senaman kempiskan perut buncit dalam seminggu

Senaman Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu | Tahukah anda, sebahagian besar perut kita dilapisi otot besar yang dipanggil rectus abdominis?

Otot ini berhubungan dengan bahagian tulang punggung kita.

Dan tahukah anda, kira-kira 40% berat badan kita adalah dari berat kedua kaki kita?

So, senaman terbaik ialah mengangkat dan menurunkan bahagian kaki anda.

Dengan senaman-senaman seperti di dalam gambar, gerakan kaki akan mempengaruhi bahagian perut anda. Sekaligus akan mengempis dan memberikan tona yang lebih baik kepada perut yang geleber.

.

Bagaimana Senaman Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu Ini Dilakukan?

.

Dalam senaman ini, terdapat enam gerakan kaki.

Untuk setiap senaman, anda perlu lakukan gerakan sehingga anda dapat merasakan regangan di bahagian perut.

Setelah itu, lakukan lagi sebanyak 5 kali untuk setiap gerakan.

Bagi melengkapkan senaman ini, selesaikan sahaja semua senaman mengikut step yang tertulis.

Bersenam secara konsisten pasti akan menghasilkan perut flat seperti yang anda impikan.

.

senaman kempiskan perut buncit dalam seminggu

.

Walau bagaimanapun, senaman-senaman ini fokus kepada bahagian perut sahaja.

Jadi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. senaman ini sahaja semestinya tidak mencukupi.

Anda perlu konsisten menjaga pemakanan, mengamakan senaman kardio dan seluruh badan untuk efek yang berkesan.

Jangan lupa untuk detox kerana inilah ‘kunci masuk’ untuk kurus dengan efektif.

Boleh rujuk entri Manfaat Detox yang pernah Ain share-kan.

Entri asal dan tips-tips kurus lain, anda boleh juga terjah https://www.christinacarlyle.com/

.

10 Tips Lain Untuk Kempiskan Perut Buncit

.

Antara lain, anda boleh juga mencuba 10 tips berikut untuk menyokong usaha anda mengempiskan perut yang buncit:

  1. Makan 6 kali sehari dengan konsep “sedikit-tapi-kerap”
  2. Kunyah 40 kali seperti yang disarankan Rasulullah SAW
  3. Minum segelas air sebelum makan
  4. Mengambil sayur-sayuran dan/atau buah-buahan sahaja sebagai snek
  5. Mengamalkan pemakanan seperti dalam entri Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat Dan Selamat
  6. Jangan skip menu utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam
  7. Makan malam selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur, sebaik-baiknya sebelum 8 malam
  8. Elakkan makanan segera, makanan yang diproses, minuman manis dan air berkarbonat
  9. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, setengah jam setiap sesi
  10. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari

Semoga bermanfaat dan selamat berjaya. 🙂

Detoksifikasi, ialah proses membersihkan tubuh dari toksin yang memudaratkan, dan menggantikan ia dengan nutrisi seimbang yang bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh.

8 manfaat detoksifikasi ialah seperti berikut:

  1. Membantu menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
  2. Melegakan perut kembung dan masalah sembelit.
  3.  Meningkatkan tenaga.
  4. Mengurangkan ketagihan terhadap kafein, manis dan lain-lain.
  5. Memperbaiki kesihatan kulit.
  6. Membantu mengurangkan tekanan.
  7. Menguatkan sistem imun badan.
  8. Memperbaiki kualiti tidur.

Hubungi saya untuk dibantu cara detoksifikasi yang betul dan berkesan.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth