phytocol st

PHYTOCOL ST | Sterol dan stanol tumbuhan merupakan bahan yang dijumpai di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Kajian membuktikan, penambahan sterol dan stanol di dalam diet seharian mampu membaiki kesihatan kita.

Kerana strukturnya menyerupai struktur kolesterol, ianya akan bersaing dengan kolesterol untuk diserap ke dalam badan.

phytocol st

Secara semulajadinya, tanpa fitosterol, kolesterol dari makanan yang dimakan dengan mudah diserap ke dalam darah. Tetapi dengan kehadiran fitosterol yang molekulnya menyerupai kolesterol, ‘mereka’ bersaing sesama sendiri untuk diserap. Kesimpulannya, fitosterol mengurangkan kolesterol yang diserap.

.

Berdasarkan Malaysia Health and Morbidity Survey (2011) , lebih 6 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah kolesterol tinggi. Masalah kolesterol tinggi merisikokan kepada serangan jantung dan strok. (Baca 6 Tips Untuk Jantung Sihat Secara Semulajadi dan Nutrisi Untuk Kesihatan Jantung)

Di Malaysia sendiri, 1 daripada 3 kematian adalah berpunca dari serangan jantung!

.

KENAPA PHYTOCOL-ST?

.

Phytocol ST diperbuat daripada minyak pokok Tall, sumber semulajadi fitosterol.

Dengan pengambilan 2 tablet 2 kali sehari, Phytocol ST menyediakan 2000mg fitosterol setiap hari. Ini bersamaan dengan 100% dos saranan oleh National Health Institute (NIH), Heart Foundation, British Heart Foundation, The British Dietetic Association, Heatlh Canada, American Heart Association dan European Food Safety Authority.

phytocol st

Saranan pengambilan 2000mg fitosterol setiap hari oleh badan-badan besar.

.

Untuk membandingkan jumlah 2000mg fitosterol ini daripada diet seharian, adalah bersamaan dengan berikut :

  • 200 batang lobak merah
  • 80 keping roti gandum
  • 425 biji tomato

phytocol st

Kajian mendapati, pengambilan fitosterol secara berterusan mampu menurunkan 10% LDL kolesterol (kolesterol jahat) di dalam badan. Ini bersamaan dengan menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%.

.

Info lanjut tentang fitosterol

Klik sini untuk whatsapp Ain untuk konsultasi lanjut.