skincare untuk kulit sensitif

Skincare Untuk Kulit Sensitif | Alkisah…Husband Ain ni semenjak 2-3 tahun ni tak tau pasai pa. Kulit muka yang dah sedia sensitif, jadi makin sensitif!

Silap makan sikit, dah naik bijik2 merah yang besar. Pastu jadi kering mengelupas merah2 sampai beberapa hari.

Pernah satu ketika kulit jadi tompok2 putih macam sopak tapi dia macam chipsmore, pi mai pi mai suka hati dia plak.

Bila jadi macam ni, memang kena sapu krim baru hilang. Krim pun dah macam2 jenis. Sampai satu masa penah jadi fungal infection sebab terlalu lama bergantung kat krim (yg ada steroid). Kesian tengok muka encik suami. Huarrrrgggg!!!

Pastu suatu hari Shaklee offer promo set untuk leaders kat Business Leaders National Conference. Open untuk leaders sahaja. So Ain grab.

Balik tu terus tepek kat suami. Dia dah macam redha dengan keadaan kulit muka sendiri. Pasrah rupanya.

Ain bagitau dia cuba lah dulu. Youth ni bukan calang2 skincare. Ada kajian klinikal, lepas 8 tahun kajian baru release. Bila Ain kata dalam kajian tu 100% kulit jadi makin muda, encik suami macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri ja.

Ok fine. Dia bagi sapu2 Youth pun ok dah.

Tengok2 petang tu..

“Ermm, sedapla pakai Youth ni. Berapa satu set?”

“Hmm ok la, set ni abang punya. Hahaha”

Malam tu Ain tunjuk nak pakai apa semua ikut steps. Esok dan seterusnya dia pandai pakai sendiri dah.

Ada jgak beberapa kali dia tak pakai. Sayang nak pakai sebab mahal katanya. Ceh.

“Habis tu saya beli untuk tayang ja ka? Sila pakai hari-hari ya.”

Makanya, hari2 pun encik suami Ain pakai Youth. Paling konsisten – cleanser, toner, night cream. Yang lain dia tak mau pakai haha.

Hasilnya, Alhamdulillah lepas sebulan macam dalam gambar sebelah kanan.

skincare untuk kulit sensitif

Sebelum (gambar kanan):

  • bijik2 alahan subur sungguh
  • kulit kering nampak putih2 ‘flaky’
  • kulit merah macam kena masak
  • muka pun selalu sedih sebab muka (eii muka kot!)
  • kawan2 tempat kerja selalu tanya ‘awat dengan muka hang?’
  • bergantung kat krim klinik

Selepas (gambar kiri):

  • muka jadi licin dari bijik2 alahan (kalau naik lepas makan seafood pun sikit ja & cepat surut. Tak payah gunakan krim klinik dah)
  • kulit much more moist
  • merah2 dah tak ada, kulit nampak lagi sihat
  • muka lebih ceria
  • kawan2 masih tanya tapi soalan lain. ‘hang pakai apa muka jadi elok?’ (dia pun bukak cerita hehe)
  • dah tak bergantung kat krim klinik lagi yeay!

Syukur Alhamdulillah dengan perubahan positif lepas bagi encik suami pakai Youth.

skincare untuk kulit sensitif

Ni tompok-tompok putih yang macam chipsmore, suka-suka hati ja bila nak muncul bila nak hilang.

Kenapa Patut Pilih Youth Sebagai Skincare Untuk Kulit Sensitif?

.

Sedikit info tentang kajian Youth:

  • Skin Age Index Test ialah kajian pakar2 kulit bertaraf antarabangsa, diiktiraf oleh saintis dan pakar kulit untuk mengukur tahap penuaan kulit berdasarkan 10 tanda penuaan kulit
  • Melalui kajian ini, didapati 100% wanita yang menggunakan Youth mendapat kulit lebih muda.
  • Dan hasil penggunaan konsisten Youth, 2/3 daripada mereka berjaya mengubah kulit wajah kepada 10 TAHUN lebih muda!

Apa lagi pasal Youth yang hampa patut tau?

  • 100% vegan formula berasaskan tumbuhan yang bertindak ke atas pelbagai faktor penuaan
  • bebas daripada 1500 bahan terlarang & boleh dipersoalkan (even pengawet pun tak gunakan paraben tau)
  • no animal testing (refer balik Skin Age Index Test tadi, kajian dibuat ke atas wanita tau)
  • diiktiraf pakar kulit dan pakar mata (sesuai untuk mata sensitif)
  • hypoallergenic (sesuai untuk kulit sensitif – pesakit psoriasis ada guna Youth dan kesan positif)
  • noncomedogenic (tak menyumbatkan liang pori termasuk moisturizer SPF50 nya)
  • mempunyai 8 paten dan bakal paten (hampa takkan jumpa skincare seumpama Youth kat tempat lain)
  • sesuai untuk lelaki & perempuan
  • sesuai untuk semua peringkat umur (Skin Age Index Test tu wanita antara umur 20-60 tahun diuji)
  • sesuai untuk semua etnik (Europe, Asian) Klik Testimoni Youth untuk lihat kesan Youth ke atas pelbagai etnik di Malaysia.

Bagi Ain, Youth dah PERRRRFECT sangat as an antiaging skincare.

Ain baru konsisten 4 hari. Tak sabar nak tunggu apa jadi after sebulan. ?

Lagi satu kalau korang nak Youth ni kena cepat tau. Semalam Ain dapat info stok online dah habis!

Biasa bila online dah habis, jerung2 Shaklee ni akan serang branches plak. Siapa cepat dia dapat.

Tak heran pun sebab masa first day dilancarkan kat US, hari launching tu dah out of stock! Haha..

Tapi ada good news jgak. Yang new batch Youth akan sampai next week.

So, kalau berminat cepat-cepat preorder with payment dengan Ain siap2 untuk lock order.

Once stok masuk Ain boleh terus belikan dan Shaklee poskan terus kat korang.

Barang yang Shaklee poskan ada guarantee.

Dah beli mahal-mahal make sure ada guarantee tau.

Ok hampa. TQ pada yang berjaya baca sampai habis. ?

Klik gambar ini untuk konsultasi dan order Youth Shaklee.