suplemen untuk kesihatan

Anda ragu-ragu dengan Shaklee sebagai suplemen untuk kesihatan? Dari semasa ke semasa, tak pernah putus-putus banyak khabar angin dan feedback negatif yang anda dengar dari mulut orang lain yang tidak tahu menahu pun tentang Shaklee.

Pernahkah anda tahu, yang Shaklee mempunyai sebuah Pusat Inovasi khas untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk-produk inovatif Shaklee?

Dikenali sebagai ‘Forrest C.Shaklee Innovation Center‘, ianya mula beroperasi pada April, 2015, menempatkan lebih 50 orang saintis-saintis hebat. Keluasan pusat ini ialah sebesar 16,000 kaki persegi dan dilengkapi kelengkapan-kelengkapan saintifik bagi memastikan produk-produk Shaklee menepati dan melangkaui standard tertinggi industri produk dari segi ketulenan dan keselamatan.

Antara tugas yang dijalankan di pusat ini ialah:

  • penyelidikan nutrisi
  • pembangunan bahan-bahan semulajadi sebagai sumber produk
  • proses pembangunan produk
  • memastikan kualiti produk tercapai
  • mengawal kualiti produk

.

.

Dengan adanya Pusat Inovasi ini, Shaklee akan terus berusaha menghasilkan produk-produk inovatif dan disokong oleh sains untuk menggalakkan penuaan sihat, memperbaiki kualiti hidup sementara terus menyediakan vitamin-vitamin yang mudah disesuaikan mengikut keperluan individu.

Nak hasilkan sesuatu produk paling penting tulen dan selamat kan? Ain sendiri tak sanggup nak telan suplemen kalau ianya tidak boleh dibuktikan selamat. Beza sangat dengan Shaklee sebab adanya saintis sendiri dan sekarang dah ada Pusat Inovasi ni.

Oh ya, yang bercakap dan orang-orang dalam video ini bukan calang-calang ya. Meh berkenalan dengan salah seorang.

.

Hebat Sangat ke Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee?

.

perbezaan shaklee dengan produk lain

Shaklee amat berbesar hati mempunyai Dr. Elizabeth Blackburn merupakan Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee yang amat disegani.

.

Jangan terkejut kalau Ain katakan, yang Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee (Shaklee Scientific Board Advisor) ialah seorang pemenang hadiah Nobel dalam bidang Fisiologi atau Perubatan, Dr. Elizabeth Blackburn nama beliau. Beliau mempunyai pHD dalam bidang Biologi Molekular.

Masa tu, beliau menerima hadiah Nobel kerana menjumpai telomere dan telomerase. Hasilnya juga, di bawah inilah buku tulisan beliau, ‘Telomere Effect’ yang menceritakan tentang telomere dan fungsinya.

Baca tentang Kajian Telomere lebih lanjut.

Dr. Elizabeth ni bukan sembarangan ya. Setakat ini, antara berpuluh-puluh pencapaian dan anugerah yang pernah beliau terima ialah :

  • Elli Lily Research Award in Microbiology and Immunology
  • National Academy of Sciences Award in Molecular Biology
  • Honorary Doctorate of Science from Yale University
  • Australia Prize 1998
  • Gairdner Foundation International Award 1998
  • Harvey Prize 1999
  • Keio Medical Science Prize 1999
  • California Scientist of The Year 1999
  • American Association for Cancer Research
  • American Cancer Society Medal of Honor 2000
  • AACR-Pezooller Foundation International Award for Cancer Research 2001

…dan banyak lagi!

Anda boleh google sendiri ‘Elizabeth Blackburn’ dan baca sendiri pencapaian dan anugerah yang beliau terima. Di senarai hasil carian Google sahaja terpampang maklumat yang mengujakan tentang beliau.

Salah satunya info yang boleh dipercayai ialah dari laman web World Cancer Congress ni.

.

telomere study shaklee

Dr. Elizabeth Blackburn yang mengetuai Kajian Telomere ini bukan calang-calang orangnya.

.

Kesimpulannya, kalau produk Shaklee benar ialah ‘produk sampah’ yang tidak selamat, dipukul rata dikatakan berbahaya seperti produk-produk suplemen lain, fikirkan semula, kenapa pemenang hadiah Nobel seperti Dr. Elizabeth Blackburn bersetuju menjadi penasihat Shaklee? Dan untuk apa dibina Pusat Inovasi yang memakan belanja yang besar ini?

Nak tahu FAKTA lain tentang Shaklee lagi? Lain kali Ain sambung lagi ya. Nak cerita semua dalam satu entri memang panjang sangat.