set penyusuan shaklee

Setiap wanita mengalami perubahan fisiologi sepanjang kehamilan dan ini berterusan walaupun setelah bayi dilahirkan.

Ditambah pula semasa berpantang, ibu-ibu perlu memenuhi keperluan berpantang mengikut adat masing-masing.

Semestinya ibu-ibu mahukan penyembuhan segera dan kesihatan optimum terutamanya yang mahu menyusukan bayi sepenuhnya.

Set Menyusu Shaklee menyediakan nutrisi lengkap yang diperlukan ibu menyusu dan bayi yang disusukan sepanjang tempoh penyusuan.

Mari kita tengok satu persatu apa nutrisi yang diperlukan ibu menyusu.

.

1# B Complex

B Complex baik untuk:

  • penghasilan sel darah merah yang normal
  • fungsi sistem saraf
  • pembentukan tenaga daripada makanan

.

Kenapa B Complex Shaklee?

Tak semua suplemen B Complex di pasaran lengkap dengan kesemua lapan vitamin B, seperti yang disediakan Shaklee. Ini termasuklah biotin dan asid folik.

.

2# Vitamin C

Kerana vitamin C bersifat larut air, badan kita tidak dapat menyimpan vitamin C di dalam badan (disingkirkan melalui air kencing setiap hari).

Kekurangan vitamin C bagi ibu menyusu menyebabkan perkara-perkara berikut:

  • mengganggu proses penyembuhan luka (episiotomi/pembedahan)
  • membantutkan sistem imun badan
  • mempengaruhi pembaharuan sel-sel
  • menghalang jangkitan di tempat luka (episiotomi/pembedahan)

.

Ada Apa Dengan Vitamin C Shaklee?

Sistem pelepasan berperingkat (“sustained release, SR“) memastikan badan mendapat 100mg vitamin C setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan (satu tablet bersamaan 500mg vitamin C).

Ditambah bioflavonoid untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan memanjangkan kesannya.

Dihasilkan daripada ekstrak jagung menjadikan vitamin C ini sesuai untuk yang bermasalah perut sensitif atau gastrik.

set penyusuan shaklee

Salah satu vitamin dalam Set Penyusuan Shaklee. Info lanjut, boleh klik Vitamin C.

. 

3# Omega 3

Asid lemak omega 3 bukan sahaja baik untuk ibu menyusu, tetapi juga baik untuk bayi yang disusukan!

Kerana asid lemak tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita, ianya dipanggil asid lemak ‘perlu’ (essential fatty acids).

Omega 3 bertindak:

  • membantu perkembangan sihat otak dan mata bayi
  • merangsang kesihatan salur darah
  • sebagai anti-radang

.

Keistimewaan Omega Guard Shaklee?

Berdasarkan kajian perbandingan dengan suplemen omega 3 jenama lain, Omega Guard mempunyai kandungan tertinggi asid lemak omega 3 (DHA, EPA) iaitu sebanyak 90%.

Minyak ikan Shaklee ini dihasilkan daripada ikan-ikan kecil (paling kurang mengumpul toksin) melalui proses penapisan berperingkat.

Ini penting untuk menapis bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan logam berat.

Makna kata, Shaklee proses ikan-ikan ini untuk mendapatkan minyak ikan ultra-tulen bergred farmaseutikal.

.

4# Kalsium

Sejak bayi di dalam kandungan lagi, bayi anda telah ‘mengambil’ kalsium daripada ibunya.

Keperluan kalsium yang tidak berganti akan memudaratkan ibu menyusu selepas bayi dilahirkan.

Kalsium berfungsi menjaga kesihatan sistem saraf, kesihatan otot.

Ini penting untuk menangani masalah ibu menyusu yang mengalami kejang otot, lenguh badan, sakit pinggang dan tulang lain.

Pengambilan kalsium yang cukup setiap hari juga membantu ibu menyusu membuang air besar dengan lebih lawas kerana otot-otot usus ‘berehat’ dengan baik.

.

Ostematrix Shaklee Menyediakan Lebih Dari Kalsium

Tahukah anda, untuk penyerapan sempurna kalsium kita juga memerlukan nutrisi berikut:

  • Magnesium membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  • Penyerapan kalsium pula dirangsang oleh vitamin D
  • Boron membantu metabolisma tulang
  • Zink, mangan, kuprum untuk mengaktifkan enzim-enzim untuk penyerapan kalsium

Semua nutrisi ini ada di dalam Ostematrix. Buat apa ambil supemen kalsium kalau kalsium tak dapat diserap dengan baik kan?

tips banyakkan susu

“Susu jadi lebih pekat lepas consume ESP” bukan feedback luar biasa bagi pengamal Set Penyusuan Shaklee.

.

5# Alfalfa

Gelaran “Bapa Segala Makanan” menjadikan alfalfa suplemen milk booster yang powerful.

Herba renek berakar tunjang ini mampu menyerap kekayaan tanah yang tak tercapai oleh tumbuhan akar tunjang lain.

Antara lain, fungsi Alfalfa adalah:

  • membekalkan lebih 300 nutrisi termasuk kalsium, fosforus, bioflavonoid, dan klorofil – membantu penyembuhan cepat ibu selepas bersalin
  • melawaskan pencernaan ibu menyusu dan bayi kerana kaya dengan serat
  • membuang angin dan meringankan badan ibu
  • mengembalikan kesihatan dalaman wanita
  • melancarkan haid ibu selepas bersalin

.

Alfalfa Shaklee Produk Signature Dr. Forrest C.Shaklee

Shaklee memastikan hanya daun alfalfa yang cukup matang (2 tahun) sahaja dipetik dan dituai untuk dijadikan suplemen.

Hal ini kerana hanya daun yang cukup matang sahaja kaya dengan nutrisi di atas.

Penyediaan suplemen ini juga dikawal ketat dari penanaman alfalfa di tempat subur tetapi bebas bahan kimia, kepada pemprosesannya.

.

6# Protein

Protein ialah makronutrien penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka (episiotomi/pembedahan).

Selain itu, protein yang cukup memberi ibu menyusu tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.

Indirectly, bolehlah bantu ibu menyusu turunkan berat badan.

Dan semestinya protein juga penting untuk menghasilkan susu ibu (milk booster).

.

Energizing Soy Protein (ESP) Suplemen Protein Lengkap

ESP merupakan suplemen protein terbaik untuk ibu menyusu kerana:

  • soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP ialah dari jenis non-GMO (non-genetically modified organism = organik).
  • lengkap dengan kesemua sembilan asid amino ‘perlu’ (‘essential’ amino acids) yang tak dapat dihasilkan badan
  • indeks glisemik rendah (sesuai untuk ibu menyusu yang bermasalah kencing manis)
  • diproses menggunakan air dengan suhu rendah untuk mengekalkan kandungan isoflavone yang bermanfaat untuk kesihatan
  • mudah dibancuh
  • satu hidangan 3 sudu besar sehari menyediakan 14g protein berkualiti

.

7# Multivitamin

Di samping memberi tenaga kepada ibu menyusu, untuk mengisi lompong nutrisi harian juga ibu menyusu memerlukan multivitamin.

.

Vitalea Shaklee Dah Lebih 100 Tahun Di Pasaran Dunia!

Terdapat 7 kajian klinikal yang menyokong Vitalea, di mana salah satu kajian itu membuktikan pengambilan Vitalea selama setahun mampu menurunkan risiko jatuh sakit kepada 65%.

Setiap hidangan (2 tablet) Vitalea bersamaan dengan zat yang boleh didapati dari 40 jenis lauk!

tips susu badan banyak

Harga retail untuk Set Penyusuan Shaklee ini ialah RM676.85 termasuk postage ke Semenanjung Malaysia (tambah RM10.60 untuk pos ke Sabah/Sarawak). Lebih penjimatan jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee

.

Apa Pula Kata Ibu Menyusu Yang Konsisten Set Penyusuan Shaklee?

.

Put pernah cesar anak nombor 4 dan ambil Shaklee. Ambil full set tanpa Omega. Best sangat, cepat recovery. Yang datang melawat pun kata dia sendiri tak leh nak bangun gerak-gerak macam Put.” -Mahfuzah Abd Salam-

Saya baru 12 hari lepas cesar. Setakat ni duk amalkan vitamin C untuk cepatkan sembuh luka. Alhamdulillah. Ostematrix untuk melancarkan pembuangan setelah banyak hari tak buang. Memang kagum & best. Tak cukup tidur malam pun, esoknya segar je badan. ESP untuk bagi badan sentiasa bertenaga. Susu pun banyak. Saya ambil set lengkap menyusu Shaklee. Tapi setakat ni, makan yang atas tu je. Yang lain tunggu lepas ubat hospital habis dulu.” -Atul Hamid-

Masa berpantang pula, walaupun bersalin cesar, saya amalkan ESP bersama Set Berpantang/Menyusu Shaklee. Luka cepat sembuh (Doktor pun beri protein untuk bantu sembuhkan luka. Tapi saya simpan apa yang doktor beri tu. Saya pilih ESP juga). Susu pun melimpah ruam Alhamdulillh.” -Nadiah Suhaidi-

Nak lihat dan baca lebih banyak testimoni lagi, boleh klik Koleksi Testimoni Set Menyusu Shaklee

Nak memberikan yang terbaik (susu ibu) untuk si manja, kita perlu berikan yang terbaik untuk diri kita dahulu. 🙂

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut dan tips penyusuan eksklusif dari saya.

 

Sumber