sakit leher

Sakit leher ialah salah satu sakit muskuloskeletal

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Sakit leher merupakan antara sakit muskuloskeletal yang kerap terjadi. Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mengalaminya, sama ada sakit ringan atau sakit yang kuat.

Musculo– bermaksud otot (muscles), manakala skeletal pula bermaksud tulang.

Bahagian tubuh kita yang mana satu pun yang mengalami kesakitan, dalam kebanyakan kes, senaman yang betul mampu membantu mengurangkan kesakitan dan memberi kelegaan.

Oleh kerana entri sebelum ini saya kongsikan tentang sakit tengkuk atau neck spasm, jadi kali ni saya sambung tentang senaman ringkas yang boleh anda lakukan setiap hari atau pada bila-bila masa sahaja di rumah jika mengalami masalah ini.

.

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

.

Untuk makluman, senaman-senaman yang akan dikongsikan ini akan membuatkan leher anda berasa sedikit tegang. Tak perlu bimbang kerana ini adalah ‘normal’.

Namun, sekiranya anda berasa sakit yang melampau dengan mana-mana pergerakan di bawah, berhentilah segera dari senaman ini dan terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan teliti untuk mengenalpasti yang ianya bukan berpunca dari masalah yang lebih serius.

Senaman-senaman ini mudah sahaja untuk dilakukan. Kalau anda masih ingat, semasa Pendidikan Jasmani di sekolah, senaman-senaman inilah yang kita lakukan sewaktu memanaskan badan sebelum apa-apa aktiviti sukan. Mari kita refresh!

.

Senaman Leher

sakit leher

  1. Bermula dengan kepala memandang tegak ke hadapan, dengan belakang yang lurus.
  2. Tundukkan kepala anda ke hadapan perlahan-lahan sehingga anda dapat merasakan tegang di belakang leher anda. Tahan kedudukan ini dengan kiraan 10. Kembali ke posisi asal kepala.
  3. Kemudian dongakkan kepala ke belakang sehingga anda merasakan tegang di hadapan leher anda. Tahan lagi dengan kiraan 10. Kemudian kembali ke posisi asal.
  4. Seterusnya, lentokkan kepala anda ke kanan sehingga merasakan tegang di bahagian kiri leher. Tahan selama 10 kiraan. Dan kemudian kembali ke posisi asal.
  5. Begitu juga dengan lentokan kepala ke sebelah kiri.
  6. Anda boleh ulang senaman leher ini contohnya sehingga 5-10 set.
  7. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan tangan anda untuk menolak kepala ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan.

.

Senaman Pusing Leher

  1. Bersambung dari senaman tadi, anda boleh memusingkan kepala perlahan-lahan mengikut arah jam sebanyak 7-10 pusingan.
  2. Kemudian, pusing kepala perlahan-lahan mengikut arah lawan jam pula.

.

Senaman Bahu

Anda juga boleh melakukan senaman bahu untuk berusaha melegakan sakit leher anda. Berdasarkan anatomi tubuh, otot yang ‘attach’ pada bahu juga melalui bahagian leher kita. Jadi, otot bahu yang sihat juga mempengaruhi masalah berkaitan leher.

  1. Senaman ini lebih selesa dilakukan dalam keadaan berdiri.
  2. Angkat bahu anda dan pusingkan ke belakang sebanyak 10 kali.
  3. Kemudian pusingkan ke hadapan pula sebanyak 10 kali.
  4. Boleh ulang buat sehingga 5-10 set.

.

Sakit leher yang berlanjutan terutamanya yang turut mempunyai simptom-simptom lain seperti kebas tangan, kekuatan tangan terganggu dan fungsi tangan terjejas, dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sakit leher juga boleh berpunca dari masalah kesihatan tertentu.

sakit leher

Sakit leher yang berpanjangan mungkin berpunca dari masalah yang lebih serius.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth