Memandangkan kes harian covid sekarang sangat banyak, dan ujian saringan covid pun ambil masa yang lama (beberapa hari) untuk dapat keputusan, orang Penang especially area seberang yang nak result cepat, bolehlah consider untuk buat ujian covid di IPPT Bertam.

Husband Ain walk-in, dapat result lepas 24 jam. Ain buat appointment, dapat result dalam 12 jam.

LOKASI

IPPT ialah singkatan bagi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju.

Landmark : Dari exit Tol Bertam, ambil kiri dan terus sahaja. Satu jalan ke USM & LPPKN. Dan berhampiran Mydin Bertam. IPPT terletak di sebelah kiri.

Boleh juga Waze “Institut Perubatan dan Pergigian Termaju“.

.

TEMUJANJI ATAU WALK-IN?

Dua-dua pun boleh, macam dah diberitahu di atas.

Temujanji lebih memudah dan menjimatkan masa. Boleh juga bayar siap-siap secara transfer. Nanti pi sana terus buat swab test.

Boleh tanya Ain untuk dapatkan nombor untuk dihubungi untuk aturkan temujanji.

Untuk walk-in pula, boleh pergi seawal 9 pagi. Pergi awal, siap awal.

.

JENIS UJIAN

Boleh pilih rt-PCR atau RTK antigen.

Ringkasan perbezaan antara rt-PCR dan RTK antigen ialah seperti berikut:

  • Kedua-dua test adalah untuk mengesan antigen dari sample yang diambil (nasopharyngeal swab).
  • Ujian rt-PCR mengambil masa beberapa jam untuk mendapat keputusan. Manakala ujian RTK antigen mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
  • Keputusan rt-PCR adalah lebih tepat dan merupakan ‘gold standard’ untuk diagnosis covid-19.
  • Rt-PCR disarankan untuk close contact kepada kes positif, mempunyai simptom, mempunyai sejarah ke kawasan res zones dan yang berisiko tinggi.
  • Untuk yang tak ada risiko di atas seperti saringan masuk universiti contohnya, boleh je buat RTK antigen.

.

HARGA

RM350 untuk rt-PCR
RM180 untuk RTK-Antigen

.

CARA PEMBAYARAN

Yang buat temujanji ada pilihan untuk buat pembayaran secara online transfer atau cash pada hari test.

Yang walk-in pembayaran secara cash.

Tak pasti boleh bayar guna credit/debit card atau tak sebab pesakit untuk ujian covid tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan.

.

PROSEDUR

1) Buat temujanji atau walk-in (perlu beritahu indikasi untuk buat test).

2) Check in dengan apps My Sejahtera dan saringan suhu si pintu masuk.

3) Pembayaran sebelum test (tempat akan diberitahu oleh staf).

4) Ujian secara drive-thru di khemah khas saringan covid di belakang bangunan.

5) Lepas swab terus balik.

6) Anda akan dihubungi bila keputusan siap.

Kes negatif boleh pick up keputusan ujian dan resit pembayaran sebelum 12 tengah malam.

Kes positif akan dimaklumkan ke PKD berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

=======

Hari ini hari ke-4 dari swab test anak-anak. Keputusan masih belum keluar. Sampai Umi termimpi-mimpi malam tadi. Alhamdulillah semuanya tak ada simptom dah harapnya semua pun negatif aaamiiin.

WhatsApp chat