faraj kering

Masalah faraj kering ketika bersama suami bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang wanita. Walaupun kebanyakannya menghantui wanita yang telah menopaus, masalah ini juga boleh melanda wanita dari mana-mana peringkat usia walaupun sebelum menopaus.

Ianya bukan sahaja mengganggu hubungan intin suami isteri, tetapi juga mengakibatkan pelbagai ketidakselesaan lain. Sebagai contoh kegatalan faraj, sakit seperti terbakar terutamanya ketika bersama, pendarahan dari faraj, masalah kencing dan boleh merisikokan kepada jangkitan kuman dan kulat.

Secara semulajadinya, dinding faraj wanita adalah lembap kerana adanya lapisan nipis cecair jernih. Penghasilan cecair jernih ini ditentukan oleh kehadiran hormon estrogen. Hormon estrogen juga mengekalkan kesihatan faraj, ketebalan dan keelastikannya.

Faraj kering terjadi bukan sahaja apabila berlakunya kemerosotan paras hormon estrogen contohnya selepas menopause, tetapi juga atas sebab-sebab lain.

.

Punca-punca Faraj Kering

.

Selain faktor penuaan dan menopaus yang berlaku secara semulajadi, berikut adalah antara punca terjadinya faraj kering:

  • selepas melahirkan bayi kerana perubahan hormon
  • wanita yang sedang menyusukan bayi mempunyai paras estrogen yang lebih rendah
  • radioterapi dan kimoterapi (rawatan kanser) yang ‘membunuh’ sel-sel yang menghasilkan cecair faraj
  • pembedahan pembuangan ovari atas indikasi tertentu
  • pengambilan ubat anti-estrogen contohnya untuk merawat masalah ginekologi
  • Sjogren syndrome iaitu sejenis penyakit autoimun yang ‘menyerang’ sel-sel dalam badan yang memberi kelembapan kepada kulit
  • alahan terhadap sesuatu termasuklah penggunaan pencuci faraj, sabun, panty liner dan sebagainya
  • sesetengah ubat anti-depresi
  • meruang (Rujuk entri Meruang Faraj : Perlu Atau Bahaya untuk info lanjut)
  • merokok : mengganggu pengaliran darah menyebabkan berkurangnya oksigen ke faraj, ‘membunuh’ estrogen semuajadi dalam badan wanita
  • foreplay yang tidak cukup sebelum berhubungan intim

.

faraj kering

Awas dengan penggunaan pencuci faraj tanpa nasihat doktor, ianya mungkin punca faraj anda kering!

.

Rawatan Untuk Faraj Kering

.

Jika anda salah seorang yang menghadapi masalah ini, pertamanya, pergilah berjumpa doktor untuk mengenalpasti yang ianya bukan disebabkan sesuatu yang serius. Anda mungkin dinasihatkan untuk melakukan ujian Pap Smear juga sebagai screening untuk kanser serviks.

Antara lain, rawatan untuk masalah ini termasuklah seperti berikut :

.

1# Estrogen Topikal

.

Untuk mengembalikan kelembapan faraj yang disebabkan menurunnya paras estrogen, rawatannya tentulah dengan memberi estrogen semula. Ini boleh dilakukan dengan 3 pilihan di bawah :

  1. Estring – merupakan gelang estrogen lembut dan fleksibel yang dimasukkan ke dalam faraj di mana ia akan melepaskan hormon estrogen secara terus kepada tisu faraj. Gelang ini perlu diganti setiap 3 bulan
  2. Tablet Vagifem – ialah tablet yang mengandungi estrogen yang dimasukkan ke dalam faraj menggunakan alat khas. Di peringkat permulaan, tablet ini perlu dimasukkan sekali setiap hari untuk 2 minggu, kemudiannya 2 kali seminggu sehingga anda tidak memerlukannya lagi
  3. Krim Premarin 

.

faraj kering

Vagifem – tablet yang mengandungi estrogen dimasukkan ke dalam faraj menggunakan alat khas.

.

Oleh kerana rawatan topikal ini menggunakan hormon estrogen, pastilah boleh ada kesan sampingan juga seperti pendarahan faraj dan sakit payudara.

Rawatan ini juga adalah kontraindikasi untuk kes-kes berikut:

  • pesakit kanser payudara atau rahim
  • pendarahan vagina yang tidak ketahuan puncanya
  • ibu mengandung
  • dan ibu menyusu

.

2# Lubricants

.

Lubricants ialah cecair atau gel yang disapu dalam faraj atau penis pasangan anda sebaik sebelum melakukan hubungan intim.

Dengan cara ini, dapat memberi kelembapan segera kepada faraj anda, tetapi kesan itu hanya sementara dan tidak berpanjangan.

Ia boleh didapati dari mana-mana farmasi yang menjualnya tanpa preskripsi doktor. Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis lubricants sehingga menjumpai yang paling sesuai dengan anda.

.

3# Pelembap Faraj (Moisturizers)

.

Pelembap faraj pula ialah krim yang disapukan di dalam faraj untuk melembapkannya.

Kerana kesannya yang lebih berpanjangan berbanding lubricants, ianya boleh disapu sekali dalam masa beberapa hari.

Tips pemilihan pelembap faraj : Pilihlah yang berasaskan air (water-based) kerana pelembap faraj yang berasaskan minyak atau petroleum boleh mengganggu getah pada kondom (jika pasangan menggunakannya) dan kadang kala pula boleh menyebabkan iritasi pada faraj anda.

.

4# Hormone Replacement Therapy (HRT)

.

Bagi wanita yang mengalami kekeringan faraj disebabkan menopaus, anda akan lebih bermanfaat dengan rawatan HRT.

Rawatan ini bukan sahaja membantu masalah faraj kering, tetapi juga membantu menangani simptom-simptom menopaus yang lain.

Untuk HRT, berjumpalah dengan doktor untuk konsultasi lanjut.

.

5# DON’T

.

Selain rawatan topikal, ELAKKAN perkara-perkara yang boleh mengakibatkan faraj menjadi kering seperti meruang, menggunakan pencuci faraj, mandi buih, menggunakan sabun di bahagian faraj (boleh mengganggu mikroflora faraj juga), merokok dan sebagainya.

.

faraj kering

Walaupun anda tidak merokok, jauhi perokok kerana kesan perokok sekunder dan tertier adalah lebih mudarat berbanding perokok itu sendiri.

.

Pemakanan dan Suplemen Untuk Masalah Faraj Kering

.

Tahukah anda, dinding faraj ialah umpama kulit luaran kita. Apa sahaja yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit, ianya baik juga untuk kesihatan faraj.

Jadi, untuk kesihatan dan kecantikan kulit (dan faraj), lakukanlah perkara-perkara berikut:

  • mengamalkan pemakanan seimbang untuk mendapat nutrisi lengkap
  • pastikan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas penuh setiap hari
  • banyakkan sumber makanan yang kaya dengan estrogen (lihat video di bawah untuk senarai makanan) dan antioksidan (vitamin A, C dan E)

.

.

Sekiranya anda berminat untuk mengambil suplemen sebagai pelengkap nutrisi untuk masalah ini, berikut ialah produk-produk cadangan :

  • ESP : susu soya semulajadi nonGMO (tidak diubah genetik) yang kaya dengan phytoestrogen yang menyerupai estrogen
  • Vitalea : mutivitamin multimineral lengkap untuk mengisi lompong nutrisi harian (2 tablet Vitalea bersamaan dengan zat dari 40 jenis lauk pauk!)
  • SR Vita C Plus : dengan sistem “sustained release” membekalkan 500mg vitamin C untuk 5 jam secara berterusan
  • Vita E Complex : antioksidan yang membantu melembapkan faraj, daripada ekstrak biji anggur yang menyediakan vitamin E semulajadi (susah nak jumpa suplemen vitamin E semulajadi sekarang)
  • Carotomax : prekursor vitamin A yang baik untuk kesihatan kulit dan membantu melembapkan faraj
  • GLA Complex : mengandungi gamma linoleic acid yang membantu melembapkan faraj (“adik-beradik” EPO ni)
  • Alfalfa Complex : sebagai jamu dan kacip fatimah moden

.

Nota kaki : Admin mengaku admin ‘seriau’ nak masukkan benda-benda dalam faraj. So, nak senang jaga pemakanan dan amalkan suplemen lah. =)

Disclaimer : Produk-produk ini BUKAN bertujuan mendiagnos, mengubat, merawat atau mencegah sesuatu penyakit.