shaklee mlm patuh syariah

Shaklee MLM Patuh Syariah? | Sebut je “MLM“, automatik dalam kepala kebanyakan kita akan terfikir sesuatu yang negatif kan? Lebih-lebih kalau anda tak pernah kenal dan faham betul-betul apa itu sebenarnya MLM.

Ada yang mengaitkan MLM dengan skim cepat kaya, skim piramid, penipuan, head hunting, produk timbang kilo, produk sampah, kena melabur beribu-ribu malah puluhan ribu dan banyak lah lagi. Shaklee juga tak pernah terkecuali dari dilabel semua itu.

Tapi, benarkah semua tohmahan itu? Adakah Shaklee MLM patuh syariah atau tidak?

Entri kali ni, Ain kongsikan info berharga dari otai Shaklee, Master Haji Roslan Ghazali yang hampir 30 tahun di dalam bisnes Shaklee. Baru-baru ini, Master Haji ada buat FB live bertajuk “Salah Faham Dalam Bisnes Shaklee” di wall beliau (Part 1 & Part 2).

Entri ini agak panjang tapi percayalah, worth reading terutamanya buat anda yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes ni dan banyak persoalan bermain di minda.

Ajom ler kome! =D

.

Shaklee Didaftarkan di Bawah Akta Jualan Langsung 1993

.

Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 ialah akta untuk membuat peruntukan bagi pelesenan orang yang menjalankan jualan langsung, untuk pengawalseliaan jualan langsung, untuk larangan skim atau perkiraan piramid, skim atau perkiraan pengedaran berantai, atau apa-apa skim atau perkiraan yang serupa dengannya, atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Seseorang yang mendaftar sebagai ahli Shaklee, tiada paksaan untuk menjalankan perniagaan pun.

Untuk yang nak berbisnes, anda dipanggil Shaklee Independent Distributor. Bermakna anda ialah pengedar sah Shaklee yang berdikari, tidak tertakluk di bawah mana-mana uplines atau syarikat peribadi lain. Untuk lebih mudah faham lagi, andalah bos, andalah “kuli”nya. Andalah yang akan tentukan hala tuju bisnes, dan anda jugalah yang akan dapat bonus yang layak di atas usaha sendiri tadi. Semua decide sendiri (“independent” kan?).

.

Bisnes Shaklee BUKAN Berdasarkan Sistem Piramid

shaklee mlm patuh syariah

Adakah Shaklee MLM Patuh Syariah? Teruskan membaca untuk ketahui.

Cuba lihat gambar piramid di atas.

Sebagaimana bentuknya, perniagaan yang berdasarkan skim piramid ialah perniagaan yang menaikkan dan menguntungkan orang yang lebih awal menyertai perniagaan itu (paling atas dalam piramid).

Perniagaan jenis ini juga dikaitkan dengan fokus untuk mencari downlines, kebanyakannya tidak mempunyai produk yang jelas, ‘keuntungan’ yang tidak jelas dari mana puncanya dan merugikan downlines.

Modal untuk menyertai juga besar dan kadang-kadang tak logik sebab produk pun samar-samar dan kita tak tahu ke mana duit yang dilaburkan itu pergi.

Dalam skim ini juga, yang lebih awal menyertai dan mempunyai ramai downlines adalah yang paling kaya. Boleh goyang kaki. Tak kerja pun duit boleh masuk. Penat wei jadi downlines dia! Tak adil pun ya.

Skim ini juga terkenal dengan fokus “head hunting“. Lagi banyak orang yang dapat dicari untuk sertai, lagi banyak keuntungan yang tak tahulah dari mana puncanya itu. Sudahlah disuruh mendaftar, dah mendaftar disuruh pula kita yang mencari orang bawahan lagi untuk faedah diri sendiri.

.

Apa Bukti Bisnes Shaklee BUKAN Skim Piramid?

.

Produk Berkualiti Adalah Keutamaan, Bukannya ‘Head Hunting’

.

Perniagaan Shaklee mementingkan produk berkuaiti yang memberi manfaat kepada pengguna.

Google sahaja www.shaklee.com.my. Anda akan dapati senarai produk berkualiti kami yang lengkap dengan maklumat nutrisi, nombor KKM dan sebagainya. Setiap produk juga dinyatakan untuk kegunaan apa, bermanfaat untuk siapa dan lain-lain. Jelas semuanya.

Produk-produk Shaklee telah wujud bertahun lamanya. Buktinya, Vitalea yang ada sekarang berasal dari Vitalized Mineral yang dihasilkan pada tahun 1915 (lebih 100 tahun). Basic H pula dicipta pada tahun 1960 dan Soy Protein Isolate (kini ESP) pada tahun 1961 (lebih 60 tahun keduanya). Kalau tak berkualiti, masakan boleh bertahan dan masih mendapat permintaan yang tinggi sehingga kini.

kedai vitamin butterworth

Produk berkualiti pastilah sentiasa mempunyai permintaan dan mampu bertahan bertahun-tahun lamanya. Produk pertama Shaklee, Vitalized Mineral, pertama kali dihasilkan pada tahun 1915. Dah lebih 100 tahun tu!

.

Daftar Sebagai Ahli Shaklee Tak Menguntungkan Upline

.

Ain tunjukkan beberapa flow senario untuk lebih mudah faham ya.

Jika seorang PELANGGAN membeli 1 tong ESP dari anda,

  • Harga runcit ESP = RM161. Harga ahli ESP = RM129
  • Anda jual ESP dengan harga RM160
  • Jadi, anda ada untung runcit RM160 – RM129 = RM31

.

Jika pelanggan tadi nak DAFTAR AHLI untuk dapatkan ESP pada harga ahli yang jauh lebih murah.

  • Automatik pelanggan tadi akan dapat harga ahli, jadi anda tidak dapat untung runcit dari belian ESP tadi
  • Apa yang anda dapat ialah unit value (uv) ESP iaitu 37uv. Uv ini akan menyumbang kepada keseluruhan uv kumpulan upline anda (uv kumpulan = group uv (guv) akan menentukan % Bonus Peribadi). Hmm, fair lah kan, dah dia yang daftarkan anda hehe. Tapi itu pun kalau dia naik pangkat ke Supervisor (pangkat pertama pemimpin), kesemua uv-nya tidak akan termasuk dalam uv kumpulan anda.

.

Kebetulan pelanggan yang daftar tadi LAYAK DAPAT BONUS PERIBADI pula, sebab beliannya melebihi 150uv dalam bulan tu.

  • Amnya, bagi 150uv anda akan dapat 5% dari jumlah jualan sebulan tu (Makin banyak uv, makin tinggi % ni. Paling tinggi 21% di mana anda akan naik pangkat sebagai Supervisor)
  • Katalah jumlah belian ahli tadi dalam bulan tu RM500. Jadi, 5% daripada RM500 = RM25 (Inilah Bonus Peribadi ahli tadi!)
  • Jumlah Bonus Peribadi upline dia pula berapa? Kena tolak RM25 yang dia dapat tadi.
  • Kalau upline tak buat jualan langsung atau jualan lebih rendah darinya, makanya upline dia takkan dapat Bonus Peribadi langsung. Haha. Siapa usaha dia lah yang dapat. Adil kan?

.

Jadi, ada nampak macam skim piramid ke macam ni? Tak.

Di mana untungnya upline bila mendaftarkan seorang pelanggan, ialah apabila upline memberi sokongan dan guide kepada downlines yang juga nak berbisnes sehingga downlines itu berjaya (Baca Leadership Bonus di bawah). Itu pun kalau downlines nak berjaya la hehe.

.

Tiada Istilah Downlines Bekerja Untuk Mengkayakan Uplines Dalam Shaklee

.

Macam contoh tadi, siapa usaha dia dapat.

Dah banyak ‘mak’ tak aktif tapi ‘anak cucu’ yang berusaha lebih dah naik pangkat dulu. ‘Mak’ tadi hanya boleh kaya jika sama-sama berusaha buat jualan dan besarkan organisasi juga.

shaklee mlm patuh syariah

Misi keluarga Shaklee ialah mengubah penjagaan kesihatan kepada penjagaan kesejahteraan melalui produk berkualiti tinggi, ahli dan ganjaran-ganjaran.

.

Shaklee Tak Perlukan Duta Untuk Lariskan Produk

.

Ya. Shaklee tidak pernah ada duta.

Shaklee tak perlukan artis-artis popular atau mereka yang berpengaruh untuk melariskan mana-mana produknya.

Pengguna Shaklee yang beribu-ribu di seluruh dunialah testimoni bergerak untuk semua produknya. Sehingga kini, di mana-mana sahaja anda boleh jumpa mereka yang dah rasa sendiri kesan pengambilan konsisten Shaklee. A good product speaks by itself. Jadi, mengapa perlu keluarkan belanja untuk melantik duta dan orang-orang berpengaruh.

Dan bila sudah rasakan sendiri kesan produk berkualiti Shaklee, anda tak perlu memaksa pun. Mereka dengan sendirinya akan mendaftar. Kalau tak berniaga pun, paling kurang boleh dapatkan produk Shaklee pada harga ahli yang jauh lebih murah (kira-kira 10-15% lebih murah).

Haa, sekali lagi, inilah bukti Shaklee bukan skim piramid yang ‘paksa’ downlines berniaga atau beli stok banyak-banyak kan?

Daftar ahli untuk makan sendiri dengan harga murah sahaja pun boleh.

“Dah tu, ke mana pula keuntungan Shaklee dilaburkan?”

Setiap tahun, Shaklee akan membelanjakan kira-kira 100,000 USD untuk penyelidikan dan pembangunan produk. Setiap bahan untuk penghasilan setiap produk akan ditapis terlebih dahulu, diuji keselamatan dan kualitinya.

Sejak dari zaman pengasas Shaklee, Dr. Forrest C.Shaklee lagi, kualiti adalah keutamaan. Sebab itu produk Shaklee sentiasa relevan dan orang cari dari dulu sampai sekarang.

.

Shaklee Bukan Skim Cepat Kaya

.

Bila dah baca sampai point di atas, tentu anda terfikir…

“Dah tu, macam mana orang yang buat bisnes Shaklee ni boleh kaya? Cepat plak tu kayanya – ada yang bulan pertama dah dapat pendapatan empat angka. Ada yang setahun lebih dah naik rank tertinggi iaitu Master…”

“Dari mana datangnya income 4, 5, 6 angka sebulan tu kalau jualan downlines semua ditolak dari Bonus Peribadi?”

“Kalau bukan Skim Piramid, adakah Shaklee ni Skim Cepat Kaya?”

Dalam bisnes Shaklee, ada 3 perkara yang ditawarkan kepada semua pengedar iaitu dikenali sebagai 3C – Cash (untung runcit dan beberapa jenis bonus termasuk Bonus Peribadi tadi), Car Bonus dan Convention.

Untuk mendapatkan setiap tawaran pula, anda perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat-syarat ini ada lah achievable, jelas dinyatakan.

‘Bila’ anda boleh mencapainya, bergantung kepada usaha dan konsistensi anda sendiri dalam bisnes ini. Jadi, tidak mustahillah anda boleh menjadi kaya dengan bisnes Shaklee dalam masa yang singkat.

Contoh lain penyumbang besar kepada kekayaan pemimpin-pemimpin Shaklee ialah Bonus Kepimpinan (Leadership Bonus).

.

Apa Itu Leadership Bonus?

.

Leadership Bonus ialah bonus yang diberi sebagai komisyen apabila downlines dalam organisasi anda berjaya naik pangkat bergelar pemimpin. Bonus ini diberi sehingga level keenam anda (“anak”, “cucu”, “cicit”, “piut”, lepas tu apa ya?…sampailah level keenam).

Kenapa wujudnya bonus ini?

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyokong, melatih, dan mengembangkan organisasi anda sehingga downlines anda berjaya. Sebab itu, semakin ramai yang berjaya dibantu menjadi pemimpin, semakin kayalah seorang SID itu

Leadership Bonus dibayar berdasarkan peratusan tetap dari volume kumpulan downlines anda yang berjaya bergelar pemimpin itu, seperti dalam gambar ini.

(jadual % leadership bonus ikut level)

Nampak kecil sahaja kan peratusannya. Tapi kalau ambil contoh jualan kumpulan minima Supervisor RM8,500 dari level pertama anda, kita namakannya A. 5% dari itu bersamaan dengan RM425. Jadi, Leadership Bonus yang anda akan dapat dari A ialah RM425.

Kalau pangkat yang lebih tinggi? Kalau ada lebih dari 10 pemimpin? Itu baru Leadership Bonus dari level pertama. Belum masuk level seterusnya, sampai level keenam. Tidak mustahil, anda berupaya mendapat bonus 4 ke 5 angka hanya dari Leadership Bonus sahaja.

Sekarang anda dah faham dari mana datangnya ‘kaya’ buat bisnes Shaklee ni?

shaklee mlm patuh syariah

Selain Untung Runcit, Bonus Peribadi dan Bonus Kepimpinan, ada beberapa ganjaran lain lagi yang Shaklee tawarkan termasuk Bonus Kereta dan Incentive Trips lima bintang percuma.

.

“Jadi, adakah Shaklee MLM patuh syariah?”

“Boleh ke kira bonus macam Leadership Bonus macam tadi tu? Orang yang sampai ada downlines beribu-ribu tu, kadang sampai tak kenal la. Tapi dapat Leadership Bonus dari yang tak kenal tu, kira halal ke?”

Dalam bisnes Shaklee ada menekankan konsep DUPLIKASI. Iaitu apa yang diusahakan oleh anda sehingga berjaya, diajarkan kepada ‘anak’ anda. Bila ‘anak’ tu berjaya jadi pemimpin, akan terus duplicate, mengajarkan benda yang sama kepada ‘cucu’ anda pula dan seterusnya.

Dalam Islam, seseorang yang mengajarkan ilmu bermanfaat, apabila ‘anak murid’nya mengamalkan ilmu itu, bukan sahaja dia ja dapat pahala tetapi ‘cikgu’nya juga. Jika ‘anak murid’ itu mengajarkan kepada orang lain, dan orang lain itu juga mengamalkan ilmu itu, sama juga kan. Semua orang pun dapat pahala.

Kadang-kala kita sendiri tak sedar pun siapa yang telah menerima ilmu yang kita pernah ajarkan itu. Sekalipun telah meninggal dunia, selagi ilmu yang diajarkan itu masih bermanfaat untuk orang lain, selagi itulah si mati itu akan menerima pahala berterusan.

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara – sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Sumber: Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jilid 11, halaman 87).

Jadi, adakah salah jika anda menerima Leadership Bonus dari Shaklee, atas usaha anda untuk membantu anak didik sendiri berjaya dalam kehidupan? Sedangkan dalam Islam sendiri menggalakkan mengajarkan ilmu bermanfaat kepada orang lain.

Kalau anda buku Manual Bisnes Shaklee pula, syarat-syarat untuk mencapai mana-mana ganjaran yang ditawarkan, semuanya jelas dinyatakan. Yang pasti, ianya bukanlah hanya menjanjikan bulan dan bintang. Kerana sudah ramai yang telah membuktikan bahawa ianya achievable. Banyak mimpi telah menjadi kenyataan dengan hanya berbisnes Shaklee dari rumah sahaja.

shaklee mlm patuh syariah

Selain pastikan Shaklee MLM Patuh Syariah, anda juga perlu tahu yang produk Shaklee mempunyai bukti klinikal anda boleh hidup lebih muda dan lebih lama. Rujuk entri Kajian Landmark dan Kajian Telomere untuk bacaan lanjut.

.

“Wujud ke ‘pendapatan pasif’ dengan Shaklee?”

.

Bila sebut pendapatan ‘pasif’, anda mesti membayangkan kalau goyang kaki setiap hari pun income masuk kan?

Haha. Salah tu. Cuma tukang jahit zaman dulu je yang goyang kaki boleh masuk duit. Sebab mesin jahit zaman dahulu guna kaki kan? Kahkahkah…

Untuk memahami perbezaan antara pendapatan aktif dan pasif, cuba baca cerita di bawah.

.

Kisah Red Indian

Red Indian A, setiap hari akan keluar memburu rusa untuk dijadikan makanan. Setiap hari tangkap seekor rusa dan makan. Esoknya keluar tangkap seekor rusa lagi. Ini ialah contoh pendapatan aktif (tak kerja, tak ada hasil).

Red Indian B pula, setiap hari akan memburu 2 ekor rusa – seekor untuk dimakan, dan seekor lagi untuk diternak. Saban hari, bilangan rusa yang diternak akan bertambah dan boleh membiak sesama sendiri. Bila sampai masanya, red indian B tak perlu lagi memburu untuk makanan. Boleh goyang kaki je, dah boleh dapat makanan. Inilah contoh pendapatan pasif.

.

“Income Pipeline”

Dalam sebuah kampung yang dilanda kemarau panjang, penghulu menawarkan RM1 bagi sesiapa yang berjaya mengambil sebaldi air dari empangan.

Mud seorang yang sangat rajin. Setiap hari akan mengangkat air menggunakan baldi untuk memperoleh ‘pendapatan’ dari penghulu. Orang kampung nampak Mud sebagai seorang yang kaya raya sebab lama-kelamaan berjaya mengumpul wang yang banyak.

Man juga seorang yang rajin, mengangkat air menggunakan baldi setiap hari seperti Mud. Tetapi Man terfikir, “Sampai bila aku nak bekerja mengangkat air? Sekarang masih muda badan masih kuat. Kalau dah tua dah tak kuat untuk angkut air hari-hari, dari mana pula nak dapatkan pendapatan?”

Jadi, selain mengangkat air setiap hari, Man juga akan membina 1 kaki paip dari rumahnya ke empangan itu. Kerana itu, orang kampung melihat Man sebagai seorang yang bekerja keras tapi tak memperoleh apa-apa.

Sehinggalah suatu masa, paip air yang dibina Man berjaya menghubungkan rumahnya dengan empangan secara terus. Man dah tak perlu kerja mengangkat air setiap hari lagi. Cuma kena maintain paipnya sahaja kot-kot ada bocor mana-mana contohnya. Sekarang, walaupun Man dah tak perlu bekerja lagi tetap ada bekalan air berterusan untuk rumahnya. Untung kan?

Inilah yang dipanggil “Income Pipeline”. Leadership Bonus yang diceritakan tadi, adalah contoh yang jelas menceritakan pendapatan pasif dalam Shaklee.

Persoalan untuk anda, suahkah anda mempunyai ‘Income Pipeline” untuk masa depan anda? =)

Adakah Shaklee MLM Patuh Syariah? | Dengan hanya RM35 sebagai yuran pendaftaran, anda berpeluang menjana pendapatan infiniti hanya dari rumah. Ramai yang telah membuktikannya.

.

Sistem “Multilevel” Ada Dinyatakan di Dalam Al-Quran

.

Dari Surah Al-Baqarah, ayat ke-261, bermaksud:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 biji, pada setiap biji pula seratus biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya Lagi Maha Mengetahui.”

Di dalam bisnes Shaklee, untuk sampai ke pangkat tertinggi iaitu Master Coordinator, sebenarnya anda cuma memerlukan 7 orang Coordinator sahaja. Untuk naik ke pangkat Coordinator pula, sekurang-kurangnya anda perlu membantu 100 orang lebih sihat dan lebih berjaya (downlines).

Suratan atau kebetulan kah apa yang ditetapkan oleh Dr. Shaklee dalam bisnes Shaklee ini? Adakah Shaklee MLM patuh syariah?

Wallahuálam.

Kesimpulannya, buat anda yang tercari-cari bisnes yang strong untuk jangka masa panjang, Shaklee lah jawapannya.

Sebelum mengakhiri, kita petik kata-kata best dari Master Freddie (Master pertama di Malaysia), “Shaklee is a gold mine. Shaklee is a noble business. Shaklee is where you discover your greatness. You are born to be great.

tafsir surah yusuf tentang mimpi raja mesir

Dalam Surah Yusuf, ada menceritakan tentang mimpi Raja Mesir ketika itu, iaitu 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus, dan tujuh biji benih hijau serta tujuh biji benih lagi kering. Nabi Yusuf menafsirkan tujuh tahun yang subur kemudian tujuh tahun kemarau. [Shaklee pernah peak pada tahun 2014. Kalau dikira 7 tahun kemudian dari itu, adakah Shaklee akan kembali peak pada tahun 2021? Sama-sama kita tunggu…] =)