Kali keempat bersalin, Allah berikan pengalaman bersalin czer untuk saya. Pengalaman baru dan berharga kerana ketiga-tiga anak sebelum ini semuanya dilahirkan secara normal.

Saya ditakdirkan bersalin secara pembedahan Cesarean dengan bayi pramatang pada 34 minggu kehamilan. Ya, pengalaman pertama dibedah juga kerana saya tidak pernah menjalani pembedahan sebelum itu.

pengalaman bersalin czer

Pengalaman bersalin czer saya

.

23 Jun 2019

Bermula dengan contraction yang tak regular dan tak menyakitkan, saya sangkakan itu hanyalah false alarm. Kandungan pun baru saja 34 minggu. Kalau ini terjadi pada usia kehamilan 37 minggu dan ke atas, lainlah ceritanya kan.

Jadi, saya tak layan sangat la contraction tu. Saya terus ke klinik, masuk kerja seperti biasa, tengok pesakit seperti biasa, makan dan minum semuanya seperti biasa.

Saya ingat lagi. Kebetulan hari itu, datang 2 orang kenalan saya. Dua-dua pun ex-staf saya. Seorang bekerja di hospital dan seorang lagi baru meninggalkan PutraCara atas sebab tertentu. Kami siap bergelak ketawa lagi. Saya siap bagitahu yang saya tengah ada contraction lagi haha.

Pukul 2 hingga 5 petang pula, klinik saya tutup sebentar untuk rehat. Saya pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan berehat. Dalam pukul 4 petang macam tu, saya rasakan contraction makin kuat sehingga menyakitkan. Saya pegang perut, tarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan rasa sakit. Hati dah mula rasa tak sedap. Kenapa pula contraction jadi makin kerap dan sakit ni?

Saya cuba dapatkan doktor locum untuk masuk klinik sesi petang dan malam. Malangnya, tiada doktor yang free. Lagipun, memang sukar nak dapatkan ganti dalam tempoh masa sejam saja. Jadi saya terpaksa masuk juga klinik untuk sesi petang dan malam.

.

pengalaman bersalin czer

.

Contraction makin kuat

Selepas solat Maghrib, contraction jadi semakin kuat, semakin kerap dan semakin menyakitkan sehingga saya tertunduk memegang perut yang mengeras lebih lama.

Isy, baby dah nak keluar ke ni?” detik saya dalam hati.

Saya menghantar mesej kepada suami. Saya masih tengok pesakit yang datang ke klinik sehinggalah pukul 9 malam, saya rasakan sudah tak tertahan lagi kesakitan contraction.

Segera saya mesej suami lagi dan beritahu nak balik ke rumah. Saya juga minta tolong suami kemaskan beg anak-anak, sebab perlulah menghantar mereka tidur di rumah mak saya sebelum ke hospital. Mujur rumah mak tak jauh dari rumah kami, dalam 10 minit perjalanan dengan kereta sahaja.

Saya terpaksa memandu balik ke rumah sendiri. Satunya, anak-anak di rumah hanya ada suami saja untuk tengok-tengokkan mereka. Keduanya, akan ambil lebih masa lagi kalau suami datang menjemput. Jadi, dalam kesakitan contraction yang semakin kuat dan kerap itu, saya memandu pulang.

.

Di Labor Room

Selesai menghantar anak-anak ke rumah mak, kami terus ke Hospital Seberang Jaya, ke bahagian kecemasan. Kerusi roda diambil dan suami terus menghantar saya ke Labor Room.

Nasib saya baik kerana tiada pesakit (ibu mengandung) di Labor Room ketika itu. Ada lah beberapa orang staf yang masih mengenali saya menegur haha (hospital inilah tempat saya sebagai doktor pelatih dan medical officer sebelum resign pada tahun 2014).

Kenapa ya Puan?

Contraction. Baby prem lagi baru 34 minggu lebih.”

Bila doktor check bukaan dah 4cm, satu Labor Room pun jadi kelam kabut. Lebih membimbangkan lagi, kedudukan bayi saya melintang! Maka teruslah Dr. Norul Akhma (pakar) decided untuk pembedahan Czer seperti yang dari awal lagi sudah saya jangkakan. Dr. Norul merupakan bekas boss saya semasa saya houseman di jabatan itu (masa tu beliau medical officer, sekarang dah pakar).

pengalaman melahirkan bayi pramatang

.

Dalam Dewan Bedah

Sampai di air lock dewan bedah, seperti yang dijangkakan, lebih ramai lagi staf yang mengenali saya kerana jabatan terakhir sebelum saya resign ialah Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi (dewan bedah termasuk dalam jabatan ini). Haha jadilah Jejak Kasih sebentar!

Sebelum resign, antara kerja saya ialah memberikan bius kepada pesakit di dalam dewan bedah sebelum pembedahan. Sekarang, saya pula jadi pesakitnya haha.

Saya diberi bius separuh (spinal anaesthesia) jadi hanya dari pusat dan ke bawah sahaja saya takkan rasa sakit. Ke atas, saya masih sedar dan dapat mendengar segala yang dibualkan doktor-doktor dan bunyi mesin-mesin.

Yang masih saya ingat sampai sekarang, kata doktor yang sedang membuat pembedahan (saya tak kenal siapa nama), sukar untuk mengeluarkan bayi saya. Jadi mereka terpaksa extend luka di perut. Ouch!

Bila berjaya keluarkan bayi pula, bayi saya tak menangis. Saya tak dapat melihat bayi saya kerana dilindungi kain hijau. Tapi saya dapat menjangkakan apa yang terjadi. Bayi saya diberi bantuan pernafasan dan segera dihantar ke NICU/SCN.

.

Pengalaman Bersalin Czer : Apa Yang Saya Rasa?

  1. Sakit di bahagian luka pembedahan, kalau tak telan pain killers ikut masa, sakitnya ya ampun, bukan main sakit lagi sampai berkerut-kerut dahi ni menahan sakit! Fuh!
  2. Saya juga ada perasaan risau bila nak bangun duduk dan bergerak ke toilet dan mandi. Pengalaman pertama pembedahan la katakan.
  3. Saya risau boleh terkena kesan sampingan bius separuh. Tapi as long as saya baring flat 6 jam dari masa dicucuk, should be ok insyaaAllah. Alhamdulillah saya ok je.
  4. Dari hari pertama lagi saya makan je semua makanan hospital. Siap ada masak sambal, ada ayam, ada sayur. Angin tak angin saya tolak tepi. Lapar kot! Haha.
  5. Hari-hari di hospital, bila waktu melawat je, saya mesti ajak suami bawa saya ke NICU/SCN nak tengok baby. Syukur sangat baby saya kuat. Suami cerita, masa keluar dari dewan bedah, bayi kami diberi bantuan pernafasan CPAP. Esoknya datang melawat Alhamdulillah dah turunkan oksigen kepada nasal prong sahaja (tiub pakai kat hidung), Petang pula dah off oksigen. That’s my strong boy!

.

pengalaman bersalin czer

Zachary Zulqarnain bin Khairil Azrul, dengan berat lahir 2.18kg. Baju-baju mostly ‘recycle’ dari The Zaras. Ini baju paling kecik yang ada. Comel je kan saya? Hihihi.

.

Bersalinkan bayi pramatang ada cabarannya. Teruskan baca entri  Pengalaman Berpantang Dengan Vivix… Pengalaman tak disangka-sangka juga.