Masalah rambut seperti rambut banyak gugur, hujung bercabang dan tampak kusam mungkin berpunca daripada petua penjagaan rambut yang tidak betul.
Rambut merupakan mahkota kita baik lelaki mahupun wanita.
Tak kiralah seseorang itu bertudung atau tidak, bagi yang bertudung pastilah ingin nampak cantik di rumah juga.
Mari ikuti petua penjagaan rambut untuk selesaikan masalah-masalah rambut anda.
Sekaligus mendapatkan rambut yang sihat dan kuat dari akar.
.
7 PETUA PENJAGAAN RAMBUT SIHAT
.
1# Membilas Rambut
Rupa-rupanya, membilas rambut adalah sama penting seperti syampu dan merapikan rambut!
Dengan hanya membilas rambut dengan air sahaja sebenarnya dapat memulihkan struktur dan alunan rambut.
Antara tips penting semasa membilas rambut ialah gunakan air sejuk.
Ini kerana air bersuhu rendah membantu mengedapkan kutikel rambut untuk memerangkap air dan nutrien daripada produk rambut seperti syampu dan perapi.
.
2# Sikat Rambut
Berbeza dengan sikat yang diperbuat daripada plastik atau besi, sikat rambut daripada kayu tidak mengeluarkan cas elektrostatik yang boleh mengembangkan rambut.
.
3# Elak Sentuh Rambut Secara Berlebihan
Tangan kita ialah anggota yang paling banyak menyentuh sana-sini.
Walaupun secara kasarnya tangan nampak bersih, elakkan menyentuh rambut secara berlebihan.
Kita tidak tahu kotoran apa yang terdapat di tangan kita!
.
4# Sekali-sekala Gunakanlah Krim Rawatan Rambut
Tidak salah kalau sekali-sekala anda nak manjakan rambut anda dengan krim rawatan rambut.
Lebih baik lagi, gunakanlah topi plastik (shower cap) untuk menghasilkan haba sementara untuk membuka kutikel rambut.
Kutikel rambut yang lebih terbuka pastinya berupaya menambah nutrien pada rambut dengan lebih cepat.
.
5# Elakkan Alat Pengering, Pelurus atau Pengerinting Rambut Yang Kerap atau Berlebihan
Bukannya apa.
Alat-alat ini menggunakan haba untuk berfungsi.
Haba pula jika digunakan berlebihan pada rambut akan merosakkan akar rambut anda.
Rambut yang sihat bermula darir akar yang kuat.
Jadi, peliharalah akar rambut sebaik-baiknya kalau nak rambut yang cantik.
Betul kan?
.
6# Vitamin Kegemaran Rambut
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menguatkan akar rambut dari dalam dengan nutrisi tambahan.
Maklumlah, tidak semua nutrisi yang diperlukan rambut kita peroleh dari makanan setiap hari.
Antaranya ialah vitamin B (biotin), zink dan protein.
Baca ESP Suplemen Protein Lengkap, kebaikan B Complex dan manfaat Zinc Plus.
.
7# Urutan Kepala
Tidak dinafikan lagi, yang urutan merangsang pengaliran darah yang baik.
Aliran darah yang baik memastikan nutrien dan oksigen dihantar ke rambut dengan lancar.
Bila rambut mendapat ‘makanan’ yang sepatutnya, maka kuatlah ia, kan?
.
Kesimpulannya, rambut yang sihat bermula dari akar yang kuat.
Dah baca petua penjagaan rambut ini, bolehlah cuba untuk kecantikan rambut anda.
Selamat mencuba ya.