan teringat-ingat dan menceritakan semula kepada kawan-kawan atau atuk dan nenek.

Nah, kan mereka dah pandai berkomunikasi tu? =)

Mari kita lihat video sepasang twin sembang bukan main rancak lagi. Entah apa yang disembangkan pun tak paham. Hahaha.

. 

.

Kesimpulannya, rangsangan sejak dari kecil lagi sangat penting untuk menggalakkan anak kecil mula bercakap dan terus bercakap. Peranan paling penting of course dari ibu bapa atau penjaga yang merupakan orang paling rapat dengan anak-anak.

Anak-anak tanggungjawab kita kan? =)

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat