“You care for everyone, but why is it you forget yourself?”

Video pasal shopping free, tapi dah kenapa habis video aku menangis plak dah?

Hampa tengok la sendiri video ni sampai habis.

Cuma Ain nak share cerita ni skit.

Dari kami anak2 wujud sebagai janin dalam rahim mak, banyak sangat kesusahan, kesakitan dan pengorbanan mak. Mengandung dengan alahan teruk, bawa perut 9 bulan sebanyak 4 kali, cabaran mengandung hanya mak je yang tahu macam mana, kemudian beranak (ada bersalin biasa, ada forcep, ada kena operate), berpantang, dan besarkan kami.

Nak cerita besarkan sorang2 anak, masing2 ada pe’el masing2. Dari kecik sampai besaq.

Belum cerita pasal berapa kali gugur, kena cuci, mengandung luar rahim, kena toreh perut berapa kali, pernah ada dalam situasi nyawa di hujung tanduk (mak pernah masuk ICU, doktor kata keadaan 50-50, kena transfuse berbeg2 darah & blood products).

Masa mak ayah cerita semua ni, rasa kesiannya kat mak. Mak kami kuat sangat!

Nampak ja lembut dari luaran, suka senyum sampai ramai puji mak awet muda. Rupanya banyak yang mak ‘simpan’ elok2 dalam hati mak.

Dah pencen pun, mak tak pernah jemu tolong tengok cucu2, jaga anak2 dalam pantang, buat itu ini untuk family, macam2. Padahal kami yang lagi muda yang sepatutnya jaga mak.

Allah bagi peluang kat kami, masih pinjamkan mak kat kami, ada sebabnya tu. Nak suruh kami sayang mak, berbakti kat mak, jaga sakit mak, pastikan mak sihat selalu, pastikan mak happy. Apa mak nak kena usaha bagi.

Terima kasih mak untuk segalanya.

Yang masih ada mak tu ingat. Pengorbanan mak kita takkan pernah boleh balas sampai akhirat. So jangan pernah cuba buat mak marah atau terasa walau sebesar zarah sekalipun.

Yang boleh kita buat, rajin jenguk mak selalu. Tanya khabar sihat sakit mak. Kalau sakit tanya ada pergi klinik tak. Topup nutrisi mak denganĀ  vitamin. Dah banyak sangat nutrisi mak lompong sebab nak besarkab kita. Hari2 pastikan doa yang baik2 untuk mak. Doa Allah bagi ganjaran syurga kat mak.

Mak kita hanya sorang tu saja. Hargai mak selagi mak ada lagi.

Jangan bila Allah ambil baru nak menyesal tak sudah.

Apa pengorbanan wanita hebat dalam hidup anda pula?

shaklee untuk wanita

Set Wonder Women, menyediakan rangkaian suplemen yang sesuai untuk semua peringkat usia wanita. Promosi seperti dalam gambar berlangsung sepanjang Mac 2019 sahaja.