Makanan ibu menyusu merupakan faktor penting bukan sahaja untuk kesihatan fizikal dan mental si ibu, tetapi juga untuk menampung keperluan menghasilkan susu ibu untuk si manja.

Apa yang diambil oleh si ibu, kebanyakannya akan tersalur kepada bayi melalui susu ibu. Sebab itulah Keperluan Nutrisi Ibu Menyusu lebih tinggi berbanding wanita yang tidak menyusukan.

Berikut adalah saranan sumber makanan untuk ibu menyusu untuk tujuan yang telah disebutkan:

makanan ibu menyusu

.

Saranan Makanan Ibu Menyusu

.

  • TELUR

Telur merupakan sumber yang baik untuk memenuhi keperluan protein badan ibu menyusu, selain juga merupakan sumber vitamin D yang membantu pembentukan tulang bayi.

  • PRODUK TENUSU RENDAH LEMAK

Sumber makanan seperti keju dan susu mengandungi kalsium yang diperlukan untuk pembentukan dan perkembangan tulang bayi. Untuk ibu menyusu pula, kalsium penting untuk mengekalkan kesejahteraan kesihatan.

  • AIR KOSONG

Amat penting ibu menyusu mendapatkan air kosong secukupnya untuk menyokong penghasian susu ibu dan agar ibu kekal hidrat dengan baik.

  • DAGING

Jangan skip pengambilan daging seperti ayam, ikan dan lembu kerana membekalkan nutrien penting untuk ibu menyusu dan bayi yang disusukan.

  • BUAH-BUAHAN

Nak dapatkan sumber makanan tinggi antioksidan, vitamin dan mineral penting, amalkan buah-buahan pelbagai warna setiap hari.

  • SAYURAN HIJAU BERDAUN

Sayur-sayuran terutamanya yang berwarna hijau pula mengandungi simpanan pelbagai vitamin seperti vitamin A, vitamin C, kalsium dan antioksidan.

  • BIJIRIN PENUH

Bijirin penuh merupakan sumber kebanyakannya diperkaya nutrien penting seperti protein, vitamin, zat besi dan mineral lain.

  • KEKACANG

Kekacang pula sumber yang kaya dengan protein dan zat besi, Amat digalakkan pengambilan untuk ibu menyusu terutamanya ibu menyusu yang vegetarian.

Walau bagaimanapun, terdapat kekacang yang boleh mengganggu sistem penghadaman jadi ambillah dalam kadar sederhana sahaja.

Kesimpulannya, ibu menyusu perlu memenuhi keperluan nutrisi harian bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk menghasilkan susu badan yang mencukupi serta nutrisi untuk si manja jua.

.

makanan ibu menyusu

“Alhamdulillah rasa energetic skit after consume Vitalea dan Ostematrix. Jannah selalu bangun untuk pam tengah malam. Before ni selalu terlajak untuk pam. Memang takkan dengar alarm. Sebab terlalu penat. Since consume Shaklee ni jadi macam senang dan alert pada alarm untuk bangun. Tak tipu. Haha. Somehow even tak take a nap masa lunch time dekat office pun, bila balik rumah tu badan rasa ok skit compared to dulu.”