asid folik untuk mengandung

Masih ramai rupanya bakal ibu masih tak tahu, yang asid folik untuk mengandung sebaiknya diambil 3 bulan SEBELUM bayi ‘lekat’ (conception) lagi.

Tujuannya adalah untuk menyediakan asid folik yang cukup dalam badan ibu untuk membina tiub neural janin nanti. Tiub ini seterusnya akan membentuk tulang belakang dan otak bayi.

Cuba bayangkan kalau asid folik tak mencukupi, tiub neural takkan terbentuk dengan sempurna. Boleh jadi saraf tunjang tidak tertutup dengan baik. Ada lubang di bahagian tulang belakang bayi menyebabkan saraf tunjang terdedah lalu merosakkannya. Ini dipanggil spina bifida macam dalam gambar di atas.

Contoh lain yang lebih teruk ialah bila otak pula tidak terbentuk dengan baik. Bayi yang terbentuk adalah dengan kepala yang tidak sempurna, dipanggil anencephaly. Oh kesian baby!

Kecacatan pembentukan tiub neural ni boleh berlaku awal ya. Iaitu sekitar hari ke-15 sehingga hari ke-28 selepas persenyawaan. Kalau dikira-kira, ini adalah antara minggu ke-2 hingga ke-5 kehamilan.

Logik sahaja jika ada wanita yang masih belum tahu pun yang dia sedang mengandung waktu tu.

Jadi, buat anda yang baru berkahwin, atau sedang merancang untuk zuriat, bolehlah ambil asid folik setiap hari mulai sekarang. Dos saranan ialah sebanyak 400mg sehari.

Lebih awal amalkan asid folik, lebih bagus untuk ibu yang sedang merancang.

Terutamanya bagi anda yang lebih berisiko – kencing manis, ada ambil ubat sawan (antiepileptic) juga dan yang obes (BMI>30).

Ibu yang sihat, janin yang terbentuk pun InsyaaAllah akan sihat juga.

.

Keistimewaan B Complex Shaklee

.

asid folik untuk ibu mengandung

.

  1. Dilengkapi dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Baca B Complex Penting Sebagai Vitamin di Awal Kehamilan.
  2. Mengandungi 100% biotin yang mahal harganya.
  3. Shaklee menghasilkan Sistem Penyaluran Bioaktivated Berpaten (Patented Bioactivated Delivery System) untuk meningkatkan penyerapan asid folik. Untuk pengetahuan, asid folik ialah sejenis vitamin kritikal yang tidak mudah diserap. Kerana telah dipatenkan, sistem ini adalah eksklusif dari B Complex Shaklee sahaja.
  4. Selamat untuk ibu mengandung. Baca entri Perbezaan Shaklee Berbanding Produk Jenama Lain untuk info lanjut.
  5. Berkelulusan KKM.
  6. Disahkan halal oleh JAKIM Malaysia.
  7. Harga yang sangat berpatutan, iaitu hanya RM58.75 sebotol yang mengandungi 120 tablet untuk kegunaan 4 bulan.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth,Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas.
Poslaju ke seluruh Malaysia.
Ig @kedaivitaminbutterworth