petua hilangkan batuk bayi

Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak

Batuk pada bayi dan kanak-kanak sangat kerap terjadi dan merunsingkan ibu bapa. Lagi-lagi jika berlarutan berhari-hari lamanya sehingga ibu bapa ‘mati kutu’ tak tahu apa yang patut dibuat.

Ubat batuk pula kebiasaannya masih tidak sesuai diberi untuk bayi kecil dan kanak-kanak di bawah 2 tahun.

Jadi, sebagai ibu bapa perlu ambil tahu petua hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak yang akan dikongsikan ini. Paling kurang pun, ada juga yang boleh dilakukan sebagai usaha mengurangkan batuk mereka.

Petua-petua ini bertujuan untuk mengekalkan hidrasi, menenangkan bayi dan kanak-kanak yang tidak selesa dengan batuk yang dialami, serta membantu mereka tidur dengan lebih baik untuk menyokong pemulihan.

.

9 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak

.

1. Hidrasi Itu Penting

.

Pastikan anak anda yang sedang batuk mendapat air yang cukup setiap hari. Air putih baik untuk menghidrat tubuh, menguatkan sistem imun, membantu mencairkan kahak supaya lebih mudah untuk dikeluarkan.

Bayi dan kanak-kanak yang sedang batuk mungkin menolak untuk minum kerana tekak yang kesakitan. Cuba pujuk mereka supaya minum air dengan kerap. Tak perlu minum banyak setiap kali. Minum sedikit tetapi lebih kerap itu lebih baik.

Jika mereka masih mengelak untuk minum air, cuba campurkan dengan lemon untuk sedikit rasa. Yang ada Performance Drink boleh cuba beri kerana kerdasarkan kajian, ianya menghidrat lebih baik dari air sahaja.

Boleh juga beri makanan dengan kandungan air yang tinggi seperti bubur atau sup sebagai alternatif.

Untuk bayi di bawah 6 bulan, kerapkan menyusu atau beri minum susu formula seperti biasa. Jangan berikan air!

.

2. Mandi Air Suam

.

Air suam mengeluarkan wap air yang membantu mencegah salur pernafasan dari menjadi terlalu kering akibat batuk.

Wap panas ini juga sangat membantu melonggarkah kahak jadi lebih mudah untuk dibatukkan keluar dan ini semestinya melegakan hidung tersumbat dan tekak yang tebal dengan kahak.

Sebab itulah bayi dan kanak-kanak yang sedang batuk dan selesema, lebih mudah mengeluarkan kahak dan hingus semasa dimandikan air suam.

Boleh juga anda bantu tepuk-tepuk di kiri dan kanan dada (percussion) anak anda untuk membantu melonggarkan kahak mereka.

.

3. Madu (BUKAN UNTUK SETAHUN DAN KE BAWAH!)

.

Madu mempunyai sifat antibakteria dan membantu melawan jangkitan. Mereka yang mengambil madu juga didapati mempunyai tidur yang lebih baik.

Rasa madu pula manis, sudah semestinya lebih digemari kanak-kanak, berbanding rasa ubat.

Disarankan, untuk kanak-kanak 1 hingga 5 tahun, diberi setengah sudu kecil madu sehari. Dan untuk kanak-kanak yang lebih besar, berikan sesudu kecil madu sehari.

Boleh juga mencampurkan madu dengan air suam atau perahan lemon untuk pelbagaikan rasa.

petua hilangkan batuk kanak-kanak

AWAS! MADU TIDAK SESUAI UNTUK BAYI BERUSIA SETAHUN DAN KE BAWAH KERANA RISIKO BOTULISM YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA!

.

4. Ubat Batuk dan Lozenges

.

Bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas yang sudah ‘faham bahasa’, bolehlah berikan lozenges untuk membantu melegakan sakit atau gatal tekak mereka.

Ajarkan mereka untuk menghisap perlahan-lahan bagi melegakan batuk.

Namun, hadkan pengambilan lozenges kerana kebanyakannya mengandungi gula dan kita tidak mahu anak-anak diberi gula berlebihan pula. Jadi, ambil perhatian dos pada kotak atau dapatkan nasihat di farmasi atau doktor.

Untuk ubat batuk pula, disarankan mendapatkan nasihat doktor untuk pilihan ubat dan dos yang sesuai kerana bayi dan kanak-kanak (terutamanya di bawah setahun) lebih cenderung untuk overdose yang boleh memudaratkan.

Bayi bawah 6 bulan disarankan dibawa segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika mengalami batuk.

.

5. Kumur Air Garam

.

Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas juga, anda boleh cuba ajarkan mereka untuk berkumur air garam bagi membantu melegakan kegatalan tekak dan batuk.

Larutkan setengah sudu kecil garam ke dalam air, dan minta mereka berkumur-kumur.

Petua hilangkan batuk ini tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang masih tidak pandai berkumur-kumur.

petua hilangkan batuk

Untuk kanak-kanak yang lebih besar, lebih banyak yang boleh diusahakan untuk menghilangkan batuk, termasuk berkumur air garam untuk melegakan sakit tekak.

.

6. Tinggikan Kepala Semasa Tidur

.

Kedudukan kepala yang lebih tinggi semasa tidur membantu membuka salur pernafasan dengan lebih baik.

Kanak-kanak yang batuk lebih mudah untuk bernafas semasa tidur. Dan kahak juga lebih mudah dikeluarkan dengan posisi ini.

Namun, petua ini tidak digalakkan untuk bayi kecil 2 tahun dan ke bawah.

.

7. Ubat Titik Hidung (Saline Nasal Drop)

.

Batuk pada bayi dan kanak-kanak boleh jadi berpunca dari titisan di belakang tekak mereka. Jadi, penggunaan ubat titik hidung yang mengandungi air garam (saline nasal drop) sangat membantu untuk kes ini.

Ubat titik hidung ini amnya selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

.

8. Vicks Baby Rub Atau Yang Seangkatannya

.

Vicks Baby Rub, mengandungi aloe vera, eucalyptus, lavender dan rosemary yang dipercayai membantu tidur yang baik untuk anak-anak.

Untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas, anda bolehlah mencuba menyapu vicks ini pada dada dan tapak kaki anak-anak.

Elakkan menyapu pada hidung atau bahagian muka lain kerana dikhuatiri boleh memedihkan mata atau mereka memasukkan tangan yang telah menyentuh bahagian yang disapu ke dalam mulut.

Untuk yang berusia 2 tahun ke bawah pula, kajian ke atas haiwan mendapati, sapuan jenis seperti vicks ini meningkatkan penghasilan kahak dan lendir yang boleh menyumbatkan salur pernafasan. Jadi, dinasihatkan untuk TIDAK digunakan pada bayi 2 tahun ke bawah.

Terdapat juga pelbagai krim yang dihasilkan untuk membantu melegakan batuk  dan selesema bayi, contohnya yang diperbuat dari herba. Semua ini atas risiko sendiri jika anda menggunakannya pada bayi atau anak anda.

.

Pemilihan produk untuk bayi kecil, walaupun hanya untuk sapuan seharusnya dibuat dengan teliti kerana golongan ini adalah ‘fragile’ dan lebih sensitif.

.

9. Pengambilan Vitamin

.

Kanak-kanak yang kerap dijangkiti batuk selesema atau tidak sihat, kebanyakannya tidak mendapat nutrisi harian mencukupi yang diperlukan. Contohnya kerana makan memilih, lebih banyak diberikan makanan segera dan makanan yang telah diproses (hotdog, nuget, dan lain-lain).

Jadi, pengambilan vitamin untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak sangat penting lebih-lebih lagi untuk membantu membina pertahanan yang kuat.

Sistem imun anak yang kuat juga membantu pemulihan yang lebih cepat.

.

PETUA HILANGKAN BATUK KANAK-KANAK : VITAMIN CADANGAN

.

Berikut merupakan cadangan vitamin yang dicipta khas untuk menyokong kesihatan kanan-kanak:

  1. Meal Shakes – Sumber serat dan protein, kalsium dan zink, serta diperkaya dengan nutrien dan mineral yang diperlukan
    • protein untuk pembinaan dan pembaikan tisu
    • serat untuk mengelakkan sembelit
    • kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi
    • zink penting untuk pertumbuhan
  2. Vitalea for Children
    • menyediakan 18 vitamin dan mineral penting yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak
    • dos kesemua 8 vitamin B, vitamin C, D dan E adalah 100% keperluan harian
  3. Chewable C
    • setiap tablet boleh dikunyah membekalkan 100mg vitamin C asli
    • ditambah bioflavonoid yang memaksimumkan kesan vitamin C

.

(Satu lagi petua peribadi yang keluarga kami amalkan sejak saya masih kecil ialah kami diberi minum sesudu besar kicap yang dicampur perahan limau purut. Lega rasanya bila lalu di tekak)

.

DISCLAIMER:

  1. BAYI DI BAWAH SETAHUN TERUTAMANYA 6 BULAN DAN KE BAWAH TIDAK SESUAI DIBERI SUPLEMEN KECUALI ATAS NASIHAT DOKTOR.
  2. PRODUK-PRODUK DI DALAM ENTRI BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENCEGAH ATAU MENGUBAT APA-APA PENYAKIT.

Pastikan anda memilih hanya produk makanan tambahan yang semulajadi dan diyakini selamat untuk si manja anda.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth