Wanita ni, asal ada kereta, masuk kereta boleh start enjin dan bergerak, ok dah tu kan? Pastu bila tiba-tiba enjin mati ke, kereta berasap ke, tak boleh start ke, baru nak calling-calling ayah or husband. Haha!
Tak payah nak tengok wanita lain. Ain sendiri boleh dikatakan tak tahu langsung pasal kereta.
Ain pernah terlupa tutup lampu kereta dari seawal subuh sampai hospital. Pastu plak oncall lepas 36 jam baru nak balik.
Dah la badan otak letih. Masuk kereta tak boleh start?! Rupa-rupanya bateri kereta dah habis sebab lampu dok on 36 jam! Haha. Kenangan sungguh.
Lagi satu yang kelakar, Ain pergi supermarket kereta elok je. Nak balik tu tiba-tiba tak boleh start kereta. Call la husband dan ayah (dua-dua mai skali).
Bila tahu apa puncanya semua pun gelak, which is gear tak letak kat P. Wahaha!
So, jangan jadi macam Ain ya. Hihi ๐
So suatu hari tu Ain ada terbaca tentang tayar kereta ni. Ooo baru tahu pentingnya kita ambil tahu pasal tayar kereta ni. Sebab tayar kereta lah yang hari-hari bergolek-golek bawak kita sana sini. Jadi kenalah pastikan tayar kereta kita pun tayar yang ‘sihat’.
“Alaaa tayar je pun. Kalau tak ambil tahu apa akan jadi?”
Haaa, contoh kata pada suatu hari tayar kereta korang pecah dan kena ganti baru. Korang plak tak tahu apa-apa pasal tayar.
Mamat kat kedai tayar boleh senang-senang je bagi korang tayar kereta lama tapi bayar dengan harga macam tayar baru.
Tayar kita ni ada ‘jangka hayat’ dia tau. Ada tarikh ‘expired‘ jgak sebab lama-kelamaan tayar kereta akan menjadi keras.
Kalau sebenarnya tayar boleh tahan 5 tahun, tapi bila tayar kereta korang ditukar dengan tayar lama macam-macam boleh jadi.
Tayar boleh cepat ‘injured‘ lagi. Dan tak sampai 5 tahun pun kena tukar tayar lagi. Silap haribulan, tayar lama yang dah keras tu pecah tak ke naya?
Korang mungkin tak kisah dengan duit-duit ni, tapi dengan nyawa? Nyawa kita tak boleh berrganti kan? Huhu…
.
Code Pada Tayar
.
So kali ni Ain nak share info tentang tayar kereta yang penting ni especially buat kaum wanita yang macam Ain haha.
Jom kita tengok dulu apa ada pada tayar kita. Kalau tak terbaca pasal tayar ni, Ain pun tak pernah tahu yang kat tayar kereta kita ada nombor-nombor dan beberapa huruf yang membawa makna tersendiri. Dah macam code gitu kehkehkeh.
Ok, ni tayar kereta Ain yang baru tukar tahun lepas. Apa maksud 225/45ZR18 95Y ni ya? Kita baca dari kiri ke kanan ok.
.
- 225 = lebar tayar
- 45 = tinggi tayar
- R18 = saiz rim tayar
- 95 = had maksimum bebanan
- Y = had maksimum kelajuan
Untuk abjad yang last ni (dalam gambar tadi, yang “Y” tadi), merujuk kepada had kelajuan maksima yang tayar ni boleh bawa. Huruf ni berbeza ikut tayar masing-masing. Boleh refer kat bawah ni tayar korang huruf yang mana :
- S = 180km/jam
- T = 190km/jam
- U = 200km/jam
- V = 220km/jam
- Z = 240km/jam
- W = 270km/jam
- Y = 300km/jam
Sekarang, tengok gambar kat bawah ni plak. Ke kiri daripada huruf dan nombor-nombor tadi tu akan jumpa 4 nombor ni plak. Apa pula maksudnya?
.
Yang Ain punya ni nombor 2917, means tayar ni dihasilkan pada minggu ke-27 tahun 2017. Kira betul dah tu husband Ain tukar dengan tayar baru tahun lepas (tahun lepas kan 2017?). So, nak tukar tayar make sure tahun ter’latest‘ ya.
Tapi kalau kedai tu ada tayar lama apa yang korang boleh buat?
Macam yang Ain cerita tadi, tayar ni ada ‘expired date’ dia, iaitu 4-5 tahun (pun bergantung kepada tayar masing-masing – kalau tak tahu boleh tanya kat kedai or kengkawan yang tahu banyak). Means, seelok mana pun tayar kereta kita tu, tak pernah rosak ke apa ke, after 4–5 tahun kena tukar yang baru.
Bukannya apa, untuk keselamatan kita juga. Tayar yang dah expired ni lebih keras, tak tak elastik dan boleh menyebabkan kemalangan. Kemalangan kan tak berbau. Apa yang kita boleh buat untuk cegah, kita buat.
Berbalik kepada cerita kalau kedai tu bagi kita tayar lama apa yang kita boleh buat?
Kita boleh mintak diskaunย based on dah berapa tahun ke belakang tayar tu. Again, korang boleh refer guide kat bawah ni, berapa banyak diskaun yang korang boleh mintak :
- 2017 = 20% diskaun
- 2016 = 40% diskaun
- 2015 = 60%
- 2014 = 80%
- 2013 = PERCUMA
Kalau ada info salah dalam ni, Ain mintak tolong betulkan ya. Sharing is caring.
Boleh share entri ini supaya lebih ramai (especially wanita macam Ain ni) tahu pasal ni supaya tak mudah tertipu masa tukar tayar.
Habis rasanya sharing pasal tayar kereta hari ni. Jangan tanya Ain kereta lori, kereta motor dan lain-lain macam mana plak. Ain tak tahu haha.
Sekian ya korang. Thank you so much baca sampai habis. Dapat sesuatu? ๐
Nak tahu apa pencuci kereta feveret husband Ain? Stay tune. Bila-bila Ain buat satu entri pasal ni ya InsyaaAllah. ๐