Penyebab utama kenapa diet selalu gagal berpunca dari diri anda sendiri.

Benda pertama yang anda kena tahu ialah Diet Yoyo.

Namanya pun diet yoyo, jadi bila anda berdiet, berat badan anda cepat turun.

Tapi selepas itu akan naik semula. Malah tak mustahil naik lebih banyak lagi.

Kenapa ya boleh jadi macam tu?

.

Diet Yoyo Bukan Sahaja Penyebab Utama Kenapa Diet Selalu Gagal, Malah Membahayakan!

.

Ramai orang menyangka untuk kurus, anda perlu kurangkan makan. Tapi sejauh manakah kebenaran ini?

Bayangkan badan anda berada pada satu tahap metabolisma yang boleh membakar lemak sebanyak 1000kcal sehari (contoh ya ni).

Apabila anda kurang makan, otak anda akan menerima ‘signal‘ bahawa badan anda sedang berada di dalam ‘kebuluran‘.

Apa yang terjadi ialah paras gula darah mula menurun. Hormon glukagon akan dihasilkan. Lebih banyak otot akan dibakar, menyebabkan paras metabolisma anda menurun. Supaya kurang tenaga dihasilkan.

Konon macam nak ‘jimat‘ tenaga la (badan anda kan tengah dalam ‘kebuluran‘ tadi).

Lama-kelamaan, anda akan mula mengalami kelaparan melampau dan craving macam-macam.

Badan anda perlukan nutrisi untuk proses-proses kimia tapi tak dapat! Urgghhh!!!

Lepas tu anda akan start emosi tak stabil. Benda kecik je tapi cepat btol melenting. Orang lapar macam mana rupanya? Mestilah macam nak telan meja kan!? Haha..

Sampai satu masa anda sudah tak tertahan lagi berdiet. Anda pun makan lebih sikit dari diet.

Masa ni anda kena ingat yang metabolisma anda telah menurun. Sebelum diet boleh bakar 1000kcal, lepas dah ‘diet’ mungkin dah berkurang kepada 800kcal.

So kalau makan lebih sikiiittt je pun, badan anda dah tak termampu nak bakar banyak lemak lagi.

Bila anda makan banyak pula, paras gula darah meningkat. Insulin pun dihasilkan untuk menukarkan gula kepada lemak (kalau tak digunakan).

Lemak sedia ada anda pun dok tara tu tak berkurang jgak. Ni makin bertambah lagi.

Sebab itulah diet yoyo menjadikan anda “Semakin diet, semakin gemuk”!

penyebab utama kenapa diet selalu gagal

.

Jadi Apa Solusi Terbaik Untuk Diet Berjaya Yang Boleh Maintain Je Berat?

.

Anda perlu mengekalkan otot anda.

Otot maintain = metabolisma maintain.

Otot banyak = Metabolisma tinggi (lagi banyak lemak boleh bakar).

Untuk maintain otot, rajin-rajinlah bersenam.

Pemakanan pula tetap kena jaga.

Jaga macam mana? Boleh rujuk entri Ain sebelum ni bertajuk Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat Dan Berkesan.

Untuk yang tak sempat nak bersenam, anda boleh cuba Cinch Shake.

Sebab dalam Cinch Shake telah diperkaya dengan leucine yang fungsinya mengekalkan otot untuk proses kurus secara semulajadi.

Of course lagi bagus Cinch Shake DAN bersenam ya.

Anda dah berjaya baca sampai sini? Good job!

Memang anda akan berjaya untuk kurus! InsyaaAllah. 🙂

Ingat ya.

Kunci utama untuk kurus BUKAN dengan KURANG makan.

Tetapi dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan cara hidup sihat.

Supplemen cuma menyokong. =)

 

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk order dan konsultasi lanjut tentang produk kurus Shaklee.