resepi makanan bayi 6 bulan

Resepi Makanan Bayi 6 Bulan

Sebaik bayi berusia 6 bulan, susu ibu masih merupakan sumber utama tenaga dan nutrien. Tetapi ketika ini, susu ibu sahaja sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrisi bayi yang semakin membesar. Saat inilah anda perlu memperkenalkan kepada mereka makanan pejal dari pelbagai sumber dari semua kumpulan makanan.

Anda juga harus tahu yang perut bayi saiznya kecil. Mereka perlukan amaun yang kecil sahaja setiap kali diberi makanan. Lebih kurang 1-2 sudu kecil tiap kali makan. Semakin mereka membesar, akan semakin membesar juga perut mereka, barulah mereka boleh menerima amaun yang lebih besar.

Untuk bayi 6 bulan, antara syarat-syarat pemilihan makanan ialah makanan itu mestilah lembut dan mempunyai tekstur yang sangat halus.

Elakkan memberi makanan yang dikisar terlalu cair kerana makanan yang terlalu cair kurang padat nutrisinya (lebih air). Untuk mengetahui sama ada tekstur makanan untuk bayi 6 bulan adalah sesuai atau tidak, makanan itu adalah cukup likat sehingga tidak mudah terjatuh dari sudu (seperti mashed potato).

Dan setiap resepi makanan bayi 6 bulan, pastikan semuanya dikisar halus supaya mudah diserap oleh usus bayi.

Puri pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran sangat sesuai diperkenalkan kepada bayi 6 bulan.

.

Sumber Makanan Pilihan Untuk Bayi

.

Agar bayi anda mendapat zat yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhannya, pastikan setiap menu utama mengandungi semua kumpulan makanan.

Menu utama ialah sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Semua kumpulan makanan termasuklah karbohidrat, protein, serat dan air.

Antara sumber makanan yang boleh dipilih ialah seperti berikut:

  1. Karbohidrat : nasi/bubur, roti, kentang
  2. Protein : ikan, ayam, tofu
  3. Serat (sayur-sayuran) : lobak merah, ubi keledek, sawi, bayam, seleri, etc
  4. Serat (buah-buahan) : epal, pir, avokado, aprikot, pisang, mangga, labu
  5. Air kosong sahaja

.

Untuk permulaan, sebaiknya anda memperkenalkan satu-satu jenis makanan setiap kali. Berikan makanan yang sama selama 3-4 hari berturut-turut untuk mengenalpasti sekiranya bayi anda mempunyai alahan terhadap sesuatu makanan.

Contohnya, untuk 4 hari pertama berikan bayi anda bubur nasi sahaja. 4 hari seterusnya (hari ke 5-8), boleh ‘challenge’ dengan brokoli pula (kisar halus bubur nasi dan brokoli). 4 hari seterusnya (hari ke 9-12) bolehlah cuba kentang pula (kisar halus bubur nasi, brokoli dan kentang). Jika anda mahu memperkenalkan buah pula, hari ke 13-16 teruskan sahaja bubur nasi, brokoli dan kentang tadi, serta berikan puri epal contohnya sebagai snek. Mudah kan?

makanan ucu 6 bulan

Pisang yang dimasukkan ke dalam fruit feeder untuk melatih Ucu makan sendiri.

.

Tahukah anda, bayi juga memerlukan sejumlah kecil lemak ‘baik’ untuk perkembangan otak, mata dan sendi. Anda boleh memilih untuk menambahkan minyak ‘sihat’ seperti minyak zaitun ke dalam makanan bayi anda. Sesudu kecil sehari sudah mencukupi untuk bayi 6 bulan.

Makanan yang perlu dielakkan pula ialah:

  • garam dan gula
  • perisa tambahan termasuk MSG, apa jua jenis sos dan kicap
  • makanan segera
  • makanan proses seperti hotdog, nuget, bebola ikan dan lain-lain
  • jajan

.

Koleksi Resepi Makanan Bayi 6 Bulan

.

Berikut ialah antara koleksi makanan yang saya sediakan untuk anak saya ketika berusia 6 bulan. Semuanya dikisar halus sebelum diberi kepada bayi.

makanan ucu 6 bulan

Pisang lenyek halus

.

Nasi, kentang, brokoli. Rebus kesemuanya kemudian kisar halus.

.

makanan ucu 6 bulan

Nasi, isi ikan, lobak merah. Rebus sehingga lembut dan kisar halus.

.

makanan ucu 6 bulan

Nasi, isi ikan, kubis ungu. Sama juga rebus kesemuanya dan kisar halus. Kubis ungu ini anak saya tak berapa suka haha.

.

Sebagai penutup, parents jangan mudah mengalah jika bayi hanya makan sesuap dua di peringkat permulaan ini. Bayi 6 bulan makan sedikit setiap kali adalah NORMAL.

Apa yang lebih penting ialah terus memperkenalkan pelbagai resepi makanan kepada bayi. Penting sangat fasa permulaan ini supaya nanti-nanti tidaklah mereka membesar sebagai picky eater.

Omega Guard telah menjalani proses penyulingan berperingkat untuk menapis bahan berbahaya dan mendapatkan minyak ikan ultra tulen.

Setiap kapsul mengandungi DHA & EPA berkepekatan tinggi sehingga 90% yang diperlukan untuk perkembangan otak, mata dan sendi bayi.

Hubungi saya untuk pertanyaan dan order.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth