Selepas berjaya mendaftar untuk mendapatkan vaksin covid-19, anda akan menerima tarikh dan tempat temujanji untuk suntikan. Pada hari berkenaan, anda cuma perlu ikuti prosedur suntikan vaksin covid-19 yang mudah sahaja.

prosedur suntikan vaksin covid-19

Ini adalah pengalaman saya sendiri menerima suntikan vaksin covid-19 di Klinik Kesihatan Bukit Minyak.

  1. Seperti biasa, kerana mematuhi SOP covid-19, scan kehadiran di Klinik Kesihatan menggunakan aplikasi MySejahtera. Imbas suhu dan sanitize tangan anda menggunakan sanitizer yang disediakan juga.
  2. Terdapat beberapa petugas kesihatan di pintu masuk bahagian untuk suntikan vaksin covid-19. Mereka inilah yang akan memastikan nama dan nombor kad pengenalan ada dalam senarai suntikan hari tersebut.
  3. Anda akan diberi borang untuk diisikan, serta angka giliran. Dalam borang tersebut, ada tertulis penerangan ringkas tentang vaksin dan consent yang perlu ditandatangani. Baca setiap ayat, dah faham barulah tandatangan di situ.
  4. Kemudian, pendaftaran suntikan vaksin akan dilakukan secara online.
  5. Konsultasi pendek oleh ahli farmasi. Ada nak tanya apa-apa atau ada keraguan bolehlah tanya pada masa ini.
  6. Tunggu giliran untuk disuntik.
  7. Vaksin akan disuntik pada lengan anda.
  8. Selepas suntikan, anda akan diminta untuk menunggu sebentar di satu bahagian untuk dipantau jika mempunyai kesan sampingan.
  9. Apabila cukup masa pemantauan dan tiada kesan sampingan, anda akan diberi kad vaksinasi yang menunjukkan yang anda telah menerima dos pertama. Tarikh untuk dos kedua juga ada tertulis pada kad tersebut.
  10. Anda juga akan diminta untuk scan barcode vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera.
  11. Jika mengalami kesan sampingan ‘pelik-pelik’ atau yang teruk, anda boleh terus melaporkan menggunakan aplikasi MySejahtera.

.

Persediaan Untuk Menerima Suntikan Vaksin Covid-19

  • Pastikan anda berada dalam kesihatan yang baik. Hubungi KK untuk re-schedule jika anda tidak sihat atau tidak dapat hadir.
  • Sebaiknya makan dan minum sebelum suntikan. Ini adalah berdasarkan pengalaman mereka yang telah disuntik, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah selepas suntikan.
  • Memakai pakaian yang mudah untuk menerima suntikan di lengan contohnya baju berlengan pendek (bagi bukan Islam) atau baju yang longgar supaya mudah untuk disingsing lengannya.
  • Ambil cuti jika anda bimbangkan kemungkinan anda mengalami kesan sampingan.
  • Datang pada masa yang ditetapkan (nama pun temujanji kan).

.

Pengalaman Sendiri Disuntik Vaksin Covid-19

Dos Pertama : Tak rasa apa-apa semasa disuntik, tiba-tiba eh dah siap. Selepas beberapa jam hanya merasai lengan seperti ‘berat’ dan lenguh-lenguh di tempat suntikan. Keesokannya semakin berkurang dan hilang begitu sahaja.

Dos Kedua : (insyaaAllah akan update semula selepas 7 April 2021)

prosedur suntikan vaksin covid-19

Aplikasi MySejahtera saya selepas mendapat suntikan pertama vaksin covid-19. Selepas beberapa hari akan tertera tarikh suntikan kedua.

Akhir kata, jom ramai-ramai dapatkan suntikan vaksin covid-19 untuk membentuk imuniti diri, serta sama-sama membina imuniti kelompok untuk melindungi orang lain juga (seperti kanak-kanak, pesakit immunosuppressive, alahan teruk terhadap vaksin) dari jangkitan teruk covid-19.

Video di bawah sangat bagus untuk pemahaman tentang ‘keberkesanan’ vaksin covid-19 yang berbeza dan tujuan utama vaksin covid-19.