Majlis Kanser Negara (MAKNA) menyatakan, kenyataan ‘soya menyebabkan kanser’ adalah mitos semata-mata. Boleh baca entri penuh tentang soya dan manfaat kesihatannya di Sumber Rujukan Ini.

Soya merupakan sumber protein tumbuhan yang kaya dengan isoflavones.

Isoflavones ialah sejenis bahan yang molekulnya menyerupai hormon estrogen (hormon wanita).

Estrogen berlebihan meningkatkan risiko kanser payudara.

Sebab itulah sejak berdekad-dekad lamanya, perdebatan tentang soya dan kanser tidak pernah putus.

.

Jadi, Benarkah Soya Menyebabkan Kanser?

.

Kata Dr. Omer Kucuk, terdapat dua jenis reseptor estrogen di dalam badan kita – alpha (‘jahat’) dan beta (‘baik’).

Estrogen yang bergabung dengan reseptor alpha akan menyebabkan pertumbuhan sel-sel payudara, menyebabkan lebih berisiko untuk kanser payudara.

Manakala sebaliknya bagi reseptor beta.

Isoflavones boleh bergabung dengan kedua-dua reseptor ini. Tetapi lebih prefer‘ untuk memilih reseptor yang baik.

Dr. Omer Kucuk ialah seorang pakar kanser perubatan dari Emory University’s Winship Cancer Institute, yang mengkaji tentang manfaat isoflavones di dalam soya.

Beliau berpendapat, menuding jari kepada soya semata-mata adalah tidak adil.

Malah, faktor pemakanan tidak sihat, pengambilan alkohol berlebihan dan tidak mengawal berat badan juga merupakan faktor risiko bagi kanser termasuk kanser payudara (Kajian tahun 2007).

.

Soya Juga Bermanfaat Untuk Kesihatan Jantung

.

soya menyebabkan kanser

.

“Produk berasaskan soya sepatutnya bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular dan kesihatan menyeluruh. Kerana soya kaya dengan lemak baik (‘polyunsaturated’), serat, pelbagai vitamin dan mineral. Dan juga jandungan lemak ‘jahat’ yang rendah.” (Berdasarkan paper yang di-publish oleh American Heart Association pada tahun 2006).

.

Isoflavones merendahkan paras kolesterol jahat LDL. Dan isoflavones juga mengelakkan proses oksidasi LDL. Kalau oksidasi berlaku, ini akan menyumbatkan salur arteri kita.” kata Jenna Stangland, seorang pakar nutrisi berdaftar di Minneapolis.

.

Info Lain Tentang Soya Yang Anda Perlu Tahu

.

Selain soya menyebabkan kanser ialah mitos, soya juga dipercayai boleh mengganggu fungsi thyroid.

Daripada hasil kajian tahun 2006, soya mengganggu penyerapan hormon thyroid sintetik.

Ubat ini digunakan untuk merawat pesakit yang bermasalah hypothyroidism.

Oleh kerana itu, disarankan pengambilan soya dan hormon thyroid sintetik dijarakkan sekurang-kurangnya 4 jam (info dari Mayo Clinic).

.

soya menyebabkan kanser

Klik gambar untuk terus ke kajian klinikal terbaru tahun 2017 untuk detail tentang manfaat soya kepada pesakit kanser payudara.

.

Hasil kajian terbaru 2017 menyimpulkan, pesakit-pesakit kanser payudara yang konsisten mengamalkan soya tidak mempunyai kesan ke atas prognosis atau survival mereka.” Dr. Fang Fang Zhang, pakar epidemiologi kanser dan penolong professor di Tufts University’s Friedman School of Nutrition Science and Policy.

  • Di dalam kajian ini, seramai 6235 pesakit wanita kanser payudara dari Amerika dan Canada dikaji. Data mereka antara tahun 1995 sehingga 2015 diambil dari Breast Cancer Family Registry. Registry ini merupakan database antarabangsa dibawah tajaan National Cancer Institute.
  • Hasil kajian menunjukkan pesakit yang mengambil isoflavone terbanyak mempunyai 21% kadar kematian yang lebih rendah dalam masa 9 tahun (tahun kajian 1995-2015).

.

“Kesimpulannya, setakat kajian tahun 2017, telah terbukti bahawa soya dan produk berasaskan soya adalah baik dan selamat, mencegah kanser payudara, memperbaiki hasil rawatan terhadap pesakit dan menurunkan kadar kematian (mortality) di kalangan pesakit kanser,” kata Dr. Kucuk.

.

Tercari-cari suplemen protein sumber asli yang berkualiti tinggi? Cubalah ESP Shaklee (klik untuk info lanjut)!

.

Nak dapatkan suplemen soya asli, klik gambar ini untuk detail dan konsultasi lanjut.