Shaklee Collagen Powder dihasilkan untuk merangsang kulit kelihatan muda dari dalam ke luar.
Tahukah anda, kolagen berasal dari perkataan Greek ‘kolla‘ yang bermaksud ‘gam‘?
Ini kerana kolagen bertindak sebagai ‘pelekat‘ yang mengikat tubuh dan banyak dijumpai di dalam kulit, tulang, gigi, tulang rawan dan otot.
Fungsi-fungsi kolagen boleh rujuk entri 7 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit.
Seiring dengan peningkatan usia dan pengaruh persekitaran, paras kolagen turut merosot menyebabkan muncul tanda-tanda penuaan terutamanya di wajah yang menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi mereka yang mementingkan penampilan.
Lagipun, siapa yang tak mahu kelihatan muda sentiasa kan?
.
Kenapa Shaklee Collagen Powder?
.
Sumber Sisik Ikan Merah Premium
Dihasilkan dari sisik ikan merah, Shaklee Collagen Powder merupakan sumber kolagen berkualiti dan premium dengan setiap sachet membekalkan 4000mg kolagen.
Untuk pengetahuan, kita kehilangan kira-kira 4000mg kolagen setiap hari!
Ikan merah ialah sejenis hidupan di laut dalam yang bertekanan tinggi. Tidak banyak hidupan laut yang mampu hidup dalam tekanan tinggi.
Jadi, sisik ikan merah merupakan sumber kolagen yang sangat tahan lasak.
Lagipun, sumber dari laut dalam mempunyai kesan pencemaran yang kurang.
Molekul Kolagen Yang Ringan
Salah satu kriteria dalam pemilihan suplemen kolagen ialah dengan melihat kepada saiz molekul kolagennya.
Kebanyakan suplemen kolagen di pasaran bersaiz kira-kira 300,000 Dalton, saiz yang agak besar untuk diserap oleh usus ke dalam darah.
Bagi Shaklee Collagen Powder, molekul kolagenya cuma seringan 1000 Dalton sahaja!
Ini memastikan kadar penyerapan yang tinggi, lalu memberi kesan yang pengguna inginkan.
Bukan Sekadar Kolagen Sahaja
Di dalam Shaklee Collagen Powder juga mengandungi 7 ramuan utama yang bertindak bersama untuk kesihatan kulit, sendi dan mata yang memuaskan.
- Kolagen Sisik Ikan Merah – seperti yang telah diceritakan di atas
- Ekstrak Biji Camellia Japonica mengandungi asid oleik, sejenis emolien dan pelembap kulit yang hebat. Ia juga mengandungi isoflavon yang bertindak sebagai antioksida untuk melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas.
- Ekstrak Pfaffia membantu penghasilan asid hyaluronik apabila bergabung dengan ekstrak biji Camellia japonica. Asid hyaluronik berupaya ‘mengikat’ sejumlah air lalu menjadikan kulit kekal lembut, lembap, dan licin.
- Elastin dari kolagen ikan memelihara kulit supaya flexibel tapi tegang, anjal dan elastik.
- Vitamin C dan B – vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan sebagai antioksida. Manakala vitamin B membebaskan tenaga dari makanan semasa proses penghasilan kolagen.
- Ekstrak kekerang mengandungi glucosamine yang menghasilkan cecair synovia untuk memastikan adanya pelincir sendi-sendi dan untuk mengekakan kelembapan mata.
- Lactobacillus acidophilus membantu mengimbangi mikroflora usus, membantu membina semula sistem usus yang sihat untuk membantu penyerapan kolagen.
Mudah Diambil Pada Bila-bila Masa
Kerana Shaklee Collagen Powder disediakan di dalam bentuk serbuk dalam sachet, ianya mudah diambil pada bila-bila masa. Cuma bancuhkan saja bersama air kosong atau air kegemaran anda, dan minuman kolagen anda sudah sedia diminum.
Terbukti Secara Klinikal Berkesan
Lihat saja graf di bawah ini.
Berdasarkan kajian, sebanyak 71% merasakan perbahan positif kulit masing-masing selepas menggunakan Shaklee Collagen Powder.
“Collagen Powder memang best. Dah cuba. Tak habis lagi sekotak tapi balik kampung sepupu dah tegur pakai produk apa nampak macam budak sekolah. Hahaha.” (Nurul Aziyana)
“Saya guna Vivix dan Shaklee Collagen Powder tak sampai sebulan. Cepat nampak kesannya. Kulit saya dah tak bersisik kering, jerawat dah kurang dan warna kulit lebih sihat. Kalau dulu kusam, sekarang lebih sekata dan bersih. Pipi nampak anjal, dan garis bibir semakin kurang.”
Bacaan lanjut berkaitan kolagen, rujuk kategori Collagen Powder.