persediaan bersalin

Dalam menghitung hari menunggu kelahiran cahaya mata anda,  ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebagai persediaan bersalin anda.

Bergelar seorang ibu, bukanlah sekadar ‘buat anak’, mengandung 9 bulan, bersalin, berpantang, menyusu and that’s it!

Tetapi sebenarnya, menerima kehadiran si manja persediannya adalah lebih dari pasangan yang nak buat kenduri kahwin. Haha! (melampau sungguh hiperbola admin kan?)

Sebenarnya, ada banyak sangat perkara yang anda perlu ambil tahu sebaik disahkan mengandung, sebelum melahirkan bayi anda.

Salah satunya ialah cara untuk berjaya melahirkan bayi dengan tenang, mudah dan anda sendiri enjoy proses bersalin itu.

Terutamanya jika ini adalah pertama kali anda akan melahirkan bayi.

Sudah tentulah anda mahukan pengalaman manis dan bukannya trauma untuk mengandung dan bersalin lagi kelak.

Buat anda yang pernah (beberapa) kali bersalin juga, tidak salah untuk anda menambah ilmu yang sedia ada.

Jadi, dalam entri ini, Ain akan kongsi teknik bernafas yang perlu setiap ibu hamil tahu, sebagai persediaan untuk bersalin. Teknik pernafasan ini dinamakan sebagai “Pernafasan J” (J Breathing).

persediaan bersalin

.

Apa Itu Pernafasan J (J Breathing)

.

Pernafasan J merupakan teknik pernafasan yang sangat berguna bagi ibu-ibu hamil terutamanya semasa fasa kedua kelahiran.

Secara ringkasnya, fasa bersalin boleh dibahagikan kepada tiga :

  1. Fasa pertama : apabila ibu mula merasakan kontraksi kuat yang regular, menyebabkan laluan bersalin terbuka (serviks memendek dan meluas sehingga 10cm, os full)
  2. Fasa kedua : fasa ketika bayi dilahirkan
  3. Fasa ketiga : kelahiran uri

Rakan-rakan O&G tolong betulkan ya kalau definisi ringkas Ain ni salah (nak bagi orang mudah faham jer) ;D

So apa yang terjadi semasa fasa kedua ini?

Semasa fasa kedua kelahiran, ibu perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan zuriat yang telah 9 bulan di dalam kandungan dengan selamat.

Apabila laluan telah buka sepenuhnya (os full), staf-staf dalam labor room akan mula guide bagaimana cara untuk bernafas, bila waktu yang sesuai untuk meneran dan sebagainya.

Kita sudah sedia maklum, bahawa proses untuk melahirkan ialah proses yang membuatkan ibu dan bayi tertekan dan memerlukan banyak tenaga.

Tanpa ilmu yang betul, ibu-ibu akan stress lebih cepat dan keletihan melampau yang boleh membahayakan bayi anda!

.

persediaan bersalin Tiada ibu bapa yang mahu bayi yang dikandung berbulan-bulan lamanya, dilahirkan sebegini.[/caption]

.

Dengan teknik Pernafasan J ini, anda akan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas kelahiran bayi. Anda juga InsyaaAllah, boleh melahirkan bayi dalam keadaan yang lebih tenang dan selesa.

Wah, mesti anda sudah tidak sabar-sabar nak tahu bagaimana teknik ini kan?

.

Bagaimana Teknik Pernafasan J?

persediaan bersalin

Kenapa ia dipanggil Pernafasan “J”?

Tujuan utama Pernafasan J ialah untuk menyalurkan oksigen yang cukup kepada bayi dan otot-otot perut dan perineum.

Kalau pernafasan biasa, anda tarik nafas dan hembus keluar melalui hidung atau/dan mulut, dengan Pernafasan J adalah tidak sebegitu.

Dalam Pernafasan J, anda aim supaya oksigen yang disedut turun ke bawah kerana saat hendak melahirkan, bahagian bawah itulah yang lebih memerlukan oksigen yang cukup.

Baik untuk bayi anda, mahupun untuk otot-otot perut dan perineum anda untuk push bayi keluar.

Waktu yang paling sesuai untuk ‘meneran’ keluar bayi anda ialah ketika datangnya kontraksi rahim.

Jadi, beserta dengan kontraksi rahim, lakukanlah Pernafasan J ini.

Cara melakukan Pernafasan J ialah dengan mengikuti langkah-langkah ini :

  1. Tarik nafas sedalam-dalamnya perlahan-lahan dengan tenang (bayangkan oksigen yang banyak disedut ke dalam paru-paru anda).
  2. Hembus nafas ke bawah, iaitu melalui tekak terus ke perut dan laluan kelahiran bayi (bayangkan seperti huruf J – sebab itulah namanya Pernafasan “J” – lihat gambar di atas tadi).
  3. Sambil menghembuskan nafas, anda boleh gunakan kiraan 1 hingga 20 (dari waktu mula hembus sehingga hembusan sampai ke bawah).
  4. Hembus nafas se-perlahan yang anda boleh (sloooooowwwww sangat).
  5. Kalau orang Islam, nak sertakan zikir “Laa ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin” (atau zikir-zikir lain) lagi bagus.
  6. Bayangkan bayi anda keluar perlahan-lahan melalui laluan bersalin seperti kuntum bunga yang sedang berkembang.
  7. Pastikan rahang dan bahu anda relaxed dengan baik.
  8. Ulang Pernafasan J ini sehingga bayi anda dilahirkan.
  9. Paling penting, jangan kalut dan tenang-tenang sahaja bernafas ya.

persediaan bersalin

.

Untuk pengetahuan ibu-ibu, anda boleh mula mempraktiskan cara pernafasan ini semasa mengandung lagi.

Berlatihlah beberapa kali setiap hari.

Practice makes experience kan?

Kalau dan ada pengalaman, masa-masa genting seperti masa nak melahirkan nanti, tak la kelam kabut sangat.

Dan yang bagus lagi tentang Pernafasan J ini, ia juga membantu sangat untuk mengurangkan kesakitan semasa kontraksi rahim.

Kalau ibu lain sakit mengalami kontraksi, anda boleh layan kontraksi dengan rileks, tenang dan kurang kesakitan.

Ain sendiri dah merasainya semasa melahirkan anak ketiga tanpa ubat tahan sakit (anak pertama dan kedua ambil epidural). Siap kena induced dengan ubat yang dimasukkan ke dalam drip lagi. Alhamdulillah sangat.

Jika dapat melalui proses bersalin dengan tenang macam ni kan impian ibu-ibu hamil?

So kalau lepas dah bersalin, anda dan suami teringin nak anak lagi, tak la trauma nak hamil dan bersalin lagi. Eh? =P

Ok, sekarang jom tengok video dari Youtube kat bawah ini pula untuk demo Pernafasan J. 

 

.

Fasa kedua kelahiran yang berlanjutan melebihi waktu yang sepatutnya membawa risiko seperti penggunaan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep, jangkitan pada bayi, bayi lahir tak menangis, luka episiotomi lebih teruk, kelahiran melalui pembedahan dan nyawa bayi boleh terancam!

.

Entri seterusnya, Ain akan tulis tentang Tips Elak Luka Episiotomi Yang Teruk

Anda juga sedang tercari-cari Set Berpantang yang baik untuk anda dan bayi anda?