jenis topeng muka

Jenis topeng muka yang mampu memberi perlindungan kepada si pemakai.

.

Sejak seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19, susah betul nak dapatkan stok hampir semua jenis topeng muka di mana-mana pun. Di hospital-hospital dan klinik kesihatan yang paling memerlukan topeng muka pun stok yang ada semakin susut. Nasib baik ada pihak-pihak yang memberi sumbangan untuk mengurangkan bebanan.

Disebabkan permintaan topeng muka yang tinggi sekarang, mulalah ada yang mengambil kesempitan. Banyaklah penjual yang mula menaikkan harga yang melampau-lampau. Kalau sebelum ini sekeping topeng muka 3 lapisan (3-ply) boleh didapati dengan harga 20-50 sen sekeping, kini harganya mencecah RM1-2 sekeping!

Ada juga pihak yang pandai-pandai cipta topeng muka sesuka hati, tak kira dah topeng muka tu mampu bersifat protective atau tidak. Lebih melampau lagi, banyak pula yang overclaim boleh membunuh kuman atau virus! Memang melampau!

Bila harga topeng muka tak masuk akal macam tu, muncul pula perkongsian tentang topeng muka DIY menggunakan tisu dan kain. Haiiihhh, macam-macam betul dalam keadaan terdesak ni.

.

Panduan Penggunaan Topeng Muka Oleh World Health Organization (WHO)

.

Bila Anda Perlu Menggunakan Topeng Muka?

  1. Bagi orang yang sihat, anda perlu memakai topeng muka hanya sewaktu anda menjaga pesakit yang positif COVID-19.
  2. Anda yang bergejala pula, perlu memakai topeng muka ketika batuk dan bersin untuk mengelakkan droplets tersebar.
  3. Penggunaan topeng muka hanya berkesan sekiranya anda juga menjaga jarak sosial dan kerap mencuci tangan.
  4. Jika anda memakai topeng muka, anda juga perlu tahu cara untuk membuangnya dengan betul.

.

Panduan Memakai Topeng Muka Untuk Melindungi Dari Jangkitan COVID-19

  1. Cuci tangan dengan air dan sabun (atau gunakan hand sanitizer) sebelum memakai topeng muka.
  2. Pastikan anda menutup hidung dan mulut. Pastikan juga tiada ruang antara topeng dan muka anda.
  3. Elakkan menyentuh bahagian luar topeng muka semasa anda sedang memakainya. Jika tersentuh, basuh tangan segera menggunakan air dan sabun (atau gunakan hand sanitizer jika tiada air dan sabun).
  4. Gantikan dengan topeng muka baru apabila telah lembap. Jangan guna semula topeng muka disposable.
  5. Untuk menanggalkan topeng muka, tanggalkan dari belakang (bukan menyentuh dari depan), buang di dalam tong sampah tertutup dengan segera, dan cuci tangan anda dengan bersih.

 

jenis topeng muka

Sumber dari laman web rasmi World Health Organization

.

“Bagaimana dengan pesakit COVID-19 yang tiada simptom (asymptomatic)? Bukankah boleh berjangkit kalau tak pakai mask?”

.

Berdasarkan kajian, zarah virus corona adalah berat. Selepas disebarkan melalui batuk dan bersin pesakit, zarah vrus hanya berada di udara untuk beberapa ketika sahaja sejauh kira-kira 1 meter. Kemudiannya zarah itu akan ‘jatuh’ ke permukaan.

Selagi anda menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan kerap mencuci tangan, walaupun tanpa memakai topeng muka, anda tidak akan mudah dijangkiti. Sebab itulah kerajaan memutuskan untuk perintah kawalan pergerakan dan tidak putus-putus ‘berkempen’ tentang jarak sosial dan kerap mencuci tangan dengan cara yang betul.

Apa pun, tidak salah kalau anda nak pakai topeng muka di kala negara sedang dilanda wabak COVID-19 ni sebagai salah satu ikhtiar perlindungan diri. Yang salahnya ialah memakai topeng muka yang tidak dapat memberikan perlindungan, samalah seperti anda tidak memakai topeng muka. Dan bila ada topeng muka yang sesuai tu, pastikan anda tahu juga Cara Pakai Mask Muka Yang Betul.

Jangan korang pakai topeng muka hat dalam video ni sudah. Kah kah kah!