petua hilangkan batuk dan selesema bayi

Runsing mak bapak kalau ada bayi atau anak kecil yang sedang batuk dan selesema kan? Ain faham sangat sebab Ain ada tiga orang anak kecil.

Batuk dan selesema ni, bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Malah di mana-mana pun.

Sebab jangkitan virus atau kuman yang menyebabkan batuk dan selesema ni ada di mana-mana dan mudah berjangkit (melalui udara).

Jadi, apa kata kali ni Ain share petua hilangkan batuk dan selesema yang Ain sendiri amalkan untuk anak-anak Ain.

.

1# Mandikan Anak Dengan Air Suam

Pagi-pag bangun tidur ialah masa batuk anak kecil menjadi-jadi, selain dari waktu malam semasa tidur. Ini terjadi kerana sudah berjam-jam lamanya anak tidur menjadikan pergerakan kahak dalam salur pernafasan terhenti.

Tindakan refleks badan kita untuk batuk supaya dapat mengeluarkan kahak yang tersekat ini.

Sebab itulah, memandikan anak dengan air suam sedikit sebanyak membantu melegakan batuk dan selesema mereka.

.

2# Bersihkan Hidung Anak Dengan Sterimar

Sterimar ialah sejenis spray hidung yang diperbuat dari air laut semulajadi untuk membantu bayi membersihkan hidung.

Cuma pegang bayi dengan kepala ditinggikan sedikit dan tekan Sterimar untuk spray sekali ke dalam hidung kanan dan sekali ke dalam hidung kiri.

Ya, anak anda akan nampak seperti kelemasan dan kemudiannya akan menangis.

Seterusnya, anda bolehlah melakukan ‘percussion‘ untuk melonggarkan kahak.

3# Percussion

Untuk percussion, buatkan tangan berbentuk seperti cawan dan tepuk-tepuk di belakang badan bayi dan anak kecil.

Elakkan bahagian tulang belakang. Sebaiknya tepuk di bahagian sisi kanan dan kiri bayi.

Tindakan ini membantu melonggarkan kahak di dalam salur pernafasan supaya lebih mudah dikeluarkan.

Kedudukan bayi pula seeloknya direndahkan sedikit kepala untuk membantu kahak mengalir keluar (mengikut tarikan graviti).

Lakukan percussion kira-kira 10 minit (bayi dan anak kecil of course menangis teresak-esak dan meronta-ronta, tapi ini adalah demi kebaikan mereka).

.

4# Ubat Titik Hidung

Iliadin ialah ubat titik hidung yang selamat untuk bayi seawal selepas bersalin. Mengandungi bahan yang dipanggil oxymethazoline, Iliadin membantu mengeringkan hingus di dalam hidung.

Didatangkan dengan beberapa kekuatan kepekatan, untuk bayi anda pilihlah yang berkepekatan 0.01%.

Selepas hidung dibersihkan, bolehlah ibu-ibu letakkan ubat titik ini. Setitik ke dalam setiap hidung sekali atau dua kali sehari (bergantung kepada saranan doktor yang merawat bayi dan anak anda).

Gunakan Iliadin cuma untuk tempoh masa 5-7 hari sahaja untuk mengelakkan kesan sampingan lain (Sebaiknya dapatkan nasihat doktor ya).

.

5# Sapukan Minyak Herba

Ada yang memilih minyak herba, ada yang memilih Vicks untuk bayi dan sebagainya.

Terpulang kepada masing-masing.

.

6# Cara Tradisional

Kalau tanya orang tua-tua, ada macam-macam cara yang meraka gunakan.

Yang Ain pernah cuba sendiri ialah seperti steps di bawah:

  • bakar beberapa ulas bawang putih sehingga hangus, kupas kulitnya kemudian tumbuk (tak payah halus pun tak pa)
  • then masukkan ke dalam air panas
  • biarkan bayi dan anak kecil bernafas wap dari air panas yang mengandungi bawang putih tadi
  • buat 10 minit macam tu
  • Alhamdulillah lepas tu kahak keluar banyak jugak!

Untuk kanak-kanak yang lebih besar (dari tadika dan ke atas), boleh juga cuba bagi mereka ‘ubat batuk’ tradisional. Cara Ain ialah sesudu kecil kicap dan sesudud kecil lemon/limau nipis. Suruh anak telan macam ubat batuk. Hehe…

.

Apa Nak Buat Kalau Masih Tak Lega Walaupun Dah Cuba Semua Petua Hilangkan Batuk dan Selesema Bayi Ini?

Pergi klinik untuk dapatkan assessment doktor ya.

Especially kalau bayi dan anak kecil ada tanda-tanda di bawah:

  • nafas laju dan berbunyi
  • kurang aktif dari biasa
  • demam tinggi lebih tiga hari
  • bayi dan anak kecil kurang makan yang sangat ketara

.

Ok, sekian saja sharing Ain hari ni. Semoga bermanfaat untuk parents yang ada anak kecil. =)