Tidak semua yang berpuasa itu adalah yang sihat sepenuhnya. Ada juga yang jatuh sakit scara tiba-tiba. Dan ada juga yang sememangnya ada mengambil ubat harian bagi pernyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Mengikut pandangan agama, seseorang yang sakit diharuskan tidak berpuasa. Tetapi harus menggantikan semula puasa itu pada hari yang lain.

Namun, jika pesakit masih ingin meneruskan berpuasa, monitoring haruslah dilakukan. Yang mana sekiranya lebih memudaratkan, maka mereka haruslah berbuka puasa.

Di sini, timbul persoalan tentang ubat-ubat yang membatalkna puasa dan yang tidak membatalkan puasa.

Gambar rajah berikut menunjukkan ringkasan tentang ubat yang tidak dan membatalkan puasa, diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

ubat dan puasa

Antara jenis ubat yang TIDAK membatalkan puasa ialah:

  • tablet sublingual dengan syarat diletakkan di bawah lidah sehingga diserap, bukannya ditelan
  • ubat jenis suntikan
  • ubat titis mata dan telinga dengan syarat tidak sampai  batas gegendang telinga
  • ubat sapu
  • ubat kumur dengan syarat tidak ditelan
  • ubat sembur hidung dengan syarat tidak disedut
  • ubat sedut seperti inhaler untuk rawatan asthma dan penyakit paru-paru kronik (di dalam gambar, diletakkan pada bahagian yang membatalkan puasa sedangkan pesakit memerlukan ubat ini untuk kesihatan dan menyelamatkan nyawa)

Sementara itu, ubat jenis berikut membatalkan puasa:

  • ubat biji
  • ubat minum
  • pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam vagina)
  • supositori (enema) (ubat yang dimasukkan ke dalam dubur)

.

ubat dan puasa

Selain itu, berdasarkan maklumat dari www.e-fatwa.gov.my pula, amalan perubatan yang TIDAK membatalkan puasa ialah:

  • ubat titis mata, telinga dan cucian telinga
  • prosedur cabutan, tampalan atau pembersihan gigi dan memberus gigi
  • pendermaan atau penerimaan darah
  • pengambilan sampel darah untuk ujian makmal
  • pemeriksaan laparoscope untuk pemeriksaan dalaman
  • ujian biopsi untuk ujian makmal
  • rawatan ialisis (hemodialysis / peritoneal dialysis)
  • pil bawah idah nitroglycerin
  • suntikan di bawah kulit (subcutaneous), ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular) ke dalam salur darah (intravenous)
  • ubat sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit
  • memasukkan tiub kecil (catheter) untuk pemeriksaan dalaman seperti angiogram
  • berkumur-kumur termasuk gargle dan ubat semburan mulut yang tidak ditelan
  • ubat semburan hidung yang tidak disedut
  • rawatan bius setempat melalui semburan atau suntikan

.

Panduan Pengambilan Ubat Pesakit Semasa Berpuasa

Jadi, untuk pesakit yang sememangnya on ubat untuk masalah kesihatan tertentu (contoh : kencing manis, darah tinggi, masalah jantung), berikut ialah panduan pengambilan ubat semasa berpuasa di bulan Ramadhan.

Jika arahan pengambilan ubat ialah :

  1. sekali sehari
    • sebelum makan : ambil 1 jam sebelum sahur
    • selepas makan : ambil selepas berbuka
  2. dua kali sehari
    • sebelum makan : ambil 1 jam sebelum sahur, DAN, sebelum mengambil menu utama selepas berbuka
    • selepas makan : selepas bersahur DAN selepas berbuka
  3. tiga kali sehari
    • berbincanglah dengan doktor yang merawat samada boleh mengubah jadual makan ubat kepada 2 kali sehari
    • jika tidak, jika ubat harus diambil sebelum makan:
      • ambil 1 jam sebelum bersahur
      • sebelum mengambil menu utama selepas berbuka
      • sebelum tidur
    • dan jika ubat harus diambil selepas makan:
      • selepas bersahur
      • selepas berbuka
      • sebelum tidur (telah makan dahulu)
  4. empat kali sehari
    • perlu mendapatkan nasihat doktor yang merawat samada tidak berpuasa atau mendapatkan rawatan alternatif lain

.

Boleh rujuk Fatwa Tentang Agama di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini.

Sekian. Semoga bermanfaat. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada Muslimin Muslimat seluruh dunia. 🙂

ubat dan puasa

Klik gambar ini untuk dapatkan Set Puasa Shaklee untuk seluruh keluarga termasuk kanak-kanak.

Categories

WhatsApp chat