Set Hamil Shaklee : Kenapa ramai ibu hamil memilihnya? Mari kita fahami dahulu tentang nutrisi ibu hamil.

Penting untuk kita mengamalkan pemakanan seimbang lebih-lebih lagi bagi seorang ibu hamil, kerana apa yang dimakan, itulah sumber utama nutrisi buat si manja yang dikandungkan.

Ibu hamil memerlukan makanan seimbang untuk menampung peningkatan keperluan nutrisi, menyokong perkembangan janin serta mengekalkan berat badan yang sihat.

.

Nutrisi Utama Yang Diperlukan Ibu Hamil dan Janin

.

The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) menyarankan nutrisi utama berikut untuk menyokong kehamilan yang sihat:

  1. KALSIUM
    • Untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat.
    • Saranan pengambilan sebanyak 1,000mg (14-18 tahun) atau 1,300mg (19-50 tahun) kalsium sehari.
    • Sumber utama : susu, keju, yogurt, sardin, sayur berdaun hijau.
  2. ZAT BESI
    • Membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen kepada bayi.
    • Saranan sebanyak 27 mg sehari.
    • Sumber utama : daging merah, ikan, kekacang, jus prune, cereal yang diperkaya zat besi.
  3. IODINE
    • Penting untuk perkembangan otak yang sihat.
    • Saranan pengambilan sebanyak 220mcg sehari).
    • Sumber utama : garam ber-iodin, produk tenusu, daging, telur, makanan laut.
  4. KOLIN
    • Penting untuk pembinaan dan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi.
    • Saranan pengambilan 450 mg sehari.
    • Sumber utama : Susu, hati lembu, telur, kekacang, produk soya.
  5. VITAMIN A
    • Membentuk kulit dan penglihatan yang sihat.
    • Saranan pengambilan sebanyak 750mcg (14-18 tahun) atau 770mcg (19-50 tahun).
    • Sumber utama : lobak merah, sayur berdaun hijau, daging.
  6. VITAMIN C
    • Menggalakkan kulit, gigi, gusi dan tulang yang sihat.
    • Menyokong sistem imun ibu hamil.
    • Saranan pengambilan 80mg (14-18 tahun) atau 85mg (19-50 tahun).
    • Sumber utama : buah-buahan sitrus, brokoli, tomato, strawberi.
  7. VITAMIN D
    • Membantu membina tulang dan gigi bayi.
    • Saranan pengambilan harian sebanyak 600 IU.
    • Sumber utama : matahari pagi, makanan yang diperkaya vitamin D, sardon, salmon.
  8. VITAMIN B6
    • Penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen.
    • Membantu tubuh menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada teanga
    • Saranan pengambilan 1.9mg sehari.
    • Sumber utama : pisang, lembu, hati, cereal whole grain.
  9. VITAMIN B12
    • Membantu membina sel darah merah.
    • Mengekalkan kesihatan saraf.
    • Saranan pengambilan harian sebanyak 2.6mcg.
    • Sumber utama : daging, ikan, susu
    • Vegetarian biasanya kekurangan vitmin B12 dan disarankan mengambil suplemen.
  10. ASID FOLIK
    • Mencegah kecacatan tiub neural bayi.
    • Menyokong perkembangan dan pertumbuhan bayi dan uri.
    • Saranan pengambilan sebanyak 600mcg sehari.
    • Sumber utama : cereal yang diperkaya asid folik, kekacang, jus oren, sayur berdaun hijau. 
    • Disarankan juga mengambil vitamin asid folik sebanyak 400mcg sehari.
    • Sebaiknya diambil paling kurang 3 bulan sebelum kehamilan (semasa merancang kehamilan).
  11. OMEGA-3
    • Menyokong perkembangan otak dan mata bayi sebelum dan setelah bayi dilahirkan.
    • Berdasarkan kajian, kekurangan omega-3 semasa kehamilan dikaitkan dengan risiko postpartum depression (meroyan)
    • Saranan pengambilan sebanyak 2 hidangan ikan seminggu.
    • Sumber lain selain ikan : brokoli, kubis bunga, kekacang, bayam.

.

omega untuk ibu hamil

Ibu hamil perlu menitikberatkan keperluan nutrisi bukan sahaja untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk janin di dalam kandungan.

.

Pengambilan Kalori Ibu Hamil

.

Frasa “makan untuk dua orang“semasa mengandung sebenarnya lebih menjurus kepada bahaya buat ibu hamil.

Berdasarkan ACOG, ibu hamil yang sedang mengandungkan seorang janin memerlukan lebih 300 kalori sehari berbanding wanita tidak hamil.

Manakala jika mengandungkan kembar dua, memerlukan lebih 600 kalori sehari. Dan jika mengandungkan kembar tiga pula memerlukan lebih 900 kalori sehari.

makanan 300 kalori

Inilah beberapa contoh hidangan yang membekalkan kira-kira 300 kalori. Sedangkan apa yang kebanyakan ibu hamil di Malaysia makan adalah lebih daripada ini. Hahaha!

.

Pengambilan Air Untuk Ibu Hamil

.

Sasarkan pengambilan sebanyak 8 hingga 12 gelas air kosong yang bersamaan dengan 2-3 liter sehari.

.

Kelebihan Set Hamil Shaklee

.

Set Hamil Shaklee terdiri dari rangkaian produk yang membekalkan nutrisi-nutrisi yang diperlukan sepanjang kehamilan bagi menyokong kesihatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

..

Energizing Soy Protein

set hamil shaklee

  • Menyediakan kesemua asid amino ‘perlu’ (bahan binaan protein) dari sumber soya non-GMO (tidak diubah genetik) di bawah Identity Preservation Program (IPP) yang memastikan keaslian soya
  • Indeks glisemik rendah (39 sahaja), memastikan gula dilepaskan secara berperingkat supaya paras gula darah tidak naik mendadak, jadi tenaga dapat dibekalkan untuk jangka masa yang lebih panjang. Sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang bermasalah kencing manis, serta menyokong ibu hamil ketika berpuasa.
  • Skor PDCAAS ESP bernilai 1.0 – nilai tertinggi yang menentukan kualiti protein.
  • Juga membekalkan tenaga ketika ibu hamil di dalam fasa aktif melahirkan.
  • Harga runcit 1 kanister (850 gram) ialah RM161 untuk pengambilan selama sebulan.
  • Cadangan pengambilan 3 sudu besar (atau 1 scoop khas Shaklee) setiap hari. Ini bersamaan dengan 14 gram protein sahaja.

Baca juga : Koleksi Cara Bancuhan ESP untuk pelbagai resepi enak yang boleh dicuba pada bila-bila masa.

.

Vitalea Iron Plus

set hamil shaklee

  • Produk pertama yang dicipta oleh Dr. Shaklee pada tahun 1915 dengan nama Vitalized Mineral, antara multivitamin tertua dunia yang masih mendapat permintaan tinggi sehingga ke hari ini.
  • Mengandungi 28 vitamin dan mineral asas untuk mengisi kelompongan nutrisi harian.
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal. Salah satunya membuktikan, pengambilan Vitalea selama setahun mampu mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • Harga runcit sebotol Vitalea ialah RM93, mengandungi 120 tablet untuk pengambilan maksima 4 bulan.
  • Saranan pengambilan sebiji sehari selepas makan untuk mengurangkan rasa loya dan muntah (kesan sampingan vitamin yang mengandungi zat besi).

Baca juga : Anemia Ketika Hamil: Punca, Kesan dan Rawatan.

.

SR Vita C Plus

set hamil shaklee

  • Sistem pelepasan berperingkat membekalkan 100mg vitamin C setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan.
  • Ditambah bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan vitamin C.
  • Bersumberkan ekstrak jagung yang lembut terhadap perut, sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami masalah gastrik.
  • Harga runcit sebotol SR Vita C Plus ialah RM97, dengan 180 tablet, untuk kegunaan maksima 6 bulan.
  • Saranan pengambilan sebiji sehari selepas makan. Boleh ambil lebih jika perlu (contohnya ibu hamil tidak sihat) dengan syarat pengambilan selepas 5 jam dari masa sebelum (contoh: sebiji pukul 8 pagi, kemudian sebiji pukul 1 petang, kemudian sebiji pukul 6 petang, kemudian sebiji pukul 11 malam).

Baca juga : Bolehkah Vitamin C Diambil Secara Berlebihan?

.

B Complex with Folic Acid

set hamil shaklee

  • Lengkap dengan kesemua 8 vitamin B termasuk asid folik yang sangat penting untuk mencegah kecacatan tiub neural janin di awal kehamilan (sebaiknya diambil paling kurang 3 bulan sebelum mengandung, sewaktu merancang kehamilan lagi).
  • Juga mengandungi vitamin B12 untuk membantu membina sel darah merah ibu hamil.
  • Mengurangkan rasa loya semasa alahan.
  • Mempunyai sistem penghantaran berpaten untuk memastikan penyerapan optimum asid folik yang sukar diserap.
  • Harga runcit sebotol B Complex ialah RM58, mengandungi 120 tablet untuk pengambilan maksima 4 bulan.
  • Saranan pengambilan sebiji sehari selepas makan.

.

Ostematrix

  • Menyediakan bukan sahaja kalsium, tetapi juga magnesium, vitamin D, zink, boron, kuprum dan mangan yang bertindak bersama-sama untuk memastikan penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.
  • Penyerapan terbukti dalam kajian klinikal (diserap sepenuhnya 12 jam selepas pengambilan).
  • Oleh itu, Ostematrix merupakan antara produk dengan kesan yang cepat seperti melegakan sakit kepala, sakit belakang, mengurangkan terjadinya kejang otot kaki (“tarik mengkarung”), membuang pun lebih lawas.
  • Harga runcit sebotol Ostematrix ialah RM61, mengandungi 120 kaplet comel yang mudah ditelan, untuk pengambilan selama 40 hari.
  • Saranan pengambilan 3 biji setiap malam sebelum tidur.

.

Omega Guard

  • Setiap hidangan Omega Guard membekalkan 90% DHA & EPA, dua asid lemak omega-3 yang penting untuk ibu hamil dan bayi. Peratusan ini adalah yang tertinggi berbanding jenama-jenama lain yang diuji.
  • Telah melalui proses penyulingan berperingkat yang bertujuan berikut:
    • Menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti logam berat dan merkuri
    • Mendapatkan omega-3 ultra tulen berkepekatan tinggi
    • Meminimakan rasa dan bau ikan
  • Diiktiraf Friends of the Sea (FoS) yang sentiasa memantau sumber ikan kecil (kurang bertoksik) untuk memastikan kelangsungan penghasilan Omega Guard yang berkualiti tinggi.
  • Harga runcit sebotol Omega Guard ialah RM136, mengandungi 90 sofgel untuk pengambilan sebulan.
  • Saranan pengambilan 3 sofgel setiap hari selepas makan.

.

Keistimewaan Set Hamil Shaklee : Pilihlah Hanya Yang Dijamin Selamat Untuk Ibu Hamil

.

Shaklee sangat obses dengan kualiti dan keselamatan setiap produknya. Ini merupakan komitmen jangka masa panjang Shaklee untuk memastikan ketulenan, keselamatan dan keberkesanannya.

.

  1. Lebih 350 kajian dbuat ke atas setiap ramuan untuk menyaring bahan tercemar, racun serangga, logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.
  2. Lebih 300 ujian racun serangga dilakukan, melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP) menjadikan Shaklee adalah syarikat yang ‘beyond organic’ (melebihi standard organik sebanyak tiga kali ganda).
  3. Lebih 100,000 ujian kawalan kualiti dijalankan setiap tahun untuk memastikan setiap produk selamat diambil atau digunakan.
  4. Bebas bahan-bahan yang diharamkan, sebarang jenis lemak berbahaya, perisa atau pewarna tiruan.
  5. Bebas gluten (Ini adalah berita gembira untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap produk yang mengandungi gluten).
  6. Bukan GMO (tidak diubah genetik) dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preservation Program, IPP) – pendekatan paling ipercayai untuk memastikan produk Shaklee kekal non-GMO dari peringkat biji benih sehingga ke proses pengilangan.
  7. Tidak pernah mengandungi mana-mana dari 12 bahan paling berbahaya.

.

Apa Kata Pengguna Set Hamil Shaklee?

.

jerawat semasa mengandung

Ogos 2016 (Kiri) – di awal kehamilan. Januari 2017 (Kanan) – selepas amalkan Set Hamil Shaklee. Testimoni penuh di entri Testimoni Puan Rubiah Kadir.

.

Alhamdulillah, Hb ibu hamil pembawa thalassemia ini naik ke 9-9.5 selepas amalkan Vitalea semasa mengandung. 

.

set mengandung shaklee

Asbab amalkan Omega Guard dalam set hamil, kenaikan berat badan semasa mengandung stabil.

.

susah tidur malam

 Syukur. Tidur ibu hamil ini lebih lena selepas seminggu amalkan Ostematrix.

.

set mengandung shaklee

Wah, Alhamdulillah! Ibu hamil yang amalkan ESP ini berjaya berpuasa penuh. Dalam masa yang sama masih menyusukan si kakak juga.

.

Dapatkan Set Hamil Shaklee dengan harga runcit RM608 (tahan sebulan hingga 6 bulan).

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth