faktor penuaan

Pernahkah kita terfikir kenapa semakin hari kita semakin tua? Kenapa berlakunya proses penuaan dan bagaimana ianya berlaku? Adakah cara untuk melambatkan proses penuaan ini?

Proses penuaan (aging) ialah suatu proses kompleks yang berlaku secara semulajadi melibatkan setiap molekul, sel dan organ. Yang mana ini seterusnya pasti akan mempengaruhi fungsi-fungsi badan kita.

Terdapat dua jenis umur kita.

Pertamanya ialah umur kronologikal (chronological age) yang bertambah setiap tahun.

Keduanya ialah umur biologikal (biological age) yang bermaksud penuaan sel. Penuaan sel akan mempengaruhi proses duplikasi dan fungsinya.

Mereka yang kelihatan lebih tua dari usia adalah disebabkan 3 perkara – genetik, cara hidup, dan nutrisi seharian.

Seterusnya, Ain kongsikan 4 cara bagaimana sel kita mengalami proses penuaan.

.

FAKTOR PENUAAN : SEL KITA SEMAKIN TUA DISEBABKAN 4 PERKARA INI

.

1# Kerosakan DNA

Seperti kad memori telefon pintar kita, DNA menyimpan maklumat genetik kita.

Ianya boleh mengalami kerosakan disebabkan kehadiran toksin dan proses pengoksidaan. Anda yang tidak terdedah dengan semua ini juga tidak terkecuali kerana proses metabolisma yang normal juga boleh merosakkan DNA.

“Tahukah anda, kira-kira 1 juta (1 million) DNA kita rosak setiap hari?”

DNA yang telah rosak ini seterusnya akan mengalami proses replikasi di mana kerosakan yang di-“copy-paste” akan terhasil. Maka, terbentuklah sel dengan DNA rosak yang berkumpul dari hari ke hari.

Lama-kelamaan, sel ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik lagi.

Ya. Memang terdapat mekanisma semulajadi badan yang berupaya untuk memperbaiki kerosakan DNA. Tetapi apabila kerosakan adalah melebihi keupayaan untuk memperbaiki ini, akan terjadilah kematian sel secara pramatang.

faktor penuaan

Proses replikasi DNA yang rosak mengakibatkan pengumpulan sel-sel dengan DNA rosak yang lama-kelamaan menyebabkan sel itu mati.

.

2# Pengawal Genetik

Pengawal genetik (genetic regulators) menjalankan fungsi-fungsi berikut:

  • menyeimbangkan kerosakan dan pembaikan DNA
  • menyeimbang penghasilan tenaga dan kemerosotannya
  • mengawal jangka hayat sel

Kerosakan terhadap genetic regulators dari hari ke hari boleh berlaku, merisikokan kita terhadap penyakit-penyakit seperti kanser, kerosakan buah pinggang dan nyanyuk.

.

3# Mitokondria

Sebagaimana suis di rumah yang apabila ditekan akan menjana elektrik untuk lampu dan kipas contohnya, mitokondria ialah pusat janakuasa yang terletak di dalam setiap sel.

Mitokondria menukarkan karbohidrat, lemak, protein dari makanan yang kita makan kepada tenaga.

Kerosakan oleh proses oksidasi ke atas mitokondria dan DNA akan menyebabkan sel kekurangan tenaga. Ini lama-kelamaan boleh membawa kepada penyakit jantung, arthritis dan Alzheimer.

.

faktor penuaan

Setiap sel dalam badan kita mengandungi mitokondria. Kerosakan mitokondria lama-kelamaan menyebabkan sel-sel kekurangan tenaga dan terjadilah kemerosotan fungsi organ-organ.

.

4# AGE Protein

Saintis percaya, dari semasa ke semasa terdapat pengumpulan protein ‘jahat’ yang dipanggil advanced glycation end products (AGE protein).

Pengumpulan protein AGE boleh mengakibatkan tersumbatnya salur arteri (atherosclerosis), kencing manis dan kerosakan buah pinggang.

“Berjuta-juta dolar telah dibelanjakan untuk penyelidikan tentang penuaan ini. Sebagai contoh, National Institute of Aging sendiri telah membelanjakan kira-kira 2.4 bilion dolar pada tahun 2007 sahaja!”

faktor penuaan

Proses replikasi DNA yang rosak mengakibatkan pengumpulan sel-sel dengan DNA rosak yang lama-kelamaan menyebabkan sel itu mati.

.

BAGAIMANA PULA PENEMUAN SAINTIS TENTANG CARA UNTUK MELAMBATKAN PENUAAN?

.

Untuk MENCEGAH penuaan adalah MUSTAHIL, tapi kita boleh melambatkannya.

Berdasarkan kajian makmal, 5 cara ini mampu melambatkan proses penuaan dari berlaku:

  1. mencegah kerosakan DNA
  2. menyokong proses baikpulih DNA
  3. mempengaruhi genetic regulators
  4. mempengaruhi biogenesis mitokondria
  5. mengurangkan pengumpulan protein AGE

.

Kajian Polifenol

Polifenol merupakan fitonutrien semulajadi yang dijumpai di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan.

Beribu-ribu kajian menyokong bahawa polifenol memiliki sifat antioksida dan antiradang.

Resveratrol, ialah salah satu polifenol yang powerful yang boleh dijumpai di dalam anggur, yang juga boleh mempengaruhi proses penuaan sel kita.

Ini telah terbukti di dalam kajian yang mendapati, sel-sel yang ‘dirawat’ dengan resveratrol bukan sahaja lebih kebal daripada kerosakan DNA, malah lebih berkesan di dalam baik pulih DNA.

Di dalam kajian yang lain pula mendapati, beberapa polifenol yang lain menggalakkan penghasilan tenaga di dalam sel.

Polifenol juga didapati berkesan melindungi dari sindrom metabolik (metabolic syndrome).

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2006 oleh Dr.Davis dari Universiti Harvard pula mendapati, resveratrol mempunyai kesan positif terhadap diet tinggi lemak dan mengurangkan pembentukan kerintangan terhadap insulin.

Antara lain, polifenol juga didapati mengehadkan penghasilan protein AGE. Yang mana ini adalah baik untuk kesihatan sel.

faktor penuaan

Anggur Muscadine didapati merupakan sumber yang kaya dengan resveratrol. Anggur istimewa ini memiliki kromosom ekstra yang dipercayai juga mempunyai antioksida ekstra yang bermanfaat untuk menangani faktor-faktor penuaan sel.

.

Kesimpulannya, masih belum terlambat untuk anda berubah untuk melambatkan proses penuaan.

Penuaan bukan sahaja menjadikan kita nampak TUA, tetapi apa yang lebih membimbangkan ianya boleh menyebabkan penyakit-penyakti seperti yang telah disebutkan.

Bagi mencegah atau melambatkan proses penuaan, National Institute of Aging menyarankan perkara-perkara di bawah:

  1. penjagaan nutrisi harian yang seimbang dan sihat
  2. cara hidup sihat
  3. berhenti merokok dan elakkan perkara-perkara lain yang mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan

.

Sebagai penutup, mari kita dengar penerangan Jamie Mc Manus, MD, FAAFP yang merupakan Chairman Medical Affairs, Health Sciences & Education, Shaklee Corporation.