senaman kempiskan perut

Kalau dapat buat senaman yang bukan sahaja dapat kempiskan perut, tetapi juga memberi banyak manfaat kesihatan lain, why not kan?

Senaman “High-Intensity Interval Training” (HIIT) melibatkan beberapa senaman intensif yang menaikkan denyutan jantung dalam masa yang singkat, diselang-selikan dengan tempoh masa ‘bertenang’ dengan senaman yang lebih rendah intensitinya. HIIT boleh melibatkan apa jua aktiviti termasuklah berlari, berbasikal, melompat dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda boleh mengayuh basikal yang tidak bergerak dengan kayuhan yang laju mengatasi rintangan yang tinggi selama 30 saat. Kemudiannya, ‘berehat’ dengan berkayuh lebih perlahan dengan rintangan yang lebih rendah selama beberapa minit.

Anda cuma perlu mengulang kayuhan intensif dan kayuhan perlahan ini untuk 4 hingga 6 kitaran untuk mendapat satu senaman HIIT yang lengkap.

Tempoh masa senaman HIIT pua ialah antara 10 hingga 30 minit.

Walaupun senaman HIIT ini dilakukan dalam masa yang lebih singkat, dikatakan ianya dapat memberi manfaat kesihatan yang sama dengan senaman intensiti sederhana yang lain. (1, 2)

Jadi, sekarang anda tidak sepatutnya beralasan “tak ada masa” lagi untuk bersenam. ­čÖé

.

7 Manfaat HIIT Selain Sebagai Senaman Kempiskan Perut

.

1# HIIT Membakar Kalori Yang Banyak Dalam Masa Yang Singkat

.

Berdasarkan kajian ini, senaman HIIT mampu membakar lebih banyak kalori berbanding senaman tradisional yang lain. Dan senaman HIIT juga mampu membakar jumlah kalori yang sama tetapi dalam masa yang lebih singkat.

.

2# Kadar Metabolisma Lebih Tinggi Lebih Lama Selepas Senaman HIIT

senaman kempiskan perut

Berbanding dengan senaman ‘tradisional’, senaman HIIT meningkatkan metabolisma lebih tinggi dan lebih berpanjangan walaupun selepas selesai bersenam.

Lihat saja graf di atas. Graf berwarna hitam menunjukkan kadar metabolisma meningkat semasa senaman ‘tradisional’ dan kembali ke paras normal selepas selesai bersenam.

Manakala graf berwarna merah menunjukkan kadar metabolisma semasa dan selepas senaman HIIT yang meningkat lebih tinggi dan lebih berpanjangan. Dengan ini, dapat membakar lebih banyak kalori daripada senaman biasa seperti yang terbukti di dalam kajian ini,

Dalam kajian lain pula, mendapati 2 minit senaman HIIT dalam bentuk ‘sprints’ dapat meningkatkan metabolisma dalam 24 jam yang mana ini bersamaan dengan berlari selama 30 minit.

.

3# HIIT Membantu Menghilangkan Lemak!

.

Ya. Apa jua jenis senaman boleh membantu menghilangkan lemak sekiranya dilakukan secara konsisten.

Tetapi berdasarkan kajian, seseorang yang melakukan senaman HIIT sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi, kehilangan 2 kg dalam 12 minggu, tanpa perlu mengubah corak pemakanan atau diet.

Lebih penting untuk kesihatan lagi, senaman HIIT ini juga terbukti mampu menurunkan lemak visceral, iaitu lemak yang mengelilingi organ-organ dalaman. Lemak visceral yang tinggi membawa pelbagai risiko kerosakan organ. Paling membahayakan semestinya serangan jantung.

.

4# Sesetengah Orang Juga Mampu Meningkatkan Jisim Otot Dengan HIIT

.

Sekiranya sebelum ini anda di kalangan mereka yang tidak atau kurang aktif, dengan melakukan senaman HIIT anda mungkin akan berjaya meningkatkan jisim otot anda.

Namun berdasarkan kajian, ini tidak berlaku kepada mereka yang sememangnya sudah sedia aktif sebelum melakukan senaman HIIT.

senaman kempiskan perut

.

5# HIIT Memperbaiki Penggunaan Oksigen

.

Penggunaan oksigen (oxygen consumption) di sini bermaksud kebolehan otot menggunakan oksigen yang mana kebiasaannya diperoleh daripada senaman endurance.

Senaman endurance ialah senaman yang meningkatkan denyutan jantung dan kadar pernafasan seperti berlari untuk jangka masa yang panjang pada kelajuan yang sama.

Dengan HIIT juga, anda masih boleh memperbaiki penggunaan oksigen ini pada kadar yang sama walaupun senaman ini dilakukan untuk tempoh yang lebih singkat.

.

6# Menurunkan Tekanan Darah dan Nadi

Berita baik buat anda yang mengalami masalah berat badan berlebihan (overweight) dan obesiti. Kerana berdasarkan kajian, HIIT membantu menurunkan tekanan darah dan denyutan nadi jika dilakukan secara konsisten.

Perubahan ini tidak dijumpai pada mereka yang mempunyai berat badan ideal.

.

7# Menurunkan Paras Gula Dalam Darah

.

Bagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan paras gula darah pula, senaman HIIT terbukti berkesan untuk ini.

Bukan sahaja berkesan ke atas mereka yang menghidap kencing manis, tetapi juga ke atas mereka yang sihat tidak menghidap kencing manis.

senaman kempiskan perut

Macam mana nak mula senaman HIIT?

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat