sunblock terbaik

Tiada produk SPF yang mampu memberi perlindungan 100% daripada sinar UV. Jadi bagaimana memilih sunblock terbaik untuk anda?

Setiap hari, kita pasti akan terdedah dengan sinaran matahari, baik ketika keluar dari rumah atau pun berada di dalam bangunan.

Dan setiap hari itu jugalah kita terdedah dengan 2 jenis sinaran yang terdapat di dalam spektrum ultraviolet (UV), iaitu sinar UVA dan UVB.

Secara amnya, terdapat 3 jenis sinaran UV. Selain UVA dan UVB, sinaran UVC tidak dapat menembusi lapisan ozon Bumi.

Perbezaan di antara kedua-dua jenis sinaran UV ini adalah:

  • UVA berupaya menembusi lapisan kulit sehingga dermis, membebaskan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser kulit
  • UVB pula menembusi lapisan kulit luaran sahaja, menyebabkan kulit ‘burn‘, kulit berkedut dan tanda penuaan kulit yang lain

tips memilih sunblock

Saban tahun, kes kanser kulit melanoma semakin meningkat.

Kenapa ini berlaku?

Tidak ramai yang tahu sebenarnya kita perlu memakai sunblock atau sunscreen SETIAP HARI WALAUPUN DI DALAM RUMAH.

Baca juga entri Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Untuk Kulit.

.

APA ITU SPF?

.

SPF ialah singkatan bagi Sun Protection Factor.

Ia merupakan satu nombor yang menunjukkan berapa lama masa yang diperlukan oleh sinar UV untuk menjadikan kulit anda kemerahan jika anda memakai produk dengan SPF itu seperti yang diarahkan, berbanding tempoh masa sekiranya anda tidak memakai sunscreen.

Sebagai contoh, SPF30 bermaksud produk itu mengambil masa 30 kali lebih lambat untuk menjadikan kulit anda kemerahan.

.

Setiap kita mempunyai jumlah melanin yang berbeza.

.

sunblock terbaik

Di dalam lapisan kulit anda, terdapat pigmen melanin yang memberi warna kepada kulit dan sebagai perisai daripada kerosakan oleh sinar UV.

Amnya, setiap daripada kita mempunyai jumlah melanin yang sama.

Tetapi penghasilannya dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:

  • pendedahan terhadap sinaran UV : lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari, lebih banyak melanin dihasilkan, dan lebih gelap kulit anda
  • faktor genetik
  • saiz melanocyte (sel yang menghasilkan melanin)
  • penyakit tertentu contohnya albinism (kurang melanin dihasilkan)

.

Mereka yang berkulit cerah (melanin kurang) akan lebih cepat mengalami kulit kemerahan apabila terdedah kepada matahari. Dianggarkan ini terjadi kira-kira 10 minit selepas terdedah kepada matahari.

Berbanding dengan mereka yang berkulit gelap (melanin lebih banyak), anggaran masa kulit kemerahan adalah selepas 30 minit terdedah kepada sinaran UV.

.

Jadi, Bagaimana Sunblock Terbaik Dengan SPF Melindungi Kulit Anda?

.

Produk SPF berupaya memberi perlindungan kulit lebih lama berbanding jika tidak memakai sunblock.

Cara kiraan SPF mudah sahaja.

Jika kulit anda mula ‘terbakar’ selepas 10 minit di bawah matahari, jika memakai produk SPF, dapat memberi perlindungan selama:

  • 150 minit jika menggunakan SPF15 (10 minit X 15 = 150)
  • 300 minit jika menggunakan SPF30 (10 minit X 30 = 300)
  • 500 minit jika menggunakan SPF50 (10 minit X 50 = 500)

.

tips memilih sunblock

Namun adalah langkah yang tidak betul jika anda bergantung sepenuhnya kepada produk sunblock atau sunscreen semata-mata.

Sehingga kini tiada satu pun produk SPF yang mampu memberikan perlindungan 100%.

Terutamanya jika anda tidak menggunakan seperti yang diarahkan pada label (contoh sapu sedikit sahaja, tidak ulang-sapu seperti yang diarahkan).

Kebanyakan sunblock juga mudah ditanggalkan dengan air (contoh ketika berenang), dan berpeluh.

Disebabkan ini, jalan terbaik untuk mendapat perlindungan optimum daripada sinaran UV ialah dengan:

  • mencari tempat berteduh jika boleh (contoh semasa hari sukan)
  • elakkan keluar semasa sinaran UV paling tinggi iaitu antara pukul 10 pagi sehingga 3 petang
  • menggunakan teknik sunscreen lain seperti payung, topi pantai, kaca mata hitam khas dan sebagainya
  • memakai sunblock atau sunscreen seperti yang diarahkan

.

sunblock terbaik

Berdasarkan Dr.Steven Q. Wang, MD, produk dengan SPF yang lebih tinggi DAN berspektrum luas memberikan lebih perlindungan daripada sunburn, dan kerosakan DNA (mengurangkan risiko kanser kulit).

The Skin Cancer Foundation menyarankan sunscreen yang kalis air, berspektrum luas dan sekurang-kurangnya dengan SPF30 untuk aktiviti luar seperti berenang dan berbasikal.

American Academy of Dermatology juga menyatakan saranan yang sama.

Tak dapat protect 100%, dapat protect sebanyak yang mungkin pun ok lah kan?

Kalau anda tidak kisah kulit anda gelap sekalipun, fikirkanlah tentang risiko kanser kulit jika terus-menerus terdedah kepada sinar UV tanpa perlindungan.

sunblock terbaik

YOUTH Age Defense Mineral Moisturizer, dari tumbuh-tubuhan semulajadi, didatangkan dengan SPF50, tidak menyumbatkan liang pori, diuji oleh pakar dermatologi dan oftalmologi.

Berminat untuk mendapatkan skincare YOUTH dengan harga ahli?

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat