si comel pipi merah

Tahniah kepada penyanyi tersohor negara kita, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin dan suami beliau, Dato’ K, di atas kelahiran puteri pertama mereka pada Isnin yang lalu.

Lambat nau Ain up post pasal ni kan. Dah tertinggal keretapi haha.

Puteri sulung pasangan ini dilahirkan paa hari Isnin 19 Mac 2018 pada pukul 8.17 pagi di pusat perubatan Gleanegles.

Bayi Dato’ Siti dilahirkan dengan berat lahir 3.55kg secara pembedahan atas nasihat doktor.

Dato’ Siti yang telah mendirikan rumahtangga dengan Dato’ K selama 11 tahun, akhirnya dikurniakan rezeki cahaya mata melalui in vitro fertilization (IVF) Alhamdulillah.

Tarikh ini dipiih sendiri oleh pasangan ini kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi S.A.W, dan juga tarikh itu juga bersamaan dengan 1 Rejab.

Saat dibenarkan pulang, Dato’ Siti mengungkapkan rasa terima kasih tak terhingga buat pihak hospital, staf yang terlibat menjaga beliau dan anak beiau dengan baik sekali selama 5 hari di sana.

Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah.

Bila anak artis terkemuka dilahirkan, antara lain mestilah masyarakat nak tahu apakan nama puteri Dato’ Siti. Sebelum mengumumkan kepada umum, Dato’ Siti memberitahu bahawa puterinya diberi gelaran Fatimah Az Zahra.

Dan akhirnya penantian peminat dan masyarakat berakhir apabila Dato’ Siti mengumumkan nama indah puteri beliau pada hari Ahad, 25 Mac 2018.

SITI AAFIYAH BINTI DATO’ KHALID

Alololo comelnya nama dia. Makna pun baik. Ain suka. 🙂

.

Kenapa Si Comel Pipi Merah Ini Dinamakan Siti Aafiyah binti Khalid?

.

Menurut Dato’ Siti, nama ini dipilih bersempena dengan doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al-Abbas.

Kata beliau lagi, nama ini beliau dapat semasa menunaikan umrah. Dan maknanya juga merangkumi yang baik-baik sahaja.

Sementara itu, Dato’ Khalid pula berkata, pemilihan nama puteri mereka lebih ringkas, indah dan mudah diingati dalam setiap doa.

Pilihan nama puteri kami berdasarkan satu doa Rasulullah SAW yang mengajar bapa saudaranya. Apabila Abbas bertanya apakah doa terbaik dibaca, Rasulullah SAW berikan ayat itu. Di dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang bermaksud untuk menyelamatkan dari sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam ‘afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah, untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah dan untuk anak-anak diberi perlindungan, kita berada dalam ‘afiyah. Daripada situ saya menamakan puteri saya. Dalam masa sama nama ini ringkas dan mudah diingati. Malah dalam setiap doa kita menyebut nama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Bersempena hari ketujuh kelahiran anak pasangan itu, Siti juga mengadakan Majlis Maulid Nabi, Tahnik, Cukur jambul dan Aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri.

Ain suka sangat lagu Si Comel Pipi Merah ni. Lagu pun comel, lirik pun comel.

Sebelum itu, pada sebelah petang Siti berkongsi wajah anak perempuannya di laman Facebook dan Instagram.

Untuk berpantang pula, DS Siti mendapat tajaan berpantang selama 44 hari – urut tradisional, bertungku dan makanan berkhasiat. Sekali lagi syukur Alhamdulillah.

Tahniah sekali lagi ya, DS Siti dan DS Khalid, atas kelahiran Si Comel Pipi Merah Siti Aafiyah binti Khalid.

Semoga Siti Aafiyah membesar sebagai muslimah solehah penyejuk mata semua orang. Aaamiiinnn… 🙂

Baca tentang Kecekalan Dato’ Siti di laman web Harian Metro.

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut Set Berpantang Shaklee