Susu ibu yang dihasilkan secara semulajadi menawarkan nutrisi yang unik buat bayi anda. Tidak semua susu ibu dihasilkan dengan nutrisi yang sama.

Kajian mendapati, pemakanan ibu menentukan kualiti dan nutrisi dalam susu ibu.

Jadi, untuk menghasilkan susu ibu yang penuh berkhasiat, pastikan anda mengambil nutrisi yang betul. Nutrisi lengkap yang diperoleh si manja penting untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi anda.

Set Menyusus Shaklee terdiri daripada 3 pilihan utama – asas, popular dan optimum.

.

1# Set Menyusu Shaklee ASAS

Vitalea

Merupakan multivitamin multimineral tertua dunia (sejak 1915, lebih 100 tahun) yang mengandungi 28 vitamin & mineral asas yang diperlukan badan.

Melengkapkan lompong nutrisi ibu menyusu. Dikatakan 2 tablet Vitalea bersamaan dengan khasiat yang boleh diperoleh dari 40 jenis lauk.

Sebotol Vitalea mengandungi 120 tablet, untuk kegunaan 4 bulan.

.

SR Vita C Plus

Selain melawan kerosakan oleh radikal bebas, vitamin C juga:

  • melindungi dan mengekalkan kesihatan sel
  • meningkatkan imuniti badan untuk melawan jangkitan dan penyakit
  • menyokong kesihatan tulang dan gigi
  • membantu penghasilan sel imun badan
  • mencantikkan kulit ibu dan bayi yang disusukan
  • sebagai anti-alahan kerana bersifat anti-histamine

1 botol SR Vita C Plus mengandungi 180 biji tablet, untuk kegunaan 6 bulan.

.

B Complex

Kesemua vitamin B adalah penting untuk fungsi semulajadi badan termasuklah:

  • menukarkan makanan kepada tenaga
  • memperbaiki mood ibu dan mengurangkan risiko baby blues
  • juga menyokong kesihatan otak dan koordinasi pergerakan bayi

Setiap botol B Complex mengandungi 120 biji tablet, untuk kegunaan 4 bulan.

.

Alfalfa Complex

Bagi ibu selepas bersalin dan menyusu, Alfalfa bertindak sebagai ‘galactogogue’, bahan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan kaya dengan antioksidan.

Juga digelar “jamu moden” & “kacip fatimah moden”, membantu mengembalikan kesihatan organ dalaman wanita.

Selain itu, kerana Alfalfa ialah agen detox darah, ianya membantu membuang angin dan melawaskan pencernaan (menangani masalah sembelit).

Botol kecil Alfalfa Complex mengandungi 330 tablet, manakala botol besar 700 biji. Saranan pengambilan sehingga 10 biji sehari.

Peringatan: Alfalfa ialah sejenis herba yang memanaskan badan. Sesuaikan dos mengikut badan masing-masing dan tindak balas bayi yang disusukan. Banyakkan pengambilan air kosong, sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

.

2# Set Menyusu Shaklee POPULAR

Ostematrix

Sebanyak 25-35 gram kalsium boleh didapati di dalam 100ml susu ibu. Kalsium penting untuk perkara-perkara di bawah:

  • kesihatan tulang
  • menggantikan simpanan kalsium dalam tulang yang ‘hilang’ semasa menyusu
  • membina tulang dan gigi bayi yang kuat
  • menggalakkan perkembangan normal saraf dan otot
  • menangani masalah sembelit
  • membantu otot ‘berehat’ dengan baik semasa tidur
  • memberi tidur yang berkualiti
  • mengelakkan sakit belakang dan tulang walaupun kerap berjaga malam untuk menyusukan

Di dalam sebotol Ostematrix mengandungi 120 tablet, untuk kegunaan sebulan.

.

#3 Set Menyusu Shaklee OPTIMUM

Energizing Soy Protein, ESP

Tahukah anda, ibu menyusu memerlukan dua kali ganda protein berbanding ibu tidak menyusu?

Sebagai bahan binaan utama sel dan komponen utama susu ibu, ESP terdiri daripada asid amino yang lebih ringkas supaya lebih mudah diserap.

Ini membantu:

  • menghasilkan casein yang menyediakan kalsium dan fosfat kepada bayi
  • membina, memperbaiki dan mengekalkan kesihatan kulit, rambut, otot dan menyokong perkembangan dan pertumbuhan secara menyeluruh
  • mengaktifkan sistem imun badan
  • indeks glisemiknya yang serendah 39 memberi rasa kenyang dan tenaga berpanjangan
  • membolehkan ibu menyusu menurunkan berat badan tanpa berlapar atau menjejaskan susu ibu
  • memperbaiki masalah kulit ibu dan bayi menyusu

Se-canister ESP mengandungi serbuk soya asli seberat 850g, untuk kegunaan sebulan.

.

Omega Guard

Omega-3 merupakan asid lemak ‘perlu’ (essential fatty acids) yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Tetapi sangat penting bagi ibu menyusu untuk menyokong perkembangan sel badan yang sihat dan pertumbuhan otak dan mata bayi.

Didatangkan dalam bentuk sofgel, sebotol (90 biji) Omega Guard adalah untuk kegunaan sebulan.

.

Koleksi Testimoni Set Menyusu Shaklee