penyakit mudah lupa

Penyakit mudah lupa di kala usia masih muda bukan lagi sesuatu yang asing pada zaman moden ini. Kalau dahulu, kebiasaannya yang kita dengar ialah, “Ala, orang tua macam tu la cepat lupa.”

Begitu juga dengan kes angin ahmar atau strok yang pada suatu masa dahulu dikaitkan dengan usia tua. Tetapi kini mangsa strok adalah tidak mengira usia.

Sebenarnya, otak kita ialah organ yang sentiasa memerlukan darah yang cukup kerana fungsinya yang penting sebagai pusat kawalan seluruh badan.

Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seekor haiwan tidak mendapat makanan dan minuman untuk beberapa hari?

Sudah pastilah lama-kelamaan akan menyebabkan ia mati.

Sedangkan kita yang berpuasa beberapa belas jam sehari pun, di penghujung waktu sebelum berbuka sudah keletihan sekali.

Sebagaimana perumpamaan ini, begitu jugalah otak kita, yang mana darah merupakan ‘makanan’ utamanya.

Kekurangan darah yang sampai ke mana-mana bahagian otak akan menyebabkan tisu otak di bahagian itu ‘mati’ perlahan-lahan. Dan akhirnya tentulah perhubungan di antara tisu lain dengan tisu otak yang telah mati itu terputus!

Baginilah secara ringkasnya alkisah kejadiannya angin ahmar (strok jenis ischemic – tidak cukup darah yang sampai ke mana-mana bahagian otak).

Tahukah anda, dari segi perubatan, strok boleh dikategorikan kepada 2 jenis.

Hemorrhagic stroke terjadi kerana pendarahan. Contohnya tekanan darah terlalu tinggi menyebabkan salur darah di otak pecah dan berlakunya pengumpulan darah di dalam otak. Ini menghasilkan tekanan berterusan ke atas sel-sel otak lalu sel-sel ini akan ‘mati’.

Ischemic stroke pula terjadi kerana kekurangan darah ke mana-mana bahagian otak menyebabkan sel-sel otak di situ ‘mati’ (seperti yang telah disebutkan).

.

penyakit mudah lupa

Pertumbuhan otak kebanyakannya selesai semasa kita berusia 5-6 tahun. Jadi, pastikan anda membekalkan anak-anak dengan ‘makanan’ yang diperlukan otak terutamanya asid lemak omega-3.

.

ELAKKAN PENYAKIT MUDAH LUPA DENGAN 5 TIPS INI

.

Dalam kita tidak sedar, sebenarnya mudah sekali untuk kita mengelakkan penyakit mudah lupa ini.

Caranya ialah dengan berusaha setiap hari untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak sahaja. Otak yang mendapat darah yang cukup setiap hari, maka akan berjalan lancarlah kerja-kerjanya bukan?

Dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak, anda sebenarnya telah mengurangkan risiko penyakit-penyakit serius seperti strok. Malah, akan membantu memperbaiki fungsi-fungsi otak seperti memori dan konsentrasi!

.

1# Senaman Aerobik

Jens senaman aerobik ialah senaman yang memperbaiki kesihatan salur darah. Salur darah yang sihat akan melancarkan pengaliran darah.

Apabila bersenam aerobik, lebih banyak ‘lebuhraya’ akan terbina. Oksigen akan disebarkan ke seluruh badan. Sel-sel otak akan diaktifkan dan perhubungan di antara tisu-tisu menjadi lebih baik.

Sebab itulah ianya senaman yang paling berkesan untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak!

Apakah contoh-contoh senaman aerobik yang mudah untuk anda lakukan?

Berjalan selama 30 minit setiap hari.

Berjoging selama 15 minit setiap hari

Pergilah ke kelas menari setiap hari.

Anda juga boleh menaiki basikal selama 15 minit setiap hari.

Atau anda juga boleh memilih mana-mana senaman arobik yang boleh dilakukan di rumah.

.

penyakit mudah lupa

.

2# Nutrisi Yang Baik Untuk Otak

Adalah sesuatu yang penting untuk memastikan darah yang sampai ke otak adalah kaya dengan nutrisi yang diperlukan.

Kira-kira 20% darah akan dipam ke otak bagi setiap denyutan jantung.

Ya. Kita tidak tahu berapa banyak nutrisi apa yang terkandung dalam darah kita. Tapi kita boleh menentukan jenis makanan yang kita makan.

Pilihlah makanan tinggi nutrisi penting untuk otak.

Setiap hari, cuba untuk pastikan anda mengambil jenis makanan ini:

  • karbohidrat kompleks seperti beras perang, oat dan barli
  • asid lemak omega-3 seperti salmon, avokado, minyak zaitun dan kekacang
  • antioksidan seperti strawberi, buah-buahan sitrus, tomato dan brokoli
  • protein seperti daging, ikan dan telur

.

Percayakah anda, hampir 60% daripada otak kita terbina daripada LEMAK?!

Lemak yang diperlukan otak dinamakan asid lemak ‘perlu’ (essential fatty acids) yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Kita perlukan diet yang kaya dengan asid lemak omega-3 sebagai ‘makanan’ kepada otak setiap hari.

.

ibu kelar anak

Antara sumber omega-3 ialah ikan laut dalam, telur, minyak zaitun, dan kekacang. Anda perlukan suplemen omega-3 sekiranya tidak mandapat secukupnya dari pemakanan.

.

3# Katakan ‘Selamat Tinggal’ Kepada Gaya Hidup Tidak Sihat

Merokok. Nikotin di dalam rokok yang masuk ke dalam darah akan mengaktifkan kelenjar adrenal. Lalu adrenaline dihasilkan secara berlebihan.

Stress yang tidak dikawal dengan baik juga melalui mekanisma yang sama, akan turut mengaktifkan kelenjar adrenal dan menghasilkan adrenaline berlebihan.

Adrenaline kemudiannya akan merangsang sistem saraf pusat, mengakibatkan nadi menjadi lebih laju dan tekanan berlebihan. Badan yang berada dalam keadaan yang bahaya ini adalah seperti ‘time bomb’, di mana paras gula adalah rendah sementara otak pula berada dalam keadaan mengujakan.

Obesiti dan berat badan berlebihan juga memberi kesan yang besar terhadap kesihatan otak. Kita semua juga sedia maklum bahawa ianya merupakan salah satu yang meningkatkan risiko strok!

Penjelasannya mudah sahaja.

Lemak yang terkumpul di dalam salur darah menyebabkan diameter salur darah menjadi lebih kecil. Jadi, akan kuranglah darah yang akan sampai ke otak.

.

penyakit mudah lupa

Stress bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan otak, tetapi adalah ‘musuh’ kepada kesihatan secara menyeluruh.

.

4# Latihan Untuk Otak

Antara lain, untuk meningkatkan darah ke otak, anda boleh juga lakukan ‘latihan’ untuk otak setiap hari.

Adalah penting untuk melatih keupayaan otak seperti fungsi kognitif, kebolehan mengingat, motivasi diri dan lain-lain.

Dengan melatih otak setiap hari, secara langsung akan membantu otak membina ‘jambatan-jambatan’ baru yang menghubungkan sel-sel neuron di otak.

Lebih banyak sel-sel otak yang berhubung akan meningkatkan tisu-tisu dala otak. Dengan ini dapatlah anda melambatkan penuaan otak anda.

Apa pula contoh-contoh latihan untuk otak yang anda boleh buat?

Senang sahaja. Pilih sahaja apa-apa yang membuatkan anda belajar sesuatu yang BARU setiap hari.

Membaca, menyertai kursus, mencari maklumat bermakna dari internet, menari rentak baru, mencuba resepi masakan baru dan sebagainya.

.

5# Berfikiran Positif

Wah, rupa-rupanya kalau anda selalu berfikiran negatif, kerap stres dan kemurungan – ini boleh mengganggu komposisi neurokimia di dalam otak anda!

Cuba anda lihat kembali isi dalam point ketiga tadi.

Di mana kelenjar adrenal diaktifkan dan adrenaline dihasilkan secara berlebihan. Yang kemudiannya akan menjadikan pengaliran darah ke otak dan sisten saraf tidak stabil.

Keadaan yang membahayakan ini, jika berterusan akan mengakibatkan sesuatu yang lebih serius!

Untuk memulihkannya, adalah lebih baik untuk berfikir positif daripada mengambil pil-pil penenang.

Ini kerana, otak kita ialah organ yang powerful sebenarnya. Pemikiran yang positif boleh mempengaruhi kesihatan otak LEBIH daripada apa yang kita fikirkan.

Jadi, apa kata mulai hari ini anda praktikkan perkara-perkara seperti memilih untuk bergurau senda daripada terlalu serius, melakukan yoga, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, dan sebagainya

penyakit mudah lupa

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat