Pastinya suatu mimpi ngeri bagi mereka yang pernah mengalami serangan gout yang sangat menyakitkan. Gout ialah sejenis penyakit radang sendi akut, yang disebabkan oleh pengumpulan kristal urate pada sendi berkenaan, dan merupakan masalah arthritis yang paling kerap berlaku (90%).

Pesakit gout boleh mengalami sakit sendi secara tiba-tiba pada bila-bila masa, kebiasaanya di waktu malam ketika sedang tidur atau awal pagi. Sendi yang paling kerap terlibat ialah ibu jari kaki. Namun boleh juga melibatkan sendi-sendi lain seperti lutut, jari tangan dan lain-lain.

Antara lain, gout lebih kerap menyerang kaum lelaki dari wanita, yang berusia antara 30 hingga 50 tahun. Kanak-kanak dan orang muda sangat jarang mengalami masalah gout.

.

Apa Punca Berlakunya Gout?

Puncanya hanya satu – kenaikan paras asid urik dalam darah. Ini boleh disebabkan oleh samada pemakanan yang tinggi kandungan purine, ataupun penghasilan asid urik yang tinggi dalam badan disebabkan perkara tertentu.

Secara fisiologinya, asid urik berlebihan dalam darah akan ditapis dan disingkirkan melalui buah pinggang. Dalam kes gout, asid urik berlebihan terlalu tinggi sehingga menyebabkan pengumpulan kristal urate di sendi-sendi menyebabkan keradangan dan kesakiktan.

petua hilangkan gout

Petua Hilangkan Gout : Hasil pengumpulan asid urik berlebihan pada sendi menyebabkan keradangan, bengkak dan sakit sendi.

.

Sumber makanan penyebab gout ialah yang tinggi kandungan purine seperti daging merah, ikan bilis, sardin, asparagus, yis, kekacang, organ dalaman, makanan laut dan minuman beralkohol. Makanan-makanan ini seharusnya dielakkan oleh pesakit gout untuk mencegah serangan gout.

Selain itu, beberapa jenis ubat juga menyebabkan kenaikan paras asid urik dalam badan:

  • thiazides diuretik
  • aspirin
  • ubat ‘anti-rejection‘ yang diambil oleh pesakit yang telah menjalani pemindahan organ

Faktor-faktor berikut juga merisikokan anda diserang gout:

  • keturunan
  • obesiti dan overweight
  • mengambil minuman beralkohol secara berlebihan
  • darah tinggi
  • kolesterol tinggi dalam darah
  • pesakit kanser yang menjalani kimoterapi

.

Diagnosis Gout

Mudah sahaja untuk mendiagnos penyakit gout iaitu berdasarkan cerita dari pesakit dan pemeriksaan fizikal. Pesakit akan menyatakan sakit sendi yang amat sangat terjadi secara tiba-tiba tanpa ketahuan punca.

Daripada pemeriksaan fizikal pula akan mendapati, sendi yang sakit itu bengkak, kemerahan, panas dan lebih sakit apabila disentuh.

Manakala pesakit gout kronik pula boleh mempunyai ketlan keras pada sendi yang dipanggil tophi. Tophi ialah hasil pengumpulan asid urik untuk suatu ketika di bahagian isi yang lembut seperti tangan, siku, kaki dan cuping telinga. Ketulan keras ini boleh menyebabkan kesakitan dan sendi ‘keras’ (stffness). Sekiranya terdapat dalam buah pinggang pula boleh menyebabkan batu karang.

petua hilangkan gout

Inilah tophi, ketulan keras hasil pengumpulan kristal urate pada bahagian yang lembut selama beberapa tahun, menunjukkan pesakit mempunyai masalah gout kronik.

.

7 Petua Hilangkan Gout Dengan Cepat dan Berkesan

Letakkan Ais

Untuk melegakan kesakitan dan keradangan, pesakit boleh meletakkan beberap ketulan ais yang dibalut di dalam kain kemudian apply pada sendi yang sakit itu.

Jumpa Doktor

Sesetengah pesakit akan lega sakitnya dengan hanya ubat tahan sakit yang boleh didapati dari farmasi sahaja. Tetapi bagi sakit yang tidak lega, bolehlah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan untuk gout.

Pemakanan

Selain mengamalkan pemakanan seimbang, sebaiknya pesakit gout mengelak makanan-makanan yang boleh menyebabkan paras asid urik dalam darah tinggi kembali.

petua hilangkan gout

Petua Hilangkan Gout : Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan purine, yang boleh mengakibatkan serangan gout.

.

Dapatkan Berat Badan Ideal

Bagi yang bermasalah obesiti dan berat badan berlebihan, berusahalah untuk mendapatkan berat badan ideal. Sekurang-kurangnya ada juga faktor risiko yang anda boleh cuba kawal.

Lagipun, obesiti juga penyebab pelbagai masalah kesihatan yang lain selain sendi.

Kawal Tekanan Darah

Darah tinggi juga antara faktor risiko masalah gout. Dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman secara berkala, pastinya anda akan berjaya mengawal tekanan darah pada tahap yang sihat.

Air Kosong Yang Cukup

Kerana asid urik berlebihan dalam darah juga boleh berkumpul di buah pinggang, pastikan pengambilan air kosong anda cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini penting untuk membantu buah pinggang berfungsi dengan baik.

Lagi disarankan lagi elakkan minuman manis dan alkohol.

Suplemen Cadangan Untuk Gout

Tidak salah jika anda ingin berusaha lebih sihat dengan makanan tambahan sekiranya anda tidak mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan.

Untuk masalah gout, antara suplemen cadangan ialah:

  • Vivix
    • satu-satunya suplemen yang bertindak ke atas DNA sel (“akar umbi”)
    • sifatnya sebagai antiradang dan antioksidan sangat bermanfaat untuk pesakit gout
  • Omega Guard (asid lemak omega 3 dengan EPA & DHA tulen)
    • bersifat antiradang
    • mengurangkan bengkak
    • menurunkan paras kolesterol jahat
    • membantu mengawal tekanan darah
    • mencairkan lemak (untuk obesiti dan berat badan berlebihan)
  • Alfalfa (“Father of All Food“)
    • menurunkan paras asid urik secara semulajadi
    • sebagai anti radang
    • antioksidan yang baik untuk gout
  • Performance Drink
    • minuman penghidrat yang lengkap dengan elektrolit
    • secara klinikal menghidrat lebih baik dari air kosong

.

Baca kisah yang dikongsi oleh saudari Siera Haiyi bertajuk “Ayahku Penderita Gout Selama 20 Tahun”.

 

WhatsApp chat