youth shaklee serum

.

Tahukah anda, kulit kita merupakan organ yang paling cepat bertumbuh?

Kulit kita bukan sahaja merupakan organ terbesar, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk memperbaharui secara lengkap dalam masa lebih kurang 28 hari sahaja.

Proses pembaharuan sel ini melibatkan penghasilan sel kulit baru di peringkat paling dasar epidermis, kemudiannya ianya ‘bergerak’ perlahan-lahan sampai ke permukaan luar kulit dalam masa 28 hari. Yang akhirnya sel kulit ini akan dinyahkan secara semulajadi.

Jadi, bagaimana proses ini boleh mempengaruhi keadaan kulit kita?

Kenapakah ada orang yang sentiasa tampak muda remaja, sedangkan yang lain kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar?

Jawapannya ialah kerana adanya proses penuaan.

Semakin kita berusia, semakin perlahan proses pembaharuan sel kulit ini berlaku. Dan kerana itu, keadaan kulit kita akan turut dipengaruhi :

  • kulit menjadi kusam
  • munculnya tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan pigmentasi
  • dahulunya kulit lembut tapi kini menjadi kasar
  • tona warna kulit juga menjadi semakin tidak sekata

.

Sekarang lihat pula wajah anda di cermin. Adakah anda mempunyai tanda-tanda yang telah disebutkan?

Sekiranya jawapan anda ‘ya’, bermakna sel kulit anda sedang diperbaharui dengan kadar yang lebih lambat dari sebelumnya. Anda akan kelihatan semakin tua jika tidak melakukan sesuatu!

.

youth shaklee serum

Kadar pembaharuan sel kulit yang menentukan kulit kita lebih awet muda atau kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.

.

Kadar Pembaharuan Sel Kulit Mengikut Usia

.

Mari kita bandingkan pula kadar pembaharuan sel kulit mengikut usia.

Tengok kulit bayi yang licin, tegang dan gebu, pastinya kita tertanya-tanya, cepat betul sel kulit bayi diperbaharui kan?

Ya. Seorang bayi memerlukan hanya 14 hari sahaja untuk cell turnover (pembaharuan sel). Sangat cepat!

Manakala bagi remaja ialah antara 21-28 hari, bagi yang dipertengahan usia antara 28-42 hari dan orang yang berusia 50 tahun dan ke atas pembaharuan sel berlaku setiap 42-84 hari.

Nampak kan bagaimana usia dan penuaan menyebabkan kadar pembaharuan sel menjadi semakin lambat dan lambat dan lambat. Sebab itulah semakin berusia, anda akan kelihatan semakin tua dan tua dan tua.

Namun, bukan faktor usia sahaja yang menyebabkan ini berlaku. Faktor-faktor lain termasuklah :

  • genetik
  • gaya hidup dan persekitaran, di mana sinar UV memainkan peranan penting
  • keadaan kesihatan dan penyakit kronik
  • pengambilan ubat-ubatan
  • penggunaan produk penjagaan kulit dan kecantikan

.

youth shaklee serum

.

Ada Apa Dengan Youth Shaklee Serum?

.

Jadi, sekarang anda sudah faham yang untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah yang cantik, faktor yang paling penting ialah mempercepatakan kadar pembaharuan sel kulit.

Youth Shaklee serum mengandungi 10 kali kepekatan Youth Complex yang bakal dipatenkan dan eksklusif dari Shaklee.

Produk penjagaan kecantikan kulit Youth Shaklee adalah revolusi daripada kuasa botanikal. Diformulasi daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi 100% untuk menangani pelbagai faktor penuaan, termasuklah faktor gaya hidup anda, persekitaran atau proses penuaan semulajadi.

  • Anggur Muscadine : kaya dengan polifenol yang melindungi dan memperbaiki DNA sel kulit, dan menghalang kerosakan kolagen dan elastin
  • Lotus japonicus : mengaktifkan protein youth yang menjana semula sel untuk menghasilkan kolagen, elastin dan fibrilin
  • Ekstrak stem sel epal : mengaktif dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit, serta memperbaiki tisu kulit
  • Ekstrak buah Schisandra chinensis : menyuburkan kulit dengan vitamin dan antioksidan bagi mengekalkan struktur kulit muda
  • Vital Repair Complex : kaya dengan antioksida untuk menghalang kerosakan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel yang sihat

.

youth shaklee serum

10 kali kepekatan Youth Complex bermakna Youth Shaklee serum berupaya memperbaharui sel kulit pada kadar 10 kali ganda lebih cepat!

.

Apa Kata Penggemar Youth Shaklee Serum?

.

“Pengalaman saya dengan Youth. Mula pakai keluar jerawat, menakutkan saya. Pastu sekarang pagi-pagi saya hanya pakai cleanser dan toner je sebab saya rasa berminyak dan glowing sangat muka bila pakai moisturizer dan serum tu. Malam-malam baru apply serum tu dan night cream. So far, parut jerawat semakin pudar. Cuma ada sebiji dua yang degil lagi.” (Dib)

“Haah dah lama ada jeragat. Lepas pakai C+E dan serum dalam 2 minggu macam tu jeragat hilang. Saya ni jenis lepas period naik jerawat yang susah nak turun berbulan-bulan. Tapi Alhamdulillah dah takde jerawat degil lagi menyakitkan tu.” (Yati Abd)

“Saya pakai serum setiap hari siang dan malam (sapu sikit-sikit saja) dan Radiance C+E pula 3 kali seminggu (malam). Alhamdulillah ada perubahan. Parut jerawat berbulan-bulan rawat, sekali pakai Youth sebulan saja dah pudar. Jeragat pun makin pudar.” (Sue Anna)

.

Koleksi testimoni ‘jadi lebih muda’ dengan Youth, boleh klik KOLEKSI TESTIMONI YOUTH ini.

.

Klik gambar ini untuk konsultasi penuh dan order Youth Shaklee =)