“Dulu gemuk, tak semestinya akan gemuk selama-lamanya”

nak kurus dengan cepat

Ain bukan pengamal Set Kurus. Tapi consumer tegar Set Menyusu Shaklee sejak tahun 2012. Tak de la kurus dengan cepat pun, sebab lebih mementingkan susu ibu untuk anak waktu tu. But lama-lama makin ramai tegur Ain maintain kurus. ?

.

Adududu, ini bukan gambar orang yang berbeza tau. Ini gambar orang yang sama. Kalau tak percaya boleh check hidung kembang kempis tu masih sama di situ. =D

Kalau orang yang baru kenal Ain sekarang, mesti takkan pernah tahu yang suatu masa dahulu Ain juga pernah gemuk. Bila difikir-fikirkan balik, tak seronoknya jadi gemuk. Antaranya:

  • baju seluar payah nak dapat saiz yang sesuai
  • pakai tudung ikut mana pun jelas nampak pipi pau dan double chin tu
  • tak senyum tak cantik plak gambar. Tapi bila senyum lagi menyerlah ke-pau-an pipi tu
  • self esteem rendaaaaahhhh sangat (malu oi kengkawan lain kurus slim boleh pakai baju cantik-cantik. Kita?)

Tahun 2004 tu, berat badan Ain tak la banyak sangat. Seingat Ain paling berat Ain sampai 55kg saja. Tapi disebabkan Ain ni rendang orangnya (tinggi 153cm sahaja), dengan berat 56kg menjadikan BMI Ain 23.9 (nak masuk overweight dah).

Pernah dengar tak pasal perbezaan berat antara lemak dan otot? Cuba tengok gambar di bawah ni:

nak kurus dengan cepat

Dengan berat yang sama, lemak yang lebih ringan memerlukan ‘space’ yang lebih banyak. Macam timbang 1kg besi dan bulu, mestilah memerlukan bulu yang lebih banyak untuk dapatkan 1kg tu kan? Macam tu lah juga dengan lemak di badan kita.

.

So, Ain rasa masa berat Ain 56kg tu, mesti lemak bertimbun-timbun dalam badan. Sebab tu bertembun-tembun lah rupa Ain dari hujung rambut sampai hujung kaki walaupun tak la berat sangat pun. Malu sebenarnya nak tunjuk gambar ni. Haha

Jadi, apa kaitan cerita ni dengan tajuk entri “Nak Kurus Cepat Inilah Rahsianya“?

Jawapannya, kalau nak kurus, berusahalah banyakkan otot anda. Tak payah nak hari-hari menjeling kat angka alat penimbang sebab angka tu tak melambangkan dengan tepat apa yang sebenarnya berlaku dalam badan. Ambil beberapa ukuran badan sebelum dah selepas sebulan is better.

Nak buat macam mana nak banyakkan otot tu?

.

Amalkan Pemakanan Seimbang

.

Konsep terbaru yang terbukti berkesan, selamat, menyihatkan dan mengelakkan berat badan reboundsuku suku separuh.

nak kurus dengan cepat

Pinggan sihat Malaysia ini memastikan anda mendapat nutrisi seimbang yang lengkap dengan semua kumpulan makanan (karbohidrat, protein, serat, buah-buahan) dengan portion yang betul.

Info lanjut boleh rujuk entri tentang Cara Pemakanan Untuk Kurus yang pernah Ain share sebelum ini.

.

Bersenam Secara Berkala

.

Senaman bukan sahaja membantu membakar lemak berlebihan dan meningkatkan metabolisma. Tetapi dengan bersenam juga membantu meningkatkan jisim otot supaya dapat membakar lebih lemak di masa akan datang.

Berbanding dengan Diet Yoyo yang menyebabkan berat badan rebound (malah boleh naik semula lebih banyak lagi), dengan meningkatkan jisim otot, metabolisma juga ditingkatkan. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang berat badan yang boleh naik semula itu.

kurus dengan cepat

Nak kurus dengan cepat macam ni? Zurina Khalid berjaya turunkan 11kg dalam 6 bulan dengan pemakanan seimbang, bersenam dan konsisten suplemen (Phytocol, Omega, Alfalfa, Vitamin C, B Complex)

.

Suplemen Secara Bijak

.

Bagi Ain, orang gemuk ialah salah seorang yang kekurangan nutrisi. Sebabnya kekurangan nutrisi akan mengganggu proses-proses kimia dalam badan untuk berjalan dengan lancar.

Macam mana lah pencernaan nak lancar kalau kekurangan air kosong dan serat. Dah kalau pencernaan tak lancar, sangat-sangat susah nak turunkan berat badan. Even kalau kita tak membuang sehari pun dah rasa bloated perut kan?

So, selain mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman secara berkala, pengambilan suplemen secara bijak juga penting untuk menyokong proses menurunkan berat badan.

Cadangan Set Kurus Shaklee

  • Herblax – julap sekali sekala dari 9 herba semulajadi untuk membantu kerja-kerja ‘Indah Water’ berjalan lancar
  • Alfalfa – membakar lemak, melancarkan pencernaan, kaya dengan vitamin dan mineral untuk mengisi lompong nutrisi harian
  • Lecithin – pengemulsi lemak (membantu pembakaran lemak) dari soya nonGMO
  • Omega – pengemulsi lemak (membantu pembakaran lemak) yang lebih cepat berbanding Lecithin, diperbuat daripada minyak ikan ultratulen bergred farmaseutikal
  • Cinch Shake – suplemen protein yang boleh dijadikan ‘meal replacement’ kepada menu utama (breakfast / lunch / dinner) yang memberi rasa kenyang lebih lama dan mengekakan otot semasa lemak dibakar (otot = metabolisma = bakar lemak). Suplemen Cinch Shake ini memecahkan kitaran Diet Yo-yo, jadi berat badan tak mudah rebound.
  • Cinch Energizing Tea Mix – minuman bertenaga dengan kalori serendah 5kcal/sachet yang berfungsi memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma

Harga bermula dari RM110 hingga lebih RM600, bergantung kepada suplemen mana yang berkenan di hati. 🙂

.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut suplemen kurus yang selamat dan berkesan.