Sangat jarang ulser mulut merupakan petanda sesuatu penyakit yang serius. Tetapi kehadirannya boleh mengganggu kerana sakit yang dialami dan membantutkan keinginan untuk makan walaupun perut kelaparan.
Lebih-lebih lagi jika seseorang itu mengalami ‘serangan’ ulser mulut yang kerap. Sebagai contoh, baru sahaja baik dari ulser mulut, seminggu selepas itu ada lagi ulser mulut yang banyak dan menyakitkan!
Ulser mulut boleh terjadi di mana-mana bahagian dalam mulut (gusi, dalam pipi, lidah, tekak), boleh muncul satu atau beberapa ulser dan ada yang kecil sahaja, tetapi ada juga yang besar.
Hari ini, Ain akan kupas sedikit info penting tentang punca ulser mulut, cara mengatasinya dengan berkesan.
.
.
Punca-punca Ulser Mulut
.
Seperti yang telah disebutkan, amat jarang sekali ulser mulut merupakan petanda penyakit yang serius.
Antara punca-punca ulser mulut ialah:
- hand foot mouth disease (HFMD) sekiranya juga mempunya ruam di tangan dan kaki
- penyakit lichen planus mulut
- perubahan hormon (contoh : user semasa mengandung)
- keturunan
- kekurangan vitamin B12 dan zat besi
- faktor ubat : tahan sakit (NSAID), beta blocker (sejenis ubat darah tinggi)
- pertama kali berhenti merokok
- tergigit dalam mulut
- masalah dental : gigi tak teratur, gigi palsu yang tidak dipakai dengan betul, penggunaan braces
- memakan makanan yang terlalu keras atau minuman terlalu panas
- penggunaan ubat gigi atau berus gigi yang tidak sesuai (terlalu keras)
- alahan
- stress
.
.
Ulser Mulut : Cara Penjagaan
Ulser mulut kebiasaannya mengambil masa seminggu atau lebih untuk pulih sepenuhnya.
Keyword penting dalam penjagaan mulut yang dialami ulser ialah dengan ‘mengelak apa sahaja yang boleh menyakitkannya’. Dengan ini sangat membantu mempercepatkan pemulihan, mengurangkan kesakitan dan mengurangkan risiko ulser kembali dengan cepat.
Apa yang boleh anda lakukan antaranya:
- gunakan berus gigi yang lembut
- minum air sejuk menggunakan straw
- makan makanan yang lembut seperti bubur, agar-agar
- checkup doktor gigi secara berkala
- mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang
.
Yang seharusnya DIELAKKAN pula ialah:
- mengambil makanan pedas, tinggi kandungan garam dan berasid
- makanan keras dan crunchy
- meminum minuman panas dan berasid (even jus oren yang bersifat asid boleh menyebabkan sakit yang teramat)
- mengunyah chewing gum
- menggunakan ubat gigi yang mengandungi sodium lauryl sulphate
.
.
Rawatan Untuk Ulser Mulut
.
Apabila seseorang mengalami ulser mulut, sama ada akan ke farmasi untuk membeli ubat atau terus berjumpa doktor.
Dari farmasi, ubat-ubat yang diberi adalah untuk mengurangkan simptom seperti:
- ubat kumur untuk membunuh kuman
- mengurangkan kesakitan jenis gel sapu atau untuk dispray ke dalam mulut
- lozenges yang mengandungi steroid
.
Bila Patut Jumpa Doktor?
.
Sekiranya ulser mulut anda mempunyai kriteria di bawah, adalah disarankan untuk berjumpa doktor untuk mengenalpasti punca-punca yang lain:
- masih tak lega setelah lebih 3 minggu
- terlalu kerap mengalami ulser mulut
- ulser jadi lebih merah dan lebih sakit (kemungkinan tanda jangkitan – sangat jarang berlaku)
.
Cadangan Suplemen Untuk Ulser Mulut
.
Bergantung kepada punca anda mengalami ulser mulut, ini antara cadangan suplemen untuk masalah ini:
.
Vitalea
- mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan badan
- sudah lebih 100 tahun di pasaran dunia
.
Vitamin C
- untuk meningkatkan imuniti, membantu pemulihan ulser
- vitamin C Shaklee didatangkan dengan sistem penyerapan berperingkat yang membekalkan vitamin C untuk 5 jam berterusan setiap hari
.
Nutriferon
- sebagai immune booster daripada biji labu
- inilah satu-satunya suplemen yang dihasilkan oleh pakar imun Jepun selepas 40 tahun penyelidikan terperinci
- eksklusif dari Shaklee sahaja (tiada pada jenama lain)
.
Dan suplemen-suplemen lain bergantung kepada diagnosis dan punca ulser mulut.
.