resepi bubur asyura

Rasanya masih belum terlambat untuk buat bubur Asyura kan, walaupun Hari Asyura dah berakhir beberapa hari lepas.

Kali ini, Ain buat bubur ni sebab nak tunaikan permintaan mak yang teringin nak makan bubur Asyura. Asalnya, mak request nak join kalau-kalau group taman ada nak buat bubur ni. Tapi sunyi ja group dari topik ni. Hihihi…

Jadi, pertama kali dalam hidup, Ain pun google la resepi bubur Asyura kat internet. Ada lah beberapa resepi yang Ain go through. Tapi paling berkenan hat resepi dari blog Sajian Dapur Bonda.

Terima kasih banyak puan punya blog Sajian Dapur Bonda. Ain tiruvasi resepi akak yang baik hati ya.

Meh kita tengok apa jadi haha.

.

Bahan-bahan Dalam Resepi Bubur Asyura Stail Utara

.

Resepi asal macam agak banyak untuk Ain kacau sorang-sorang. So Ain bahagikan kuantiti bahan-bahan menjadi satu per empat sahaja. Resepi asal bubur Asyura ni korang boleh tengok kat entri Resepi Bubur Asyura Utara ni ya.

Di bawah ni ialah resepi yang telah di-ubahsuai. Nanti Ain bagitau kalau ikut resepi ni dapat banyak mana ya.

Bahan-bahan A :

  • Tepung beras 250gram
  • Tepung jagung 50gram
  • Pisang 500gram (Ain guna pisang cavendish)
  • 250ml santan (Ain beli dalam kotak je)
  • Susu cairĀ 1/4 tin
  • Jagung manisĀ 1/4 tin
  • Gula pasit 250gram
  • Gula merah 125gram
  • Sagu putih 200gram
  • Garam secukup rasa
  • Perasa pandan (kalau ada daun pandan lagi bagus)

.

Bahan-bahan B :

  • Kacang hijau 200gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang kuda 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang ketupat 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang soya 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang merah ABC 75gram
  • 75gram jagung
  • Ubi keledek kuning 250gram

.

resepi bubur asyura

Pebagai jenis kekacang dalam resepi bubur Asyura stail utara.

.

Cara-cara Membuat Bubur Asyura Stail Utara

.

  1. Pisang dibuang kulit dan dipotong dadu lebih kurang lebar setengah inci. Asingkan.
  2. Ubi keledek juga dipotong dadu.
  3. Rebus semua bahan B secara berasingan sehingga lembut. Kecuali bagi ubi keledek, rebus sampai 3/4 empuk sahaja dan airnya jangan buang. Nak digunakan untuk bancuh tepung.
  4. Sagu direndam sehingga kembang, kemudiannya dibersihkan dan ditoskan.
  5. Dalam satu periuk, campurkan gula pasir dan gula merah bersama air secukupnya untuk melarutkan gula. Kemudian ditapis (Ain tak tapis pun hehe).
  6. Di dalam bekas yang lain pula, masukkan tepung beras, tepung jagung, santan, susu cair, air rebusan keledek, dan larutan gula tadi untuk digaul sebati.
  7. Bila dah sebati, sama ada tapis adunan ini (mak Ain kata orang dulu-dulu tapis guna kain) untuk menghaluskan adunan, ataupun blender sahaja. Of course Ain pilih blender hehe.
  8. Lepas tu masukkan dalam periuk besar untuk dikacau di atas api yang sederhana besar.
  9. KENA pastikan sentiasa ada orang yang mengacau bubur ini sampai siap. Kalau tak, adunan boleh melekat di dasar periuk dan hangit!
  10. Apabila adunan dah separuh pekat, masukkan semua bahan B yang telah direbus dan kacau lagi sehingga lebih pekat.
  11. Apabila sudah 3/4 pekat, masukkan pula pisang, jagung tin dan sagu. Kacau sehingga masak.
  12. Tips yang akak ni share untuk tahu sama ada adunan sudah masak atau tidak ialah : letakkan sedikit adunan di atas piring dan sejukkan. Kalau tak melekat tu kira cun lah.
  13. Akhir sekali, tutup api, sejukkan adunan dan masukkan dalam bekas-bekas kecil. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dimakan.
  14. Bubur Asura utara ni memang agak pekat dah nak macam agar-agar tu. Dipenuhi kekacang dan enak dimakan sebagai pencuci mulit.

.

resepi bubur asyura

Kalau follow resepi yang telah diubah suai ni, Ain dapat 5 bekas ni. Sila abaikan rupa bubur ni ya. Orang amatur ja yang membuatnya. Yang penting sedap walaupun lenguh tangan mengacau bubur ni sampai pekat.

Selamat mencuba! =)

Nak cuba resepi masakan lain yang pernah Ain cuba buat yang mudah dan senang?

Boleh rujuk Resepi Makanan untuk tengok koleksi Ain.